Bukanlah ibu yang mampu melahirkan anak secara normal,
Bukan juga yang mampu membiarkan setiap lapisan perut dilapah demi mengeluarkan anak yang tercinta.
Ibu yang baik,
Bukan ibu yang mampu memberi penyusuan ekslusif kepada anaknya,
Bukan juga ibu yang setiap bulan mengeluarkan belanja untuk membeli susu formula.
Ibu yang baik,
Bukan ibu yang memilih untuk memakaikan lampin kain kepada anaknya,
Juga bukan ibu yang setiap hari menukar lampin pakai buang milik anaknya.
Ibu yang baik,
Bukanlah ibu yang memilih untuk menghantar anak ke taska,
Bukan juga ibu yang memilih sendiri untuk menjaga anaknya dan berhenti kerja.
Ibu yang baik,
Bukanlah ibu yang memilih untuk mendukung anaknya,
Bukan juga ibu yang berbelanja mahal untuk membeli penggendong berjenama.
Ibu yang baik,
Bukan semestinya ibu yang ada setiap masa,
Bukan semestinya di hadapan mata,
Kerana anakanda tahu, Ibu selalu berdoa,
Minta Allah jagakan anakanda sentiasa,
Moga sihat selalu dan sentiasa di bawah rahmatnya,
Moga membesar dengan sihat dan cergas, walaupun tanpa Ibu tercinta.
Kita selalu terlupa,
Dan sering alpa,
Mendabik dada bahawa kitalah ibu yang baik dan paling berjasa.
Sering tak sedar perkataan kita mengguris rasa.
"Akulah ibu yang terbaik itu. Kau tidak, kerana kau ibu biasa-biasa".
Sedang kau tak tau masalah yang melanda.
Aku ibu biasa-biasa.
Yang mencintai sang anak secara luar biasa.
9.17am, 14 Oktober 2015.
Ketika hati diserang rindu untuk anakanda.