Friendly Friends

October 29, 2014

My Pregnancy Journey

assalamualaikum



Kebelakangan ni, kerap sangat rasa mengantuk. Malam-malam dah mula datang sindrom ibu mengandung yang sakit pinggang, tapi Alhamdulillah kaki masih belum bengkak (mungkin belum sampai masa) dan jarang sangat kejang kaki. Alhamdulillah walau berseorangan ketika mengandung, Allah permudahkan pregnancy journey saya. Saya hanya mengalami alah pada bau tumis-tumis, tak boleh hadap nasi, muntah-muntah dan ada sesetengah bau tu memang tak boleh hidu langsung, hanya pada trimester pertama. Masuk je trimester kedua, Alhamdulillah semuanya pulih macam biasa. Cikgu-cikgu sekolah pun tegur sebab tak nampak gaya macam mengandung; kejap ke sana, kejap ke sini. Lincah. Tak reti duduk diam. 

Alhamdulillah, ini rezeki saya. Bahagian saya. Mengandung sulung tanpa suami untuk dimanjai, tanpa mak abah untuk beri teguran dan bimbingan segala apa yang patut dan tak patut dibuat, tanpa keluarga untuk beri sokongan tapi Allah beri kemudahan yang amat saya syukuri. Saya alami alahan pada trimester pertama sebagai hadiah Allah kepada saya supaya saya rasa pengalaman mengandung. Supaya saya rasa indahnya perasaan apabila bakal bergelar seorang ibu kepada si kecil. Kemudian, Dia hilangkan segala alahan dan kesakitan saya supaya saya makin tabah dan kuat. Supaya saya tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai guru kepada anak-anak didik saya di pedalaman Sarawak ini. Alhamdulillah, syukur atas aturan-Mu Ya Allah!

Saya juga tak mengidam bukan-bukan. Kalau ada pun hanya sesekali rasa teringin nak makan masakan orang semenanjung. Kalau tak dapat, Alhamdulillah keinginan tu cepat je berlalu pergi. Tak ada sampai tahap terleleh-leleh air liur. Hehe. Tapi yang seronoknya, sekali balik kampung, bawak balik list tuuuu! Haha. Satu untuk mak tolong tunaikan, satu untuk suami tolong tunaikan. Mak mertua pun takes part; sebut je nak udang masak sweet sour ke, apa ke.. Semuanya terhidang. Kalau tiapkali saya balik Perak pun mesti ada laksa untuk saya sebab semua orang dah tau saya ni hantu laksa. Alhamdulillah. 

Jalan hidup kita tak sama. Tipu la kalau saya tak envy dengan mommies lain yang asyik-asyik upload gambar dalam Instagram dan Facebook dengan caption ‘Thank you husband sebab bawak makan kat sini. Dah lamaaa teringin’. Saya ni kalau teringin, sedaya upaya buat sendiri. Cari bahan sendiri. Macam bulan Ramadhan dulu, teringin sangat nak makan murtabak. Cari tapi tak jumpa. Bila dah jumpa pulak, tak menepati selera. Penyelesaiannya buat la sendiri. Gentel tepung gandum dengan marjerin, buat inti sendiri. Canai atas papan landas. Buat sendiri jeruk bawang untuk makan dengan murtabak. Alhamdulillah.

Hari tu pun teringin nak makan nasi ayam. Nasi ayam sini tak sama dengan nasi ayam yang biasa saya makan. Salad tak ada. Kurang kaww di lidah saya. Berhempas pulas la lagi buat sendiri nasi ayam. Semuanya ajar saya untuk berdikari. Semoga anak ibu kuat, ya. 

Semua ni ada hikmahnya. Saya yakin dengan aturan Allah. Apapun, semoga bayi yang dikandung ni sihat, sempurna sifat, dan membesar sebagai anak soleh, yang taat perintah Allah, yang patuh pesan ibu dan abah, yang bijak, yang menghormati orang lain dan psssstttt!! Ibu harap kamu jadi peguam tau, sambung cita-cita ibu dulu. 

Salam sayang,
Bakal Ibu Mac 2015.








 

7 comments:

tiey smilez said...

Wah tahniah Sis. Muka berseri2 tuu. Jaga diri elok2 ye. Tiey doakan semoga dipermudahkan segala urusan. Amin :)
Jemput singgah : Penting Ke Jam Tangan Ni??

M-lina said...

i'm happy for u dear.take care there.

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam qirah,
Epy pregnacy yer :)
Jaga diri & makan minum
Moga Allah merahmati your journey AMIN

Jazz Lover said...

Tak lama lagi tu. Semoga sis kekal tabah di sini

Z@i Z@mR33 said...

moga dpermudahkn urusan bsalin utk ibu & ank

Humairah Jimat said...

tahniah =) saya pun mom2be..due pun bln mac..he.moga d pmudahkan nnti sis..amin.

Zaleha Hamid said...

Tahniah, jaga diri qirah...semoga Allah permudahkan..