Friendly Friends

March 17, 2013

Untung Jadi Cikgu

assalamualaikum

Jumaat lepas, lepas habis bertugas untuk Kejohanan MSSD Kubang Pasu, Kedah, aku pun pergi la pasar pagi (orang utara panggil nat) untuk tengok-tengok sikit apa ada. tapi bukan setakat tengok la, aku borong labu 4 biji dengan harga RM5.00 sahaja, seikat daun selom campur 3 ikat daun putat dengan harga RM1.00 sahaja, 3 ekor siakap sebesar tapak tangan dengan harga RM7.50, 4 ekor ikan duri campur 1 kilogram sotong dengan harga RM10.00. tak lupa cd qasidah untuk mak. seronok sangat! barang semuanya murah

jalan ke hadapan, tiba-tiba terserempak dengan murid tahun 6 sekolah aku mengajar. aku dan kawan-kawan pun pi la dekat dia

"Eh, kamu berniaga air kat sini? Ayah mana? sorang ja ka?" 

Dia jawab, "Ayah jual roti canai, cikgu. sat lagi ayah mai la tolong kemas-kemas barang."

aku dan kawan pun order la air milo dan air jagung. dia kata, nak masukkan dalam plastik. kami angguk jela. aku rasa, air dalam cawan tu RM1.00. kalau dalam plastik, lebih kot. tak apalah, hilang dahaga. 

lepas tu dia hulur air. kami pun hulur la RM1.00 seorang. berkeras dia takmau terima duit tu. dia kata, saya nak bagi ja dekat cikgu.. aku teringat kisah yang banyak aku dengar. kisah seorang cikgu yang pergi pasar malam. asal jumpa murid yang tolong ayah berniaga je, mesti dapat barang jualan secara percuma. tanda penghargaan kepada cikgu sebab tolong didik anak dia.

terharu.

tak sangka terjadi pada diri sendiri.

tapi kami paksa jugak dia terima duit kami. dia orang susah.. aku cakap kat dia, "Kalau kamu tak mau terima duit cikgu, lepas ni cikgu tak mau mai dah kat gerai kamu." dia tetap takmau terima. last-last, adik dia yang ambil

makin lama, aku makin rasa ke'cikgu'an tu menebal. aku rasa apa orang rasa. aku rasa dihargai dan disayangi dalam profesion ni. aku rasa diperlukan dan dihormati. aku rasa seronok dapat bersama-sama budak-budak yang naif dan perlu didikan. 

semoga Allah permudahkan urusan aku dalam bidang ni, aminn

March 13, 2013

Pertama kali breakfast di KFC!

Assalamualaikum semua!

al kisah pada suatu pagi, terdengar sokseksoksek di bilik guru...

"Cikgu X tu lambat hari ni sebab pi beli bubur ayam KFC untuk anak dia pagi tadi. anak dia mengamuk nak makan. terpaksa la kawan pi beli sebab anak mengamuk. kalau dak, cikgu X  tu mana pernah lambat! "

balas seorang guru lagi. "Ooo... betulla. breakfast kat KFC kan habis dalam pukul 10 pagi..."

aku pasang telinga. eh sedap sangat ka bubur tu? sejak hari tu, aku tanam impian nak sarapan di KFC.

dan hari ini, impian aku tercapai! Alhamdulillah. pertama kali. sedap sangat bubur ayamnya. Breakfast treat a la carte, RM4.50 merangkumi semangkuk bubur nasi panas yang ditabur ayam goreng yang dihiris. ada daun bawang dan daun sup yang memikat aromanya. lepastu ada paket-paket pepper dengan garam. perfecto!


peneman of the day
 

eyes widen. hot coffee!
 

nak tergelak apa tah. apehei mata kecik tah hari ni

kalau tak ada next time pun aku dah puas hati sebab impian dah tercapai!

Breakfast at KFC: status CHECKED! :D

Pengajaran dari si Cilik

assalamualaikum

pagi tadi mengajar Pendidikan Jasmani. semua murid semangat. lepas baca doa pagi je, aku terus ke padang. semua dah ada. kecuali seorang.

dalam 5 minit lepas tu, ternampak murid yang lambat ni jalan longlai ke arah kami. tiba-tiba, sorang murid perempuan bisik kat aku. "Cikgu, Alia (bukan nama sebenar) datang lambat sebab ayah dia tak duduk sekali dengan dia dengan mak dia kat rumah. tak ada orang nak hantar dia. tu pun kawan mak dia hantar."

bisik-bisik lain pulak, "Cikgu, mak dia sakit. sebab tu dia takmau datang sekolah."

aku pandang budak tu. bila dia makin dekat, baru aku perasan dia tengah menangis. menangis sungguh-sungguh. teresak-esak.

aku cepat-cepat suruh dia duduk tepi stor sukan yang kebetulan ada bangku. aku handle budak-budak lain dulu. lepas bagi alat kat depa, aku pi dekat budak ni.

"Alia okay dak?"
Dia angguk

"Nak cerita kat cikgu?"
Dia angguk

"Ayah kawen dua. ayah tak kerja. tak ada duit. mak ambil upah jadi bidan. la ni (sekarang) ayah dah keluar dari rumah. dengan perempuan lain."

Terdiam aku dibuatnya.

"Mak sakit. saya takmau mai sekolah, nak jaga mak..."

Aku tarik nafas panjang-panjang. aku hanya mampu usap bahu dia. tenangkan dia. lepas tu dia okay, dia mintak izin untuk main dengan kawan-kawan.

kawan-kawan dia tambah cerita, kadang-kadang dia tak mai sekolah sebab tak ada duit saku. ayah tak kerja, mak tak ada kerja tetap, macam mana nak masuk duit? aku insaf sendiri. aku yang makan pakai cukup ni pun kadang-kadang malas mai sekolah. astaghfirullah al azim. sedangkan murid-murid tunggu ilmu yang aku nak sampaikan. kadang-kadang bila rasa malas nak mengajar, ajar sambil lewa. astaghfirullah al azim... :(

insaf...

macam-macam aku fikir. kita sedar tak perkahwinan tu satu tanggungjawab? ke kita kahwin ni suka-suka ja? alasan perkahwinan boleh mengelakkan maksiat semata-mata tu macam alasan lapuk sebab tu bukan satu-satunya alasan yang membolehkan kita kahwin. sekurang-kurangnya biarlah ada pekerjaan walau gaji tak tinggi... kalau tak kerja, macam mana nak sara anak bini.

dan para wanita, aku seru, aku galakkan sangat-sangat kita ada mata pencarian. tak semestinya kita ada pekerjaan yang berpendapatan tetap, tapi kita kena ada sumber untuk masuk duit. menjahit baju dan buat kuih misalnya. atau ambil upah mengasuh anak orang. atau jual sabun beras. ehe. sekurang-kurangnya kita tak hilang pergantungan terus apabila kita berdepan dengan masalah. senang cakap macam ni la, kalau bahagia, boleh bantu suami dalam menambahkan pendapatan keluarga, kalau kurang bahagia, boleh sara diri dan anak-anak. kesian anak-anak, tak bersalah.



terima kasih si cilik. semoga kamu membesar sebagai seorang anak yang solehah yang cergas dan pintar. amin

March 12, 2013

Order Sabun Beras Segera!

assalamualaikum

Alhamdulillah makin ramai yang order sabun beras dengan aku. sabun glutakojic pun tak kurang ramainya. tapi yang pelik, ramai kalau beli sabun beras, beli sekurang-kurangnya 5 ketul. syok guna kan? lepastu boleh jual dekat kawan yang lain pulak. 

bagi yang masih berminat nak dapatkan stok sabun beras, krim sabun beras (untuk penggunaan yang lebih berkesan), mistine BB Wonder Cream dan sabun glutakojic 3 layer, boleh sms saya di 0195219267 untuk tempahan segera sebab Sabtu ni nak dapatkan stok lagi. kalau tempah sebelum Sabtu, insyaALLAH hari Ahad saya akan poskan. 

RAMAI YANG DAH GUNAKAN
BERBALOI DENGAN HARGA YANG SANGAT MURAH BERBANDING JENAMA LAIN DI PASARAN
TIADA KESAN SAMPINGAN

tak nak cuba ke? hehe

March 10, 2013

Down Memory Lane

assalamualaikum

bila aku tengok murid-murid aku, aku terfikir. apa saiz aku masa sekolah rendah ya? aku tengok murid aku seorang demi seorang dan bayangkan, adakah aku sama saiz dengan dia ni masa aku darjah 2? adakah aku seorang yang pendiam? atau aku seorang yang banyak cakap? aktif ke aku? pasif ke aku? entah. aku tak ingat.

bila aku tengok murid-murid aku, aku terfikir. masa cikgu pandang aku dulu, dia anggap aku ni comot ke, comel? hehe. eh betulla! aku fikir macam tu. cikgu pun manusia, mesti suka tengok budak kemas, bersih dan comel. aku dulu kelepet tudung ke tak? aku pakai muncung ke, bulat? dulu mana ada tudung awning macam budak-budak sekarang. tapi ada je murid yang mengadu tudung dia sememeh (tak kemas). entah. aku tak ingat.

yang aku ingat, masa darjah 1 dulu, aku balik dengan van sekolah. drebarnya nama Pak Rahman. masih ada ke tak, Allahuaklam. kakak aku masa tu darjah 4, dia akan teman aku ke van setiap hari, lepastu dia sendiri kayuh gerek balik rumah. pernah sekali tu, aku kalut-kalut lukis kerusi dan color comot-comot dengan guna warna merah. sebabnya, loceng dah bunyi tapi teacher Basirah tak mau lepas kami balik. aku kalut la, nanti Pak Rahman tinggal aku. aku bawak buku aku ke depan untuk teacher tanda, tapi kena marah. dia kata, sebelum ni kerja kemas, kenapa hari ni comot? aku tunduk, hampir menangis. padahal dalam hati tetap berdoa tak kena tinggal dengan Pak Rahman

masa darjah 2, aku rasa seronok sangat sebab cikgu yang paling cantik kat sekolah masa tu jadi guru kelas aku. lepas tu, karangan BM aku mula dibaca cikgu setiap kali lepas peperiksaan untuk jadi contoh. paling aku ingat ayat cikgu, " Shaqirah mula karangan dengan ayat sendiri. dia tulis, Amir (bukan nama sebenar) seorang murid yang pintar. Pada suatu hari, Amir.... kamu yang lain tak. kamu terus pada penceritaan." disebabkan itu juga, cikgu bagi kepercayaan kat aku untuk ke perpustakaan setiap 2 minggu dan pilih bahan bacaan untuk kawan-kawan, untuk diletakkan di sudut bacaan kelas.

darjah 3, aku dilantik jadi pengawas pusat sumber. masa tu komited sungguh. tiap pagi, tunggu cikgu Naroni kat depan bilik guru untuk angkat barang dia, lepastu terus mintak kunci untuk bukak perpustakaan. sangat komited sampaikan waktu rehat aku selalu burn disebabkan spend masa di perpustakaan. sampai sekarang, aku masih berharap aku jadi guru perpustakaan nanti walaupun selalunya guru perpustakaan adalah guru bahasa Melayu. ingat cikgu Sains malas membaca ke? hehehe.


dulu berkayuh gerek rata kampung. sebut je jalan ni tembus mana, jalan ni ada kubur ke tak, tanya Qirah! hehe. sekarang berkayuh untuk ronda budak merentas desa. sewa gerek budak dengan kadar RM1 untuk 2 jam. bukan sewa sangat, sedekah sebenarnya. hehe
 

budak ni namanya Asyraaf. hiperaktif dalam kelas tapi Allah kurniakan kelebihan untuk dia. daya ingatan dia kuat, dan dia kadang-kadang lebih cerdas berbanding rakan yang lain.
 

meet my girls!


p/s: refleks diri, siapa aku di zaman sekolah rendah dulu?

Resepi Donut Gebu

Assalamualaikum

resepi ni aku dapat dari sorang cikgu di sekolah aku mengajar sekarang. masa tu, kami semua cikgu-cikgu uli 3kg tepung untuk buat donut ni. sangat gebu! tak kenyang takat makan sebiji. disebabkan itu, aku mintak resepi dari cikgu berkenaan dan nak cuba di rumah

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. sekilo tepung gandum (sebarang jenama)
2. 2 biji telur ayam (aku paww telur ayam kampung mak. disebabkan kecil, aku guna 3 biji)
3. setengah cawan susu pekat manis
4. secawan marjerin
5. mauripam sepaket (dalam 1 sudu besar)
6. air sejuk 

Cara-cara:


masukkan tepung dan marjerin ke dalam bekas, gaul sebati sampai jadi macam serbuk roti



lepas tu, masukkan telur yang telah dipukul ke dalam adunan tepung dan marjerin tadi
 

tadi ada secawan susu pekat kan? ha, cairkan dengan air sejuk. lepastu masukkan ke dalam adunan tepung tadi. 


serbuk mauripam tadi jugak dibancuh dan dimasukkan ke dalam adunan. 
 

uli sampai sebati. masukkan air sedikit demi sedikit kalau rasa air tak cukup. sikit demi sikit tau, nanti terlajak, lagi jenuh nak tambah tepung
 

setelah sebati, tinggalkan adunan. nak tidur ke, nak baca buku ke, buatlah. aku tertidur. hehe. lepas sejam, inilah hasilnya! kembang sebesen.
 

apa lagi, bentukkanlah menjadi donut!
 

aku guna 'mulut' cawan plastik untuk buat badan dia dan penutup botol air mineral untuk dijadikan lubang di tengah donut. dengan sekilo tepung menggunakan saiz cawan ni, aku dapat 40 biji donut. besar tau!


 goreng tapi jangan sampai terlalu garing. perang-perang sikit sudahla. ini rahsia kenapa kita guna susu pekat. kalau kita guna susu cair, kita kena tambah gula sebab dia tak cukup manis. bila kita tambah guna dalam adunan, nanti goreng, dia akan cepat sangat bertukar warna jadi warna gelap. sangat tidak cantik. kita mahu yang putih dan gebu ya. haha *double meaning*

rahsia lain ialah, untuk mendapatkan donut yang lemak-lemak manis, blendkan gula dengan secubit dua cubit garam. lepastu gaulkan dengan donut masa masih panas. aku mula menggoreng dalam pukul 5pm, esoknya ada baki 2,3 ketul lagi tapi masih gebu gitu! kalau tak mau gaul dengan gula, boleh celup dalam coklat cair dan taburkan cheese, chocolate rice, hazelnut atau walnut flake atau apa saja yang disukai. dapat Big Apple

selamat mencuba!

March 4, 2013

Perasaan In a Relationship dengan Tentera?

assalamualaikum

sebelum aku kenal Amir, dia hanyalah seorang Wira PLKN. tapi aku biasa tengok dia dengan uniform. baju loreng. kasut spike. pakai beret. 

setelah 5 tahun, aku kenal Amir yang masih berbaju uniform, masih berberet cuma warna uniform je berubah.

apa perasaannya?

overall, aku boleh conclude yang geng-geng baju loreng ni memang tegas dan berdisiplin berbanding kita-kita. ya, berbanding kita-kita, termasuk aku. kalau aku rasa aku dah cukup tegas, dia lebih lagi. kalau aku rasa aku kemas, dia lebih lagi. mungkin sebab depa ni dah dilatih untuk jadi macamtu. 

bukan sekali dua aku pun dia anggap macam dia jugak. contohnya, 'Takmau dah makan jeruk banyak-banyak lepas ni. Faham tak?" dan aku secara automatiknya menjawab dengan nada yang tegas dan lantang,  "Faham, tuan!"

lepastu aku fikir, eh macam mana aku boleh cakap macamtu? sekarang masuk kelas pun aku buat macam tu kat budak-budak, sikit-sikit, "Kelas duduk sedia! Kelas duduk senang!" tinggal tak bagi arahan ke kanan lurus je. tapi pernah lepas aku ajar PJ, aku suruh budak-budak berbaris semula ke kelas, aku bagi arahan macam ni, "Dari kanan, cepat jalan!"

Astaga..usap-usap muka

itulah pengalamannya.

tapi aku dah mula belajar hidup tanpa terlalu berharap untuk dia ada sepanjang masa untuk aku. contohnya macam tengah makan elok-elok, dia dapat phone call, ada kematian anggota dia. apa lagi, dengan aku kena makan cepat. kena belajar untuk faham yang kerja dia bukan sekadar di waktu pejabat je. pastu, masuk ke waktu, kena ada di surau. pernah janji nak bawak aku keluar beli barang tapi lambat 30 minit sebab Isyak lambat, kedai semua dah tutup. sabar jelah. memang tu je mampu buat. kena sabar banyak-banyak.

ingat. tu je pesanan dari aku. kena sabar banyak-banyak kalau ada relationship dengan geng-geng beruniform ni. mau mau pulak tentera kalau keluar operasi, masuk hutan segala tu kadang-kadang lebih dari 2 bulan. kalau dah kahwen, kita la yang akan uruskan rumahtangga sorang diri. kena ada lesen moto dan kereta, kena tau pasang tong gas, kena tau pasang mentol, kena tau bertukang, kena tau semuanya. kalau tak, sapa nak tolong kita? 


sabar ya. ni baru fasa kedua. 



psstt... aku rasa kalau ni boya betul pun dia berani bergambar. scary la mamat ni. hehe

March 3, 2013

Wedding Preparation: Desired Wedding Shoes

assalamualaikum

terlebih kerja, dok google gambar kasut pengantin. awesome sangat! tak sabar nak memulakan pencarian kasut. lepastu, aku terjumpa page ni. dia punya design memang superb, se-superb harganya. eh, kalau mampu boleh je. tapi aku nak bajet,bak kata mak, nak sarung kat kaki tu sekejap je. lagipun kalau heels dah sampai 5 inci, nak pakai lagi ke lepas ni? aku dahla saiz 4, 5. mana ada adik beradik aku muat nak pinjam. memang hak peribadi persendirian la.

 tapi aku suka betul dengan design dia. antara yang menjadi kesukaan aku ialah kasut-kasut ni:








all pictures are credited to ChristyNg.com

yang warna putih tu paling aku suka! ada ribbons and laces. kena mula shoes hunting ni. 

Apa Dah Jadi Ni?

assalamualaikum

gementar rasa hati dengan apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. tapi, tak boleh ke berhenti mempolitikkan benda ni? dah berapa ramai pejuang negara terkorban pun masih nak bertelagah? come on la. ni masa untuk bersatu, takkan tak sedar lagi kita sekarang dalam bahaya?

dulu bolehla cakap, 'Negara kita hanya berdepan dengan pengaruh-pengaruh luar yang melalaikan. pengaruh luar yang melekakan, yang melunturkan semangat patriotisme dan menghakis adab budaya bangsa. sekarang apa jadi? ni bukan main-main. negara kita dah diancam pengganas! tapi sempat lagi dok macam-macam.

apa pun, saya amat bangga dengan perjuangan pasukan keselamatan negara. Pantang kita berundur apatah lagi untuk mempertahankan tanah air tercinta. dan selingan, saya bangga tunang saya juga pejuang keamanan dan keselamatan negara. semoga kalian dilindungi dan dirahmati. semoga negara kita aman dan tiada lagi pertumpahan darah berlaku, walaupun sering tertumpah di atas jalan raya :(

saya sayang Malaysia. 


Baby Harraz pun tau marah pengkhianat negara tau!

 

March 2, 2013

Promosi Mistine BB Cream, Krim Sabun Beras, Sabun Beras Berkolagen dan Sabun Glutakojic

assalamualaikum

nak berkahwen ni pandai pulak perkenalkan kat orang pasal skincare. yelah. bukan kita je nak kulit lawa kan? hehe. sebelum tu, kita berkenalan dulu dengan Mistine BB Cream ni

Mistine BB Cream

Ada dua jenis. satu yang gold satu yang wonder cream punya. saya jual yang Wonder Cream punya. berikut adalah keistimewaan Mistine BB Cream ni. kotak dia warna ungu ya
1. Menutup segala cela dan noda yang ada di muka, macam blackhead, whitehead, pigmentasi, tona kulit tidak sekata, jerawat, parut-parut jerawat dan lingkaran hitam bawah mata
2. Tidak menyumbat pori-pori
3. Natural look, tak bertepung macam tepung gomak. hikhikhik
4. Boleh digunakan sebagai bedak asas atau concealer (penyamar noda) 5. Melembap dan menghaluskan kulit
6. Menggalakkan regenerasi kulit untuk kulit tampak muda selalu.
7. SPF 30nya melindungi kulit dari sinar UV yang membahayakan
8. Melambatkan penuaan (merawat kedut)

9. Mencerahkan kulit
10. Tekstur ringan sesuai untuk cuaca panas macam kat negara kita ni

Harga pasaran: RM35
Harga saya: RM30 termasuk pos. tawaran terhad sehingga hujung Mac sahaja. lepas Mac, harga RM30 tidak termasuk postage.

Sabun Beras Berkolagen

saya pernah buat review pasal sabun beras berkolagen ni kat sini

jom kita tengok semula apakah keistimewaan sabun beras berkolagen ni

1. 100% semulajadi
2. Sesuai untuk semua jenis kulit (kulit jerawat, jeragat, pigmentasi, parut-parut, kusam, gatal-gatal, kesan matahari, masalah resdung dan lebam bawah mata)
3. Memutih, melembab, mencerah dan menjadikan kulit lebih muda
4. Menyejuk dan menyekatakan kulit
5. Sesuai juga di bahagian pelipat/celahan kulit badan
6. Sesuai untuk lelaki dan wanita
7. Sabun ini berkualiti tinggi kerana amat berbeza dengan sabun beras yang lain kerana diperbuat daripada BERAS JASMIN Gred A
8. Sabun Susu Beras pertama yang mengandungi campuran kolagen yang amat baik untuk kulit.


boleh baca link yang saya bagi di atas untuk penerangan bergambar. hehe

Harga Seketul: RM5
Harga sedozen (12 ketul): RM40.00 SAHAJA

Krim Sabun Beras

ha! ni yang saya cari selama ni. krim sabun beras yang amat sesuai dijadikan pelembap. sebelum ni biasa pakai, tapi bila nak cari lagi, orang jual tu cakap dia tak ambil stok dah. cari punya cari, hari ni saya jumpa balik dengan pembekal. bagi pengguna sabun beras, saya rekemen agar anda guna sekali krim ni untuk hasil yang maksimum. bangun pagi kulit rasa lembut-lembut gebu gitu! pastu rasa kulit makin glow. try la!

Harga sebekas: RM10

Sabun Glutakojic

New product in the House! saya pun sekarang ni guna sabun glutakojic ni. ada 2 jenis, satu yangada 2 layer, satu lagi 3 layer. saya hanya jual yang 3 layer. warna oren tu betik, warna ungu-ungu merah tu roselle, warna putih tu beras jasmine. 

Kandungan Sabun Glutakojic:
A. Glutathione
Menolong memudar dan menghilangkan masalah kulit seperti pigmentasi, jerawat, parut jerawat, age spots dan freckles. 
B. Kojic Acid
kojic acid lebih efektif daripada agen pemutihan yang lain seperti hidroquinon yang berbahaya. Kojic acid selamat dan tidak mendatangkan efek yg berbahaya seperti hidroquinon tu. Ia adalah natural ekstrak yang mencerahkan cela-cela dan parut.


Penggunaan yang berterusan akan membuatkan kulit lebih cerah, muda, glowing dan kulit sekata tanpa apa-apa masalah kulit dari sehari ke hari. Formula unik ini akan membuatkan kulit kelihatan lebit cepat cerah, jerawat parut dan cela2 dimuka dapat dihilangkan.


Kebaikan:
1. Menghilangkan jerawat, parut, pigmentasi, stretchmarks dan  cela
2. Mengurangkan kedut serta menegangkan kulit muka
3. Mencerahkan kulit yang kusam, termasuk bahagian-bahagian badan
4. Menyamaratakan tona kulit
5. Menghilangkan hitam di bahagian ketak dan paha
6. Menghilangkan lebihan minyak di muka
7. Menjadikan wajah lebih putih berseri
8. Melicinkan kuit
9. Menghilangkan whitehead dan blackhead
 
Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berminyak.

Harga pasaran RM25-35 seketul. 
Harga saya: RM20 sahaja

Nota Tambahan:

Readers sekalian boleh google untuk dapatkan testimonial tentang produk-produk yang dinyatakan ni. Lain orang kan lain hasilnya. tapi setakat yang saya jumpa, semuanya bagi testimonial yang bagus-bagus belaka

Berminat?
Boleh emel saya di shaqirah_blue90@yahoo.com
Atau pm saya di facebook, Qirah Isa
Atau paling cepat, sms di 019-5219267