Friendly Friends

August 19, 2013

Resepi Sambal Tauhu Berkacang

assalamualaikum

kali ni saya nak kongsikan resepi sambal tauhu berkacang yang saya buat masa Ramadhan lepas. resepi ni saya ambil dari blog Cik Mat Gebu yang sememangnya saya minat dalam dunia masakan ni (bajet bunyi macam tukang masak dah je saya ni. haha).

jom semak resepi!

Bahan-bahan yang diperlukan:

400 gram kacang tanah
1 senduk nasi penuh cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1500 ml air


Bahan kisar:

80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan
13 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, dihiris
1 camca besar ketumbar
1 1/2 inci lengkuas

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
  2. Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


resepi atas ni adalah resepi asli dari Cik Mat. tapi saya jenis kalau blender bawang segala macam tu, saya masukkan terus asam jawa sebab malas nak perah. hehe. paling penting, goreng dulu tauhu sebelum masukkan dalam sambal kacang ni dan sebelum goreng, tabur sikit garam atas tauhu nak elakkan dia dari melekat dekat kuali. bila dah melekat tu susah benar nak alih dia, bentuk pun jadi tak cantik. 

dan...ini dia hasil masakan saya


 lagi mudah kalau ada lebihan kuah kacang lepas makan nasi impit atau sate. caranya, masak sambal macam biasa, lepas tu masukkan je kuah kacang lebihan tu dalam sambal.