Friendly Friends

November 4, 2012

I did It My Way

assalamualaikum

ingat lagi tak ada satu iklan yang lagu tema dia I did It My Way? aku tak berapa ingatla tahun bila iklan tu diterbitkan. yang aku ingat, masa tu aku kecil lagi. sekolah rendah. mungkin darjah 3, mungkin darjah 4. dan lagu tema dia sangat melekat dalam hati. terngiang-ngiang sampai sekarang. dan yang aku ingat jugak, dalam iklan tu jugak ada part budak buat kereta kot. well, i did it my way kan katanya? kereta apa, kereta macam mana, jangan tanya aku, maklumlah benda ni dah hampir 13 tahun berlalu.

nah lirik penuh! so inspiring. i really love this song. sama banyak macam aku suka sangat dengan sajak If tu. ala sajak If, SPM. tak ingat ke?

I did It My Way

and now the end is near
And so I face the final curtain
My friend I’ll say it clear
I’ll state my case of which I’m certain
I’ve lived a life that’s full
I traveled each and every highway
And more, much more than this
I did it my way
Regrets I’ve had a few
But then again too few to mention
I did what I had to do
And saw it through without exemption
I planned each charted course
Each careful step along the byway
And more, much more than this
I did it my way
Yes there were times I’m sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all when there was doubt
I ate it up and spit it out, I faced it all
And I stood tall and did it my way
I’ve loved, I’ve laughed and cried
I’ve had my fill, my share of losing
And now as tears subside
I find it all so amusing
To think I did all that
And may I say not in a shy way
Oh no, oh no, not me
I did it my way
For what is a man what has he got
If not himself then he has not
To say the things he truly feels
And not the words of one who kneels
The record shows I took the blows
And did it my way
Yes it was my way


If

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don't deal in lies,
Or being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise:
If you can dream - and not make dreams your master;
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build 'em up with worn-out tools:
If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: 'Hold on!'
If you can talk with crowds and keep your virtue,
' Or walk with Kings - nor lose the common touch,
if neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that's in it,
And - which is more - you'll be a Man, my son!




 dalam hidup, ada kala kita perlu menjadi diri sendiri
mungkin tak semua orang boleh terima
tapi ada benda yang kita kena buat dengan cara kita
biarlah apa orang nak kata


kadang-kadang juga
kita terlupa
dengan nasihat-nasihat tulah kita jadi dewasa
tapi tak semua nasihat kita boleh terima
yang penting dengar dan hadamkan
adakah sesuai untuk kita?
adakah membantu kita menjadi insan yang lebih baik?

memetik kata-kata seorang sahabat di facebook,
kita kena fikir, 
adakah teguran itu sesuai?
sebab ada sesetengah orang menegur untuk kebaikan
ada juga menegur untuk menjatuhkan
fikirlah

DID IT YOUR WAY


YOU CAN SAY WHATEVER YOU WANT
BUT DONT TRY TO JUDGE
YOU ONLY KNOW MY NAME
NOT WHAT I'VE BEEN THROUGH

November 3, 2012

Promo: Sabun Beras

assalamualaikum

kali ni nak kasi review sikit pasal sabun beras Thailand tu. penah tak aku cerita yang aku dan family sekarang adalah pengguna sabun beras ni?  ya, ia murah, selamat digunakan dan berkesan! itu paling penting. dulu aku takut jugak nak guna, tapi sekarang ni bila tak guna rasa tak lengkap hidup. percaya tak aku cakap?

dulu, aku mengalami masalah jerawat yang amat teruk. terutama zaman sekolah menengah. guna pencuci apa pun serba tak kena. makin memercik jerawat di muka. sebagai seorang remaja, tentu saja aku rasa rendah diri untuk tampil di khalayak! tanya kawan sekolah menengah aku betapa teruknya jerawat di muka aku masa zaman sekolah menengah.



Malu sebenarnya nak tunjuk gambar masa tingkatan 4 ni ha. masa ni kat SBPI Mersing, wakil sekolah ke English in Camp. tak confident betul masa tu. senyum pun tak reti. muka dull masyaALLAH. 



Ni gambar taun lepas kot. ntah. tak berapa ingat. tapi jerawat masih lagi bertitik-tolak menolak sakan di muka. masa ni sebenarnya aku on off guna sabun ni. sebab dok tukar-tuka dengan Syahirah. tapi Rapeah cakap, masa aku guna sabun beras ni, muka aku glow! hebat tu. bukan senang nak dapat pujian. sekurang-kurangnya, masalah jerawat tak sekronik dulu



Sekarang yeyey walau tak berapa nak comel, tapi kulit makin okay yeyey! picit pipi toing toinggg!


sudah berkeyakinan untuk buat muka eksaited masa bergambar


terus berubah ayu ayu gitu



dua gambar di atas adalah gambar aku tanpa bedak. terima kasih sabun beras!

kakak aku pulak ada masalah yang lagi teruk. jerawat dia mula naik masa umur dia 19 kot. katanya sebab mula guna pencuci muka. sebelum tu tak guna okay je kulitnya. tapi sekarang sejak dia guna sabun beras jugak, kulit dia makin okay

ni aku listkan kelebihan lain sabun beras ni

1. mengurangkan minyak di muka. mula-mula cuci tu memang pedih sangat. kulit rasa panas. tengok cermin, merah betul muka aku. tapi lama-lama tu, tak rasa pedih dah. muka pun tak berminyak sangat.
2. menegangkan muka. aku betul-betul suka muka aku lepas dicuci. rasa macam balik zaman mudo-mudo dulu. 
3.  kulit bertambah cerah. ya para gadis di luar tu yang nak putihkan kulit, tak perlu belanjakan duit beli pencuci muka mahal-mahal. guna ja sabun beras ni ha. 

antara lain, ni kelebihannya:

1. 100% semulajadi;
2. Sesuai untuk semua jenis kulit (kulit jerawat, jeragat, pigmentasi, parut-parut, kusam, gatal-gatal, kesan matahari, masalah resdung dan lebam bawah mata);
3. Memutih, melembab, mencerah dan menjadikan kulit lebih muda;
4. Menyejuk dan menyekatakan kulit;
5. Sesuai juga di bahagian pelipat/celahan kulit badan;
6. Sesuai untuk lelaki dan wanita;
7. Sabun ini berkualiti tinggi kerana amat berbeza dengan sabun beras yang lain kerana diperbuat daripada BERAS JASMIN Gred A;
8. Sabun Susu Beras pertama yang mengandungi campuran kolagen yang amat baik untuk kulit

disebabkan keberkesannya, aku nak jual sabun ni kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba. tak salah cuba sebab murah, tu prinsip aku. boleh dipinjam prinsip ni. hehe. aku dah survey harga pasaran, dan ni pulak harga aku:

1. Sabun beras


RM 4.00 seketul
ada yang aku tengok jual sampai RM10.00 seketul

update: OUT OF STOCK

2. Sabun beras bercollagen (ini yang aku guna sekarang)

RM5.00 seketul
di tempat lain, ada jual hingga RM25.00 seketul. sangat tidak munasabah

UPDATE: SABUN DAN KRIM BERAS, RM20 SAHAJA TERMASUK POS

Sila tambah harga pos iaitu RM6 bagi semenanjung Malaysia dan RM10 bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak. pembelian secara borong adalah amat dialu-alukan.

berminat?
email me at shaqirah_blue90@yahoo.com
atau pm ke Qirah Isa di facebook.

SMS SEGERA: 0195219267

Spot the Differences

assalamualaikum

ewah  ewah aku ni. tak padan dengan ada paper last Isnin ni. dah lama tak update blog, sekali update, berjujuk pulak kan? okay kali ni nak tanya readers sekalian, dapatkah kalian mengenal pasti perbezaan yang wujud pada gambar-gambar di bawah selain latar belakang dan kedudukan subjek dalam gambar? apa perbezaan yang ada?

Gambar 1:


Gambar 2: 


Tak cukup nampak? nah gambar ketiga!


nampak tak bezanya? kalau tak nampak, bagusla. tu aku nak dengar sangat tu

Diriku Punya Kekasih Baru

assalamualaikum

sesungguhnya masa mengubah segalanya. aku punya buah hati baru. tapi yang lama masih ada, cuma sekarang ada pakwe nombor dua. tak salah untuk pasang spare kan? hehe

yang kali ni muka jambu betul, yang pertama muka ganas. mata kecik, macam yang pertama tu jugak. tapi yang ni kulit putih berbanding yang pertama tu. yang penting, yang ni memang comei nomei tomei omei-omei!

memperkenalkan, buah hati aku yang dimaksudkan ialah:




Little Harraz. Muhammad Harraz bin Mohd Iswan Shafiq. anak saudara aku yang pertama. welcome baby, welcome! Mak Lang tunggu lama tau!


hari kedua. Little Harraz dah mula buka mata. Harraz lahir kat Penang, mak lang, nenek, tokwan, mak ngah dengan pak su turun Penang sebab tak sabar nak tengok Harraz. ni masa Harraz baru balik dari hospital. Ibu Harraz letak Harraz atas sofa. Harraz terus bukak mata, nampak mak lang, nenek dengan mak ngah kerumun Harraz. yang geram tu, Harraz terus buat muka confuse. Harraz tengok kami sambil mata kecik tu terbukak dan kening berkerut macam dalam gambar. kenapa Harraz? tak percaya mak lang ni comel sangat? ada ke baby segeniusmu, Harraz? Qira Einstein mungkin.


malam tu Harraz tidur nyenyak betul. tak boleh mak lang nak kacau Harraz. tapi mak lang kacau jugak. mak lang tarik mulut Harraz bagi terbuka. Harraz muncung mulut, pastu tutup balik. sekerap mana mak lang buat macam tu, sekerap tu jugak Harraz balas macam tu jugak. 

Tengok, nenek eksaited dok pangku cucu sulung dia. untungla Harraz


Harraz tak comel, Harraz hensem. disebabkan keterujaan yang melampau, esoknya tu mak lang bangun pukul 5.30 pagi dan terus pegi tengok Harraz yang tidur sebelah ibu. tak sedar dah sejam mak lang tengok Harraz. eksaited benar aku dapat anak sedara


suka betul buat muka 'terganggu' tu kan?
pagi tu Harraz mandi, Harraz nangis macam kena cubit. kesian mak lang tengok. bila nangis je, rambut lebat tu mencacak. 


nyenyak betul lenanya

Little Harraz with hoodie

nomei nomei Harraz

ini bapakmu, Harraz. macam kekok lagi pegang baby. kesian padamu Harraz


ini mak ngahmu, Harraz. aku pun tak tau kenapa gambar ni dapat banyak betul like di Facebook

ini pulak Tok Wan Harraz. dengar kata, Tok Wan takmau dipanggil Tok Wan, mau dipanggil Chaq. chaq tu apa ya? chaq tu adalah bahasa panggilan kepada tok wan la, mengikut negeri-negeri utara. oh ya sebelum mak lang lupa, chaqmu ini pernah berkata kepada mak lang bahawasanya apabila cucunya ini berumur 5 tahun, chaq nak belikan kasut but kecil untuk cucunya ini. akan dibawanya ke dusun untuk mengait rambutan dan menemaninya menebas dusun. jangan lupa tuntut janji itu ya Harraz



handsome Harraz is sleeping

mak lang doakan, Harraz membesar sebagai seorang lelaki yang beriman, kacak akhlaknya, hensem pekertinya seindah namamu yang bermaksud yang amat warak. sihat tubuh badan. janganlah menjadi seperti lelaki zaman sekarang yang hanya meminta wanita belajar memasak sedangkan mereka sendiri tergagap-gagap menjadi imam dalam solat.

ada kaitan?