Friendly Friends

June 21, 2013

Need Your Opinion: Which Color Suits Me Most?

assalamualaikum

pening saya memikir warna tema nanti. bukan apa, saya peminat warna pastel, terutama sepupu sepapat pink, peach dan champagne, tapi family dan ramai kawan saya sokong kalau saya ambil warna terang, macam merah, ungu terang atau emerald green. pening dibuatnya. bukan apa, kalau dah ada warna tema, senangla saya nak mula buat persediaan sikit-sikit, macam beli goodies bag dan sebagainya.

apa pendapat korang?

saya lebih sesuai warna pastel ke, warna terang?

mula-mula saya fikir, belah saya nak guna warna terang, belah Amir boleh guna warna pastel sebab dia kan tentera. tentera kan kena pakai baju istiadat warna putih depa tu. kalau dia pakai baju warna putih, takkan saya nak pakai warna terang tiba-tiba kan. tapi semalam dia bagitau, baju dia bukan macam navy yang putih semua sebab dia darat. darat ada sampin warna ala-ala emerald green. kalau macam tu, better saya pakai baju warna emerald la kan? kang janggal sangat pulak kalau warna lain. betul tak?


ni rupanya emerald green tu. selain tu, Scha dengan Awal pun ada pakai emerald green untuk wedding depa.

tapi kalau boleh pilih, saya suka design macam ni:


 
 pictures credited to Google

nampak sangat verangan nak jadi princess kan! haha. dah alang-alang dia dah bersut,  takkan kita nak kebaya pulak. bila lagi nak pakai dress.

macam mana readers, apa warna yang sesuai dengan saya? warna terang ke, pastel? tapi saya macam nekad jugakla nak pakai emerald green ni untuk belah Amir nanti. pendapat, please!

btw, jangan cadangkan biru ya. tiffany blue ke, baby blue ke, royal blue ke, apa sahaja yang blue-blue, saya memang tak minat! hehe

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

assalamualaikum

puding karamel tak bertelur ni terhasil sebab teringin nak makan. nak beli, slice kecik je dah RM3.50. makan sorang-sorang. daripada tu, baiklah buat sendiri. tapi teringin jugak nak buat yang tak guna telur. mana tau lagi sedap. maka, terhasillah puding karamel tanpa telur (sounds better daripada tak bertelur hihi) ni. jom kita tengok resepi dan cara penyediaan dia

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:
2 camca besar tepung kastard
3 camca besar tepung jagung
(kedua-dua tepung ini disebatikan menggunakan air panas dan ditapis untuk mengelakkan puding berketul-ketul)

Bahan B:
30g agar-agar kering, dibasuh dan dimasak hingga hancur menggunakan secawan air
1 tin susu cair
1 1/2 tin susu pekat manis
Setitik esen vanila

Bahan C:
secawan gula putih
kira-kira 2 sudu air masak

Langkah-langkah Penyediaan:

1.  Masukkan gula ke dalam loyang atau sebarang bekas untuk dicairkan di atas api. Kacau gula tersebut secara kering tanpa memasukkan air. Bila agak-agak dah mula perang, masukkan secamca air. Hati-hati ya, dia sangat mudah terpercik! Jadi saya masukkan air ke dalam senduk, dan tuang dari jauh. hehe
2. Bila dah elok warnanya, tuang ke dalam bekas puding. Saya tak tuang ke mana-mana sebab saya masak terus dalam loyang tu. Yang ni pun kena jaga-jaga, jangan sampai gula terlalu perang sebab nanti rasanya dah tak manis, tapi ya ampun...pahit sangat!
3. Setelah agar-agar kita tadi hancur, masukkan adunan tepung kita tadi bersama susu cair dan susu pekat manis. Jangan lupa masukkan esen vanila untuk aroma yang lebih wangi.
4. Kacau hingga mendidih. Lepas tu, tuang ke dalam loyang yang berisi karamel. Siap!

Tips Mudah di Dapur:

1. Jangan sampai terlajak bubuh air. Mulanya saya tak bubuh air langsung sebab loyang saya macam basah-basah sikit. Saya rasa okey je tapi resepi cakap bubuh, bubuh je la kan. Kalau terlajak bubuh air, nanti bila keluarkan dari peti ais, puding kita macam terapung sangat. Pekatkan sikit karamel tu ya!
2. Fungsi esen vanila dalam puding karamel yang ada telur tu adalah untuk menghilangkan bau hanyir telur, adi sebab tak guna telur, fungsi dia sekarang adalah untuk mengharumkan puding kita
3. Nak bagi cepat sejuk, sebelum masukkan ke dalam peti ais, masukkan loyang berisi puding ke dalam bekas lain yang lebih besar dan berisi air. InsyaAllah puding akan lebih cepat sejuk dan mengeras. Cara i jugak baik untuk mengelakkan puding kita daripada dimasuki semut. Kalau nak lagi cepat mengeras, tukar air dalam bekas tu selalu dan lepas tu, bolehlah masukkan ke dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru la sedap




Personally, saya prefer puding karamel tanpa telur macam ni sebab tak memuakkan. Maafkan tekstur puding saya. Loyang saya kemik-kemik. hehe






June 19, 2013

Jom Nikmati Hidup!

assalamualaikum



Kita, selalu sangat tertekan.
Selalu sangat terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan
Selalu sangat take things for granted
Selalu sangat terburu-buru
Selalu sangat resah gelisah, cuak tak tentu pasal padahal benda tak jadi lagi pun
Selalu sangat rasa rendah diri
Selalu sangat rasa kekurangan
Selalu sangat banding diri dengan orang lain
Selalu sangat rasa tak cukup

Semuanya serba tak kena

Nah, baca ni! Saya dapat dari blog Susu Sejat yang mana seorang daripada silent reader dia bagi. Kata reader tu, ayat ni adalah titik tolak dia bermotivasi untuk menguruskan badan. Kalau yang tak nak kuruskan badan tu, anggapla ini sebagai kaa-kata perangsang dari saya untuk kita berhenti sekejap dari semua yang stressful tu dan beralih kepada sesuatu yang kita tak pernah buat. Benda kecil, tapi tak pernah buat. Mungkin pernah, masa kecil.




saya teringin sangat nak buat macam yang disarankan macam orang ni. teringat masa sekolah menengah, saya ada simpan keratan article dari NST pasal life ni. dia cakap, Slow down. Lets dance. The music won't last. ha, lebih kurang macamtu la dia cakap. bertahun saya simpan keratan tu tapi last-last, MIA. kecewa jugak la sebab saya suka setiap perkataan dia. 


kalau saya, ini cadangan saya untuk readers sekalian. saya suka buat benda-benda ini, dan cubalah. mana tahu kesukaan kita sama. hehe

1. Baca novel Cecelia Ahern

bagi saya, dia penulis novel Inggeris yang terbaik. karya dia sentiasa mengagumkan. macam yang terbaru saya baca tajuk One Hundred Names, dia cerita pasal seorang wartawan yang ditugaskan untuk cari perkaitan antara 100 nama dalam senarai yang ditinggalkan oleh kawan baik/ mentor dia. lama saya baca, dekat ending baru dirungkai misterinya. mereka semua tak ada kaitan, tapi bagi kawan baik dia tu, everyone has a story to tell. dia hanya randomly select few names dari Yellow Pages sebab dia percaya setiap daripada kita punya cerita sendiri yang kadang-kadang, kita sendiri tak sedar yang itulah keistimewaan kita :)

dari situ saya mendapat inspirasi untuk ubah tagline header saya kat atas tu.

2. Luangkan masa dengan keluarga

saya belum berpeluang untuk bercuti dengan keseluruhan ahli keluarga saya. masing-masing sentiasa sibuk, tambah-tambah abang saya si wartawan tu. tapi besar hasrat saya untuk menghadiahkan percutian untuk seisi keluarga saya, walaupun sekadar sehari. dan sekarang, hasrat saya ialah menghadiahkan percutian kepada seisi keluarga selepas perkahwinan saya nanti. keluarga, walaupun sering bergaduh atau berselisih faham, merekalah yang pertama di sisi kita dalam susah dan senang. walaupun sekadar meluangkan masa di meja makan, hargailah setiap detik dengan keluarga sebab kita takkan berjumpa lagi pengganti mereka dalam hidup kita.

3. Belanja orang makan dan bersedekah

ada kala, saya mengaku saya tak mampu. status saya yang bergelar pelajar ni hanya mengharapkan elaun yang saya dapat. tapi, kalau berkesempatan, saya akan cuba menggembirakan orang lain melalui makanan, terutama makanan yang saya masak sendiri. 

kita takkan cukup duit kalau selalu cakap tak cukup. tapi dengan belanja orang dan bersedekah, insyallah rezeki kita yang sedikit tu akan menjadi lebih berkat. insyaallah

4. Makan makanan kesukaan

Amir cukup pantang kalau saya sebut nak makan sesuatu tapi saya batalkan sebab saya fikir pasal duit. Mak pulak dulu cakap, duit habis untuk makanan tu tak apa (tapi tak pernah cakap macamtu lagi sebab terlalu risaukan kenaikan berat saya). kalau terdetik di hati nak makan nasi kandar, kalau ada duit, silakan. mesti kita rasa gembira lepas tu. macam sekarang, saya terasa-rasa nak makan chicken wings. semoga saya gembira lepas ni

5. Berdamping dengan alam

pergilah masuk hutan. saya pun dok rancang nak hiking Jerai sebelum puasa ni. saya tak lasak sangat, tapi saya suka tempat sunyi macam dalam hutan tu. rasa aman tenang sangat. tak ada nak serabut. kita pun akan lebih bersyukur pada Allah sebab ciptakan alam untuk kita jaga serta manfaatkan baik-baik

auwww skemanya penulisan kali ni. saya sebenarnya sedang fikirkan banyak benda, sebab tu nak distract diri sendiri. sebenarnya, paling saya risau ialah macam mana nak reduce 25 kilos sebelum wedding nanti. turun 25 kilos tu maknanya saya akan kembali ke saiz zaman persekolahan saya. sebelum ni saya tak kisah. tapi bila fikir balik, saya bukannya dilahirkan dengan saiz L ke atas, kenapa saya kena menyerah dan biar saiz S dulu berlalu macamtu saja?

kena beli running shoes baru! percaya tak kalau saya cakap, saya runner masa zaman persekolahan? tak caya? jahat! haha. tengokla nanti..

June 11, 2013

Review Lipstick Kolagen D'Herbs


Assalamualaikum semua!
Hari ni saya nak berkongsi satu lagi produk yang telah saya gunakan. Saya guna selama seminggu ya, baru saya tulis review ni. Produk yang saya maksudkan ialah lipstick kolagen keluaran D’Herbs. Dah lama juga la saya intai produk ni. Bukan apa, takut merah sangat. Lagipun selama ni saya dok beli je lipgloss la, lip balm la, bukan pakai pun. Last-last jadi hak kakak saya juga. Haa

Kenapa saya nak beli sangat lipstick kolagen ni? Sebenarnya bibir saya selalu sangat kering. Lepastu tak merah macam orang lain. Haha. Yelah perempuan memang nak yang cantik je kan. Tak nak la macam Angelina Jolie tu pulak. Seram rasanya saya tengok bibir dia. Haha. Okeylah, jom kita tengok apa yang jadi lepas guna produk D’Herbs ni


pucat!

 tapi lepas guna,


saya suka sebab walaupun kat kotak cakap ikut warna darah, dia tak merah sangat. sebelum ni ada je few lipsticks kawan-kawan saya yang dicalitkan kat saya cakap macam tu tapi merahnya....fuhh! kalau jumpa lembu tobat kena kejar.

dalam seminggu penggunaan, saya dapat rasa kering-kering merekah di bibir tu makin kurang. tapi yang paling best, tang gelap-gelap atas bibir tu makin pudar. kira dia bukan sahaja mencantik, malah merawat. highly recommended!

boleh dapatkannya dengan harga RM25 tapi saya dapat percuma dari kawan saya Tora sempena birthday saya! thank you :D

June 5, 2013

Resepi Kerabu Pucuk Paku

assalamualaikum

semalam pergi pasar malam Kuala Perlis. nampak ramai orang kerumun kat satu meja ni. ingatkan jual cincin suasa ke apa ke. rupanya pucuk paku. saya ni nama je duduk kampung, tapi tak ada langsung pucuk paku ni tumbuh dalam kampung. nampak macam orang lain pun tak ada pucuk paku je, tu yang ramai serbu meja pak cik ni. takpun kampung depa ada pucuk paku, tapi malas kutip. hehe

saya beli 2 ikat. cadangnya nak buat masak lomak pucuk paku. eeeiii sedap! kalau ada ikan bakar lagi terangkat!

tapi bila tang nak masak tu, baru teringat yang saya beli ikan seludu semalam. abah suka betul kalau makan gulai ikan seludu. maka, rancangan memasak saya pun berubah. takkan semua benda nak berlemak kan. oleh itu, ini kerabu pucuk paku saya. simple, tapi sedap. hehe



bahan-bahan yang diperlukan:

2 ikat pucuk paku (dalam 2 cekak tangan)
3 ekor ikan temenung (kembong)
5 biji cili padi
1 ulas bawang besar
1 biji tomato
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar kelapa parut
gula dan garam secukup rasa

cara-cara penyediaan:

saya rendam dulu pucuk paku dalam larutan air garam. penting ya, sebab nak bagi ulat-ulat kot-kot ada bergulung sekali dalam pucuk paku. hehe. lagipun kalau rendam dalam air garam, dia lebih menyucikan. rendam la, lepas tu baru buat kerja lain. maknanya, rendam kira-kira setengah jam. lepas tu, potong, dan celur dalam air yang mendidih. celur ya, bukan rebus.

ikan temenung tu pun direbus dan diambil isi, diracik-racik. bawang besar, tomato dan cili padi dihiris nipis. air rebusan ikan tu, jangan banyak, ambil sikit, gaul bersama kerisik. saya lebih suka masukkan gula garam dalam air ni sebab biar dia pecah dan cair, nanti rasa dia akan lebih mesra dengan kerabu.

lepas gaul semua ni, masukkan kelapa parut, last sekali masukkan pucuk paku yang dicelur. gaul rata

sedia dihidangkan!

makan bersama budu Ketereh. terbaik!





budu saya meriah sikit. ada tomato, isi ikan rebus dan bawang besar tomato. perah limau nipis