Friendly Friends

November 18, 2014

Little Prince



Assalamualaikum,

What makes the mother-child relationship so special? I think I slowly get the answer by now.
When he still in your wombs, he’ll kick you hard when you let him listens to zikrullah, Al-Quran recital and some comforting music. 

I know, the kicks mean that he’s happy.

When he kicks you whenever you are too busy with works, it means that he’s hungry and asks you for a dine together.

When something bad happens, you cry so hard, your emotions had overflowed, he will kick you too! That’s the way him telling you not to weep, wipe your tears because I am your little hero and I will always be here.

Yesterday, when I was holding another baby, suddenly he continuously kicked me so hard! Are you jealous my dear? Haha.

Whatever the signs are, Baby, your kicks make me stronger. Your kicks make me realized that apart from our Lord, you will always accompany me. Everytime and everywhere.

That makes our relationship with our mother are so special. We had been interacting with her since we were in their wombs.

Glad that I have 3 heroes now; abah forever the king, husband forever the prince and you, forever the apple of my eyes.

November 2, 2014

Idea untuk Maternity Shoot

Assalamualaikum

Hi peeps! Hari ni 2 November, baby dah berusia 22 minggu 6 hari. Makin aktif baby dalam perut ibu. Tapi yang paling best, bila baby senyap je, ibu dah tau cara nak kejutkan baby, iaitu pasang nasyid Ayah Ibu kumpulan Rabbani tu. Confirm lepas dengan suara budak-budak (masa mula lagu tu) yang cakap, Assalamualaikum ayah, Assalamualaikum Ibu! Baby akan terus kick ibu. Ibu pun cakap kat baby, Assalamualaikum sayang ibu.. Lagi kuat terasa kick kamu. hehe

Tadi ada junior masa degree dulu offer buat maternity shoot. Terus saya booking 1 slot. Tu la kan, masa wedding dulu budget kureng sikit nak hire photog, sekarang ni dah kerja, ada duit baru la boleh spend sikit on precious memories. Saya nak ambil DVD je, lepas tu nk buat photobook sendiri. Insyaallah lebih menjimatkan.

Jom kita tengok sikit macam mana maternity shoot yang saya rasa sangat sweet!
 
Aaaa. ni scene wajib ni. Tapi kena tunggu ibu balik scan dulu la kat semenanjung. Tak 4D pun tak apalah, yang penting boleh tengok baby tengah buat apa kat dalam tu :)





Yang ni super cute! Tapi kat mana nak cari dinding yang boleh diconteng ye?  

Yang ni lagi satu my most fav! Tapi depan tu husband sorang je la, nak cekau mana anak orang lain sebab ni baby sulung. Kira 1 + 1 = 2 la. Comel je kan? Hehe

Silhouette.  Boleh tahan seksi jugakla gambar macam ni. Mau ke abang ustaz kita tu? Erkk. Hehe. Tapi macam ni memang comel.
Must do! Must do! Macam biasa, tempat baby kat atas ni kita ganti dengan husband. Tapi kena rajin buat props la ni. Bukan boleh beli kat pasar raya benda alah ni. Plus, very-the-science-teacher la kalau buat macam ni kan? Haha

Must do must must do jugak jugak! Sebab kasut ibu nampak comel, saiz 4 :) Baru la nampak beza kaki ibu dengan kaki abah dengan kaki baby. Lepas tu tulis tahun kelahiran abah; 1990, ibu; 1990 dan baby;  2015. Lagi best tulis bulan sekali, abah dan ibu Mei 1990, baby Mac 2015 :)

Okay kena tulis lagi tak yang ni pun posing-must-do? Baby, kamu tau tak, ibu selalu baca Prophets' Stories kat baby? In English gittewww. Pastu selain nasyid, bacaan Al-Quran dan Zikrullah, ibu selalu bagi baby dengar lagu Inggeris? Bila tanya baby pun, bukannya 'Apa khabar baby ibu hari ni' tapi 'Hows my baby today?' Kengkonon nak bagi nanti baby boleh kuasai 3 bahasa terus la, bahasa Melayu dari abah dan ibu, bahasa Inggeris dari ibu dan bahasa Arab dari abah baby. Boleh tak macamtu? Hehe. By the way, posing macam ni pun cute kalau ada big book, dan si ibu dan si abah share baca sama-sama under shady tree. Baca Quran lagi bagus kot T_T. Insafla wahai bini ustaz.
Ni kena beli baju baby awal ni. Saya plan macam ni, balik ni scan, maternity shoot pastu baru la shopping. Tapi rasa macam kena shopping dulu la. Kalau tak, mana nak datang baju baby kan? Tapi lagi, tak ada la rare sangat pun posing dengan baju baby ni ha, cuma the way the mood is being presented tu yang akan change the perception.
Nota cinta untuk baby. Wajib buat. Tapi mungkin Dear Rob tu ganti dengan intials nama baby jela. Taknak reveal nama betul baby lagi selagi belum tiba masanya. Eceeehh padahal Che Ta awal-awal lagi dah tayang muka anak. Setakat nama anak takpe kot kan?

Semoga menjadi kenyataan, amin. Mana la tau waktu tu dah tak larat berdiri, semua posing saya kena duduk berlunjur je. Wuuu

October 29, 2014

My Pregnancy Journey

assalamualaikum



Kebelakangan ni, kerap sangat rasa mengantuk. Malam-malam dah mula datang sindrom ibu mengandung yang sakit pinggang, tapi Alhamdulillah kaki masih belum bengkak (mungkin belum sampai masa) dan jarang sangat kejang kaki. Alhamdulillah walau berseorangan ketika mengandung, Allah permudahkan pregnancy journey saya. Saya hanya mengalami alah pada bau tumis-tumis, tak boleh hadap nasi, muntah-muntah dan ada sesetengah bau tu memang tak boleh hidu langsung, hanya pada trimester pertama. Masuk je trimester kedua, Alhamdulillah semuanya pulih macam biasa. Cikgu-cikgu sekolah pun tegur sebab tak nampak gaya macam mengandung; kejap ke sana, kejap ke sini. Lincah. Tak reti duduk diam. 

Alhamdulillah, ini rezeki saya. Bahagian saya. Mengandung sulung tanpa suami untuk dimanjai, tanpa mak abah untuk beri teguran dan bimbingan segala apa yang patut dan tak patut dibuat, tanpa keluarga untuk beri sokongan tapi Allah beri kemudahan yang amat saya syukuri. Saya alami alahan pada trimester pertama sebagai hadiah Allah kepada saya supaya saya rasa pengalaman mengandung. Supaya saya rasa indahnya perasaan apabila bakal bergelar seorang ibu kepada si kecil. Kemudian, Dia hilangkan segala alahan dan kesakitan saya supaya saya makin tabah dan kuat. Supaya saya tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai guru kepada anak-anak didik saya di pedalaman Sarawak ini. Alhamdulillah, syukur atas aturan-Mu Ya Allah!

Saya juga tak mengidam bukan-bukan. Kalau ada pun hanya sesekali rasa teringin nak makan masakan orang semenanjung. Kalau tak dapat, Alhamdulillah keinginan tu cepat je berlalu pergi. Tak ada sampai tahap terleleh-leleh air liur. Hehe. Tapi yang seronoknya, sekali balik kampung, bawak balik list tuuuu! Haha. Satu untuk mak tolong tunaikan, satu untuk suami tolong tunaikan. Mak mertua pun takes part; sebut je nak udang masak sweet sour ke, apa ke.. Semuanya terhidang. Kalau tiapkali saya balik Perak pun mesti ada laksa untuk saya sebab semua orang dah tau saya ni hantu laksa. Alhamdulillah. 

Jalan hidup kita tak sama. Tipu la kalau saya tak envy dengan mommies lain yang asyik-asyik upload gambar dalam Instagram dan Facebook dengan caption ‘Thank you husband sebab bawak makan kat sini. Dah lamaaa teringin’. Saya ni kalau teringin, sedaya upaya buat sendiri. Cari bahan sendiri. Macam bulan Ramadhan dulu, teringin sangat nak makan murtabak. Cari tapi tak jumpa. Bila dah jumpa pulak, tak menepati selera. Penyelesaiannya buat la sendiri. Gentel tepung gandum dengan marjerin, buat inti sendiri. Canai atas papan landas. Buat sendiri jeruk bawang untuk makan dengan murtabak. Alhamdulillah.

Hari tu pun teringin nak makan nasi ayam. Nasi ayam sini tak sama dengan nasi ayam yang biasa saya makan. Salad tak ada. Kurang kaww di lidah saya. Berhempas pulas la lagi buat sendiri nasi ayam. Semuanya ajar saya untuk berdikari. Semoga anak ibu kuat, ya. 

Semua ni ada hikmahnya. Saya yakin dengan aturan Allah. Apapun, semoga bayi yang dikandung ni sihat, sempurna sifat, dan membesar sebagai anak soleh, yang taat perintah Allah, yang patuh pesan ibu dan abah, yang bijak, yang menghormati orang lain dan psssstttt!! Ibu harap kamu jadi peguam tau, sambung cita-cita ibu dulu. 

Salam sayang,
Bakal Ibu Mac 2015.








 

September 7, 2014

Sambungan Cerita Bahagia

assalamualaikum

been so long, peeps! 


Alhamdulillah. ni baru ada peluang nak cerita pasal peningkatan status dalam hidup saya. Gambar atas ni, gambar suami saya, semasa majlis akad nikah kami 22 Mac 2014 lepas. Alhamdulillah sudah lebih 5 bulan saya bergelar isteri kepada Mohamad Amir bin Mohamad Saedy, yang saya kenal sejak hampir 7 tahun lepas. Pernikahan dan majlis perkahwinan kami berlangsung secara sederhana, tak mampu saya nak tempah pelamin mahal-mahal, design baju mahal-mahal sebab masa tu, saya masih penganggur. hehe. hampir semuanya saya DIY sahaja, maklumlah harapan dan impian besar, tapi bajet seciput. hehe. 

tak ada yang nak saya kongsikan selebihnya, melainkan rasa bahagia dan bersyukur. 

tapi nak cerita juga yang khutbah nikah kami, dibaca sendiri oleh suami saya! mau tak meleleh hingus air mata segala. kalau tok kadi baca khutbah, dia cakap, 'Wahai isteri, taatlah kepada suamimu' tapi bila suami baca sendiri, dia sebut, 'Wahai isteriku, taatlah kepada aku nescaya syurgalah tempatmu.'

Sobs.



dan saya bersyukur, adegan bercium dahi tak ada dalam majlis kami. Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah, atas kurniaan ini. Terima kasih mak abah, sebab kak Qirah dengan amat baik sampai la kak Qirah berumur 24 tahun. Terima kasih atas didikan selama ini. Terima kasih sebab restui pernikahan ini, hubungan ini. Terima kasih abah, sebab mewalikan kak Qirah. Tak mampu kak Qirah balas segala jasa dan kasih sayang mak abah. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. 

Abah, berpindahlah tanggungjawab abah ke atas suami kak Qirah sekarang. Ampunkan segala dosa yang kak Qirah buat selama ini, dan redhakanlah kak Qirah sebagai anak abah. Sampai akhir nafas, kak Qirah bersyukur punya mak abah sebagai ibu bapa kak Qirah. kak Qirah bangga ada mak abah sebagai pelindung kak Qirah selama ni. mak abah tetap kekal cinta kak Qirah sampai bila-bila. 

adik beradik saya, (readers tegar blog ni). kita membesar sama-sama. Kita harungi susah payah bersama. Kita berebut, kita bergaduh, kita bermasam muka, tapi kita tetap bersama. Kita tetap melindungi. Kita tetap membantu. Kita tetap berkasih sayang. Sebab kita saudara. Terima kasih..terima kasih sangat-sangat sebab terima segala lebih kurangnya Qirah sebagai saudara hampa. Terima kasih sebab tak pernah menolak bila diminta bantuan. Terima kasih sebab sentiasa ada. Terima kasih sebab menjadikan pernikahan ni satu kenyataan.



sahabat-sahabat baik saya,

yang sanggup bersama saya dari kecil hingga dewasa, terima kasih juga untuk Tora Paah dan Jannah. juga yang lain yang mendoakan. yang datang meraikan pernikahan ini. yang memberi hadiah, hingga kami dah lengkap segalanya. tanpa doa sahabat-sahabat juga, saya takkan sebegini bahagia. 


akhir sekali buat suami tercinta, terima kasih sebab terima saya seadanya.  Saya yang banyak kurangnya. Tapi, abang melengkapkan kekurangan saya. Semoga Allah redha.


pernikahan yang sederhana, tapi saya amat bahagia. terima kasih semua.


saat ini, saya sedang hamil 16 minggu hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta. Alhamdulillah

saya sayang semua :)





May 7, 2014

Suami Bertanya, Untuk Siapa Kecantikan Itu?

assalamualaikum

buka Facebook, buka blog blogger cantik, tengok kawan-kawan yang pandai bergaya, badan langsing dan tinggi lampai, kulit halus mulus, hidung terletak, pernah tak terfikir, 'Kalaulah aku cantik macam ni...'

Belek pula diri sendiri.

Saya kira, ini naluri semula jadi perempuan. Kadang-kadang kita bukan nak berlawan untuk menjadi lebih cantik dengan makhluk sejantina dengan kita, cuma kita rasa lebih yakin bila kita rasa kita cantik. Betul tak?

Kalau tak, ubat kurus, ubat untuk memutih dan menghaluskan kulit, korset, kasut tumit tinggi dan selendang gaya terkini takkan mendapat sambutan dalam pasaran.

Macam tu dengan suplement Shaklee yang tengah trending sekarang. Hehe

Semalam, saya kira kemuncak perasaan nak jadi cantik menyerang saya. Tak tau la kenapa. Selain dari masalah kenaikan berat badan, jerawat pulak memercik di muka saya kebelakangan ni. Tipu la kalau tak kecewa.

Saya telefon suami. Mengucap panjang si suami mendengar repekan saya. 

'Nak cantik ke? Pernah tak abang merungut ayang tak cantik?'

Tidak.

'Dahtu, cantik tu untuk siapa?'

Bukan siapa-siapa. Hanya untuk keyakinan dan kepuasan diri.

'Dah kahwin ke belum ni?'

Sudah.

'Kalau macam tu, bukan ke kecantikan isteri hanya untuk suami?'

Terdiam.

'Seorang isteri, adalah milik mutlak seorang suami. Yang telah membayar mahar untuk memiliki isteri tu. Sama macam abang. Sama macam suami-suami lain. Selagi suami tak merungut dan tak minta isteri berhias, perlukah isteri rasa dirinya tak cantik sedangkan dia yang tercantik di mata dan hati suami dia?'

'Yang tercantik tu,  bukanlah sekadar di mata. Ayang dah cukup cantik untuk abang.'

Menangis.




dan yang memandang isteri dengan pandangan penuh cinta.


January 6, 2014

Kaitan Warna Kulit dengan Warna Baju

assalamualaikum.

hi brides to be out there! intro asyik sama je kan? hehe. tapi kalau korang b2b macam saya yang insyaallah akan bertukar status dalam masa sebulan dua ni, stress tu jangan cerita la kan? rasa macam serba tak sempat je. rasa macam nak yang perfect je. stress.

sobs.

kemarin saya dan Amir dan finalised bridal idaman kami. Perlis tak besar pun sampai pening nak pilih bridal mana. hehe. yang femes pun kalau kat Arau, Zaireen Bridal atau Airah Bridal. kalau Kuala Perlis, ada Firuz Bridal. kalau Kangar pulak, ada Anggun Saujana, Norsalela dan tu je saya sempat survey. hehe. tapi pilihan saya adalah Aisy Bridal yang terletak di Behor Pulai, berhadapan dengan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. serius murah! ce cari page dia kat facebook. nak share, baju saya dan Amir, bukanla baju baru tapi design baru la. jenis dress kembang macam princess pastu meleret belakang, sekali veil yang sooomeell dengan kasut dan handbouquet, RM400 je. murah kan? hehe

Alhamdulillah.

yang jadi masalahnya sekarang ialah saya rasa macam ada warna lain lagi yang sesuai dengan kami berdua. dan saya syukur sangat sebab tone warna kulit saya dan Amir hampir sama. taktau la nak cakap warna apa, tapi lebih kurang je la warna kami kecuali saya cerah sikit la dari dia. haha


ni gambar syok sendiri di Aisy Bridal tu semalam. saya confuse betul la.. apa warna yang sesuai sebenarnya dengan warna kulit saya? warna baju yang kami booked tu, warna gelap tapi terang. hehe. tak nak bagitau la warna apa tapi bukan baby blue ni la. tapi bila  balik rumah, saya rasa macam, eh pastel color macam ni pun okay juga. dah tu apa pun tak boleh!

ideas please ideasss

Menang Tempat Pertama GA dari Azmah Ahmad Wedding Decor & Events

assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki rezeki :) seronok sangat ni sampai melompat pi bagitau mak yang saya menang tempat pertama dari AAWD ni. yelah bukan calang-calang nama kan AAWD ni. Alhamdulillah dan terima kasih!


siap printscreen lagi. haha

saya rasa Puan Mila ni baru je update blog, tapi tak sampai 10 minit, dah dapat reply details dari saya. nampak sangat dok tunggu result je kan? hehe

Alhamdulillah.