Friendly Friends

April 23, 2013

Penghujung.

assalamualaikum

Alhamdulillah. selesai sudah praktikum fasa akhir selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera. sudah berakhir malam-malam yang tak nyenyak tidur sebab tak tulis Rancangan Mengajar. hehe. kadang-kadang tu terbabas jugak. yelah manusia kan. ada masa letih yang amat sangat, tertidur sampai tak sempat menulis rancangan mengajar. lepas tu mula la pergi sekolah dengan rasa takut. bukan apa, kalau jadi cikgu ni, tanpa rancangan mengajar, boleh kena saman tau kalau tak tulis atau hilangkan buku. kira macam lesen mengajar la buku ni. ha, macam tu la gamaknya nak cerita tentang kes rancangan mengajar ni.

aku dicalonkan sebagai pelajar cemerlang praktikum tapi aku tolak. sebabnya... aku mengaku salah diri sendiri sebab tak update portfolio. bila pensyarah maklumkan yang nama aku dah dicalonkan sebagai cemerlang, terus demam dua hari sebab berjaga malam update portfolio. pergi sekolah, muka macam panda, berjalan macam zombi. hinggalah sehari sebelum penilaian cemerlang, aku masih gagal siapkan portfolio. maaf kepada semua yang terlibat atau sengaja dilibatkan. saya benar-benar tak mampu...

praktikum kali ni benar-benar mengajar aku tentang banyak benda. antaranya, seorang guru harus bijak dalam mengambil hati murid. sebab murid-murid ni akan minat belajar kalau depa suka cikgu tu. kalau masuk kelas asyik marah-marah, asyik tinggikan suara, malah tangan dah mula berani cubit pulas murid, macam mana murid-murid nak suka kita? bila depa suka kita, depa akan suka subjek kita. depa akan sentiasa tunggu kedatangan kita. depa akan sambut kita dengan ucapan salam yang penuh semangat.  secara tak langsung, kita juga akan rasa semangat, dan takkan stress masuk kelas.

ketegasan itu sangat penting. tapi bukan baran tak bertempat.

kita jugak tak boleh letak harapan terlalu tinggi semasa mengajar. maksudnya, jangan sekali-kali syok sendiri. rasa macam mangajar bagus dah. bahan bantu mengajar, lembaran kerja, rasa macam semua dah ok. tapi tiba-tiba ada murid mengadu tak faham. lebih stress kalau pensyarah mai buat penilaian dan markah tak sebaik yang kita harapkan. masa tu, renung balik diri, adakah penyampaian aku benar-benar berkesan? adakah aku mampu mengawal kelas dengan baik? adakah suara aku berintonasi, dan komunikasi aku dengan murid berkesan? adakah aku berjaya merangsang murid untuk terus 'hidup' dan memberi respons yang baik terhadap semua aktiviti yang aku jalankan? adakah kaedah, pendekatan dan strategi yang aku guna ni adalah sesuai untuk murid aku dan topik yang aku ajar? cermin balik diri. refleksi kata orang. masa tu, kita akan dapat kesan di mana kurangnya kita masa mengajar. 

ewah, pandai pulak aku bersyarah. hehe

aku masa kat sekolah ni berpraktikum, aku tak ingat dah berapa kali aku jadi emcee. PIBG, program tu, program ni, dan aku rasa tu salah satu cara aku nak menyumbang sesuatu pada sekolah. yang paling penting, aku rasa bertuah sebab ditempatkan berpraktikum di sekolah ni. penerimaan guru-guru adalah sangat di luar jangkaan! macam tu jugak dengan staff-staff, bahagian pentadbiran dan seluruh warga sekolah. sangat terharu dengan layanan mesra masa di sekolah. guru dan pensyarah pembimbing pun sangat membantu. sangat membimbing. macam tu jugak dengan rakan-rakan praktikum, anda sangat membantu dan happening! terima kasih semua! (nada sobsobsob)

di sini, dibawakan beberapa keping foto untuk dikenang-kenang.


hehe. dapat jugak jejak kaki ke Kem Sultan Abdul Halim (Kem Tentera). kata sekolah tentera ye dak? macam-macam tips aku dapat untuk bekalan menjadi isteri tentera dari sekolah ni 
 

menjelang 2 minggu terakhir praktikum, macam ni la keadaannya. Alhamdulillah. bersyukur menjadi individu kidal
 

selerak sangat dengan goodies untuk budak-budak. mulanya ingat nak buat bookmarks je tapi tak sempat. malam sebelum hari terakhir tu keluar ke Mydin. beli barang basah dan kering untuk buat laksa untuk jamuan perpisahan esoknya. ni pun benda dalam goodies ni beli lepas kelas akhir. mintak kebenaran GB. hehe
 

come on yeah!
 

aaahhh! dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali kami makan-makan.  tapi untuk jamuan ni, cikgu-cikgu masakkan kami nasi, ikan goreng celup tepung, ulam dan sambal belacan, kerabu mempelam dan gulai daging. beberapa hari sebelum jamuan, aku terdengar cikgu-cikgu dah mula plan nak masak apa. sobsobsob terharu!


meratah sedap ni! sarapan pagi kami pun ditaja oleh kak Dayang yang masakkan nasi lemak dan kak Gee yang beli berpuluh-puluh  bungkus nasi lemak


coktails dari pihak kantin, dan laksa dari kami. lepastu ada buah-buahan, kek, jeruk mempelam dan macam-macam lagi
 

perjumpaan terakhir dengan semua guru di bilik mesyuarat. terharu betul masa GB ulang sebut balik nama kami dan bila turn nama aku, dia cakap macam ni," Cik Nur Shaqirah Mat Isa. ni semua kenal ni, pengacara kita."

terima kasih semua!

April 9, 2013

Sabun Glutakojic untuk Memerahjambukan Kulit?

assalamualaikum

nama je penjual sabun beras berkolagen, terlampau seronok berniaga sampai stok tak ada untuk diri sendiri. sekarang guna sabun glutakojic 3 layer yang macam kek lapis tu. ada warna oren, ada warna reddish pinkish dan jugak warna putih

rupanya, dalam lebih sebulan pakai, baru aku tahu fungsi setiap layer. layer putih untuk mencerahkan kulit, sebab dia diperbuat dari beras jasmine. bila dah cerah, selalunya parut jerawat akan nampak pudar. layer oren pulak untuk menghaluskan kulit, memandangkan dia diperbuat daripada betik. yang aku nak fokuskan sekali ialah layer pink tu. roselle. rupanya bila digabung, kulit halus (layer oren), kulit cerah (layer putih), khasiat pink tu adalah untuk memerahkan muka. kira kalau muka putih lepas tu merah-merah, nampak macam berseri la. ha, 3 dalam satu. sebab tu dia mahal dari sabun beras.

aku tak tau la nak cakap mana lagi bagus. cadangan aku macam ni la, kalau kulit berjerawat dan perlu rawatan untuk kecutkan jerawat serta pudarkan parut, gunalah sabun beras. bagus jugak untuk mengawal kulit berminyak. yang penting, dia tak mengeringkan kulit. tapi kalau kulit dah okay cuma nak improve lagi, boleh guna sabun glutakojic ni. ni gambar terbaru aku dalam proses guna sabun gluta ni. gambar memang terbaru ya, tak sampai usia seminggu lagi




okay yang ni bukan tempoh seminggu. ni rasanya dalam tempoh sebulan


 toksah gelakkan aku pulak. ni masa menggila. paw spec amir masa dia tengah drive. dia ada dua, aku pakai la satu. silauu. hehe. fokus tang kulit. masa ni hanya pakai bedak powder Johnson warna pink tu aje




this is totally me with my barest skin. haha. semalam punya gambar. lepas cuci muka, terus suruh roommate tangkap gambar. gelap tu tak boleh nak buat apa la kan, hari-hari berjemur. Jitra panas tau

jadi, pilihan terletak di tangan anda sama ada nak guna sabun gluta atau sabun beras. kalau nak dapatkan sabun gluta, aku ada 3 ketul je lagi sebab seketul tu nak pos dengan pemenang GA yang mana aku jadi sponsornya. aku nak jual RM12 je seketul untuk 60gram punya. nak tak? pm di 0195219267. kalau facebook Qirah Isa, kalau tinggal komen sini pun boleh jugak. bai baiiii


sabun beras pun stok sentiasa ada. cuma krim dah habis tak sempat nak restock. kalau nak cuba, better guna sabun dan krim sekali. sabun harga RM5, krim RM7. insyaALLAH berkesan. rakan-rakan cikgu di sekolah pun dok order lepas aku bagi tester hari tu. Alhamdulillah

April 8, 2013

Random Photos

assalamualaikum

letak sat buku RPH ke tepi. nak share beberapa keping gambar yang diambil sepanjang minggu ni. aktif sungguh bergambar naa! Okay peeps, lets the pictures with captions speak!




angin tapi tak berangin
 

siakap bakar, kerang bakar, tomyam ayam, ulam dan sambal belacan. heaven


mature? err
 

first try. dunno why but im feeling dizzy


best seller! welcome to my collection. i love Cecelia Ahern's masterpiece. they are awesome
 

awok, lepas la tangan saya!
 

the crazy part inside me asked me to sit beside the main road to capture this
 

haikk!

April 5, 2013

JJCM: Sharin Low (Cina Muslim)

assalamualaikum

kembali bersiaran dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan. tempat yang aku nak recommend ni terletak di Jitra, bersebelahan Coolblog. Jom ke Restoran Sharin Low! (Cina Muslim)


pembawak ke tempat makan ialah tunang yang nampak semakin matang penampilannya
 

frankly speaking, ada something tentang gambar ni yang aku tak suka. antaranya, muka yang nampak letih dan kalau nak tau, macam ni la muka aku masa sekolah menengah! versi tak ada jerawat
 

tak tau nak order makan apa. kebanyakkannya nama cina. jenuh waitress terangkan satu-satu kat aku. last-last kueteow kungfu versi pure chinese jugak yang dipesan dengan air laici sebagai peneman


apa agaknya tersesat dalam plate dia kan?

harga dia sebenarnya agak mahal berbanding ke Khor Derang yang aku pernah makan dulu. salah satu sebab yang aku rasakan logik adalah Khor Derang tu terletak di food court, yang ni restoran. kalau nasi ayam Hainan kat sana bawah RM5, kat sini dalam sepinggan RM6. tapi portion makanan dia besar. buktinya? ni buktinya

 
tak beza pun walau selepas makan. rasa membazir sangat... :(

makanan cina rupanya masih tak menepati selera aku. rasa tawar dan bawang putih dia terlalu kuat. tapi gravy dia sedap dan pekat. isi pun banyak. tapi kalau setakat duit cukup-cukup makan, hmm..nak cakap macam mana ya? mahal la berbanding tempat makan lain di Jitra. sayur sini, contohnya kailan goreng, kat luar sepinggan RM3.50 gitu la lebih kurang, tapi kat sini untuk pinggan kecil harganya RM11. kalau nak cuba, pastikan duit banyak atau cukup sekadar makan sepinggan lengkap, bukan sehidang lengkap.

Jom cari makan tempat lain pulak!

April 1, 2013

JJCM Nasi Arab Mendy dan Laicikang

assalamualaikum!

kenyang perut suka hati. sekarang memang tengah kenyang perut tapi tak berapa suka hati sangat la sebab pening kepala nak siapkan proposal action research dan juga nak kena tulis rancangan mengajar. apa pun Alhamdulillah sebab rezeki makin murah, permintaan untuk sabun beras dan krim beras sentiasa ada.

jitra sekarang ni panas sangat. tadi lepas habis sekolah, terus ajak kawan-kawan cari benda sejuk. nak makan Tutti Frutti mahal. sayang duit. lagipun tunggu janji As Eleyana tu cakap nak belanja. hehe. nak makan Snogurt pun sama jugak lebih kurang mahalnya. Coolblog kurang berkenan di hati dan kurang kena dengan selera. bersyukur juga jadi oang kampung yang tak biasa makan benda macam-macam, Laicikang pun jadi. Alhamdulillah


Paah dan Ain.
 

Nyamannnnn


dengan Fasihah. ishk, tembam betul ya aku dalam gambar ni. rasa macam nak penyet-penyet je!

Alhamdulillah, kesejukan Laicikang sangat menyelesakan. lokasi di Gerai Pertama Sungai Korok.

malamnya pulak terfikir untuk ubah selera. bukan senang aku nak ubah selera. selagi tak bosan dengan satu-satu kedai, selagi tula aku hanya makan di situ. tapi malam ni terasa nak makan nasi Arab Mendy yang terletak berhampiran Shell dan Masjid Muttakin Tanah Merah, Jitra Kedah


Tunang masih bercuti di Perak. hanya mereka berdua yang bergilir teman aku dinner. hehe
 

presenting. Nasi ayam mendy. ayam quarter.  makan bersama milo ais. sangat mengenyangkan. kenapa aku pilih milo padahal tau milo tu bersusu dan mengenyangkan dan memuakkan? jawapannya, milo adalah antara air termurah di situ. hehe
 

kasi close up sikit
 

 walau aku kuat makan dan suka makan, aku tetap terseksa tiap kali makan nasi arab sebab portion dia yang besar tu!


decor dia menarik. rasa macam negara arab gitu. rasa-rasa ajelah sebab tak penah sampai sana pun. insyaALLAH ada rezeki nak bawak mak abah, mak mertua dan suami. ehemm eheem.
 

rasanya? bagi penggemar nasi kandar macam aku, nasi arab ni macam tak ada rasa. sambal dia pun rupa je macam sambal, tapi tak pedas langsung. ayam dia empuk dan disaluti jintan manis. bila makan, aku tak suka aroma jintan manis tu dalam mulut.  tapi nasib baik rasa jintan manis tu dapat disembunyikan di sebalik nasi beras brasmathi yang panjanggg tu. ewah ayat tak mau kalah.

apa sekalipun syukur sebab dikurniakan rezeki yang murah serta dapat menikmati makanan ini dengan penuh nikmat. semoga di lain waktu dapat pula kaki ini dijejakkan di Tutti Frutti ameennn