Friendly Friends

March 30, 2012

Mencari Dokoh

assalamualaikum

sila baca dengan betul. dokoh. bukannya tokoh. apa lagi  cokoh. eh cokoh tu apa ya? tiba-tiba masuk dalam kepala aku. sila maafkan aku kalau maksudnya tidak baik. 

aku suka sungguh tengok dokoh ni. anggun dan klasik. tambah-tambah kalau pakai dengan kebaya atau kurung pesak gantung. sangat mencerminkan kemelayuan. oh, ternyata jati diri aku sebagai melayu sangat utuh! kagum dengan diri sendiri.

bagi yang tak tau apa yang aku tengah cakap ni, meh aku nak tunjuk rupa si dokoh ni.



ha... dah tau kan aku maksudkan yang mana? kalau pengantin memang kerapla pakai dokoh ni.


aku google la lagi pasal ni. manala tau kot-kot nanti nak guna kan. haha. boleh jugak pinjamkan kat kawan-kawan kot-kot ada yang nak pakai masa bertunang. hampa pun, kalau teringin, boleh tengok kat sini. lawa-lawa dan murah berbanding kedai online lain.ala, lagipun buat apa nak pakai yang betul-betul silver atau gold kan. ada yang fake tapi sebijik pun cukup. bawak-bawak la berjimat, bak kata mak aku.

ishk! nak beli jugakla seutas. cikgu BM, ye ke seutas? ke sepasang? hee

March 29, 2012

Praktikum

assalamualaikum

mengantuknya! semalam aku tidur dalam setengah jam ke sejam je. sebab pensyarah call petang tu cakap, esoknya dia nak observe. apa lagi, kalutla aku. sebab aku tak tulis refleksi harian dari hari ketiga minggu pertama lagi. sekarang dah minggu kedua. hehe

maka gigihla aku yang tak berapa nak rajin ni. kena ajar topik pembiakan tumbuhan. dapat kelas budak bijak tapi mulut macam bertih. menangis tak kira depan cikgu. sebab menangis pulak remah, nak hantar kertas aktiviti berkumpulan tapi orang lain yang hantar.

pertama kali suara aku mencecah desibel yang tinggi. suara aku memang la kuat tapi kalau kelas ok, buat apa aku yang pecahkan peti suara sendiri kan. untuk kawan-kawan yang belum di-observe, satu je aku nak pesan. toksah nervous sangat. sebab once kelas dah tak terkawal, kita rasa makan nak makan budak sampai lupa pensyarah kat belakang. haha. 

macam mana aku kawal kelas? ada satu masa tu, aku tau budak-budak dah hilang fokus. yela, sains tahap 2 memang ada yang 3 masa. kebetulan hari ni aku kena ajar 3 masa. bila aku rasa geram, aku diam. pastu depa tengok aku. masa tu aku mula cakap balik. aku suruh letak tangan kat mulut. aku suruh tengok depan. letak semua pensel kat tangan. masa tu semua tau, teacher Shaqirah dah marah. dalam setengah minit aku diam dan tak suruh depa jatuhkan tangan. lepas tu aku cakap, 'ni kelas budak pandai kan....? budak pandai kena dengar cakap cikgu...tadi janji dengan cikgu nak jadi budak baik kan...'

aku rasa depa tacing. sebab tu depa diam dalam 5 minit. pastu bising balik. *kena sabar*

sapa cakap jadi cikgu ni senang?

semua yang kita buat jadi tumpuan depa.

'cikgu mesti minat warna pink kan? sebab jam tangan cikgu warna pink.' *budak-budak, kalau hampa tengok blog ni, lagi la hampa terkejut.

antara dugaan menjadi guru sains ialah kita betul-betul kena mahir dengan konsep pengajaran dan bersedia dengan unexpected questions dari murid. depa selalu tanya macam-macam soalan pelik. tapi depa patut bersyukur la dapat cikgu macam aku yang banyak reka dan ada inspirasi cipta teori sendiri. haha

nak tengok apa yang paling menggelikan hati?


 ada jugak yang nak kena dengan aku. haha. nasib baik dia tak letak macam nama manusia.

March 27, 2012

Bercakap Tentang Aurat

assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak tulis pasal ni. semalam pun ada bersembang dengan beberapa orang sahabat dari SMSAH. mula ceritanya begini. ada sorang sahabat ni meluahkan rasa kesal bila ada sebilangan kecil sahabat wanita yang dulunya sama-sama mengejar dan mendalami ilmu milik Allah, sekarang aurat dia dah terbuka dan ditunjukkan kepada public. aku pun kesal sebenarnya. dan aku rasa aku tak perlu tunggu saat aku jadi 'ustazah' untuk menegur. sebab kita sama-sama wanita, banyak kawasan aurat yang perlu kita jaga. yang perlu kita tutup dari pandangan ajnabi, bukan sekadar 'membalut' aurat semata-mata. 

apa yang dimaksudkan dengan 'membalut' aurat? contohnya pakai baju labuh tapi melekat kat badan. pakai tudung tapi rambut keluar, nampak bentuk telinga. pakai pakaian hingga ke buku lali tapi bukan seluar longgar, malah berlegging atau ber-skinny jeans. hakikatnya, kedua-kedua ni mudah. nak menutup aurat dengan sempurna pun mudah, nak sekadar ambil syarat pun mudah. cumanya mungkin nak menutup aurat dengan sempurna tu perlukan pengorbanan sikitla.. yela. baju longgar dan labuh kan mahal sebab guna kain banyak.. lagipun, buat apa nak sorokkan kaki bunting padi tu dengan seluar longgar kan? rugila. aset mahal tu. bukan semua orang ada kaki lawa. pastu, kalau pakai tudung labuh, susahla nak pakai baju lawa-lawa. nanti orang cakap tak reti berfesyen pulak. kan?

ikhlas, aku bukanla sorang ustazah. aku hanya seorang gadis biasa yang hanya memakai pakaian biasa. tak terlalu kolot, tak terlalu fashionable. aku tak pakai tudung labuh dan aku juga tak berstokin. tapi aku memang berniat untuk mengubah cara aku berpakaian. mungkin langkah pertama adalah dengan membaiki akhlak. akhlak kan cerminan peribadi diri. lepastu kita labuhkan pakaian, longgarkan pakaian, sebab kita nak buang pandangan yang mengatakan bahawa tak semuanya bertudung labuh tu perangai elok. kan? 

okaylah. aku sebenarnya tengah praktikum ni. nak pegi jumpa guru pembimbing kejap. somehow, aku bersyukur aku menjadi guru sebab bila jadi guru, ada satu macam kesedaran dalam diri bahawa kita harus tunjukkan contoh yang baik untuk anak murid kita. ngee. tepuk dada, tanya iman! bye!
 

March 25, 2012

2nd batch: Preloved Items

assalamualaikum

banyak barang nak jual ni. dah tak ada tempat nak letak dah. help me clear these, boleh?


code: Q012
handbag putih, banyak compartments
rm10 only
 

code: Q013
pakai 2x je
sangat lawa
like new!
rm20 only
 

code: Q014
cotton scarves
rm5 only 
 
  
code: Q015
coton scarves
rm5 only


code: Q016
studded shawl
never worn
rm5 only
 

code: Q017
a very beautiful blouse
tagged as free size, buat fit S and M
rm20 only
 

code: Q018
worn 2,3 times
fit M and small L
rm15 only
 

code: Q019
tagged M but fit S better
worn 2 times only
let go at rm15
 

code: Q20
fit M size
rm5 only
 

code: Q021
a very elegant dress but fit tall girls better :(
free size
bought at rm40
let go at rm20 only
 

code: Q022
pvc bag
rm5 only
 

code: Q023
beautiful wedges
size 5
rm 12 only
 

code: Q023
dark purple kebaya with pario sarong
tagged size 40
bought at rm89, let go at only rm35
like new! worn 2,3 times only
 

code: Q024
size S
2-quarter sleeves
rm10 only
 


code: Q025
size 35 if i'm not mistaken
comfy wedges
rm12 only

Preloved and some are never worn items to be sold. Grab fast!

assalamualaikum. kat sini ada beberapa pieces baju dan shawl dan kasut dan barangan wanita yang aku nak let go. sila tengok dan kalau berkenan, drop komen di bawah ye. aku sentiasa update.


code: Q001
dark brown skirt
very elegant skirt
nover worn, price tag pun ada lagi
bought at rm48, let go at only rm28
free size
 

 code: Q002
muslimah T jenama Qirani (madi in Indonesia)
very cute and comes with hoodie
worn 3,4 times only
bought a rm49, let go at only rm25
tagged L but fit M and smaller L better


code: Q003
tudung bawal
never worn
bought at rm24
let go at only rm9!
 

code: Q004
super cute dress!
specially made to create a feminine persona
small stripes
bought at rm40, let go at only rm25
fit S, M and small L
never worn
 

code:Q005
brand: cheetah girl
a smart yet so adorable attire
tagged L but fit S and M sizes
original price RM80, bought at half price, let go at only rm25
wore 2 times only
 

code: Q006
beautiful dress. nice to be worn with cardigan or inner
ribbon on waist
bought at rm28, let go at rm22
never worn (except for trying purpose)
fit S and M sizes
 

code:Q007
another kawaii dress.
never worn except for trying purpose
bought at rm40, let go at rm35
from MissLily Collection
fit S, M and small L
 

code:Q008
bawal scarves: light yellow
never worn
bought at rm22, let go at only rm9!
 

code:Q009
a very feminine look cardigan
super soft cotton
never worn
let go at only rm12
free size
 

code:Q010
muslimah dress from First Lady
size S
worn but still in a good condition
comes with beautiful beads
let go at rm15
 

code:Q011
never worn except for trying purpose
size M
Thai-silk-type
let go at only rm20

happy shopping. don't hesitate to ask for measurement. most of the items are seriously-never-worn by the owner. why should u waste ur money on buying expensive clothes while i'm offering high-quality-things?

March 24, 2012

Pictures and Words.



assalamualaikum

  
at last, i could prove that i am able to make apam polka dot myself.


i' proud that i'm Jenanian. my school, where i first learned to walk rather than crawl.
  
these are the babies in the family. mom always holds them like this and asks me to take photo. 


we start to give present for newly-wed couples. for sure, this messy handwriting is mine.

gender? unrecognized.  but this cat is adorable. seriously. when u hold it, u'll feel like wanna eat it!


my sister and i were playing this large dam aji. fun but weird.

i had uncovered my new ability. i can do batik painting. being left-handed is not the barrier.


in life, i learn that sometimes, we need to ignore things unimportant. it is obvious that some people wanna pull us down. just be strong and act like nothing happen. they are nothing, just annoying. and it does not harm us at all. they'll hurt much more than we do. believe me. peace! :)

i'm okay. i'm not crying because i feel nothing. pity you. hehe

March 23, 2012

Rahsia Kurus Dari Seluruh Negara

Assalamualaikum

kat sini aku nak share rahsia rakyat sesebuah negara tu kurus. mungkin kita boleh tengok dan amalkan sama-sama. sapa takmau kurus ye dak? mak aku tu, tiapkali telefon cakap nak pergi makan, mesti pesan macam-macam; jangan makan banyak. nanti tak comel. bila aku jawab aku memang sedia comel dan tak perlu kurus, mak cakap, kalau kurus sikit lagi comel. maknanya mak ngaku aku memang comel. itu dah cukup bagi aku. haha

1. Brazil
 rakyat Brazik makan nasi yang dicampur dengan kekacang. tabiat ini dapat mengurangkan risiko berat badan sehinga 14%. mencampurkan kekacang dengannasi juga membuatkan makanan kita berserat tinggi dan rendah lemak, seterusnya dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.

orang Malaysia: makan nasi campur kacang jugak. tapi kacang buncis campur hati ayam masak kunyit. takpun kacang panjang goreng dengan minyak bergenang. contoh pelakunya adalah aku sendiri.

2. Thailand
makanan mereka pedas-pedas. tapi makanan pedas perlulah dikunyah lambat-lambat agar dapat memberi isyarat yang jelas ketika kita kenyang.

orang Malaysia makan pedas jugak. contohnya tomyam. tomyam yang pedas dan ada isi ayam dengan kulit ayam sekali. malangnya, kepedasan ni tak mampu memotong lemak yang ada pada kulit ayam. lepastu bila pedas, ambil air manis tak ingat dunia. contoh pelakunya adalah aku sendiri.

3. Inggeris
wanita di sana suka mengambil makanan dalam portion yang sedikit. sebab bagi mereka, seksi adalah ukuran badan yang profesional.

wanita Malaysia pun apa kurangnya. ambil sedikit-sedikit. contohnya ada pinggan sebijik di tangan, pegi kedai hidang secara buffet. ambik sate 5 cucuk, ambik ayam goreng seketul, ambik daging salai 3 keping, ambik karipap sebijik, ambik roti canai sekerat. last-last penuh sepinggan tapi masih amalkan konsep ambil makanan dalam portion yang sedikit. contoh pelakunya adalah aku sendiri.

4. India
orang India suka makan di rumah. makan di rumah daapt jimat duit dan kebersihan terkawal. kita jugak dapat pastikan kuantiti minyak gula garam dan perasa yang digunakan adalah sedikit.

orang Malaysia pun suka makan di rumah. sebab di rumah boleh makan setiap waktu. contohnya tengah malam. asal malam je ajak adik-adik pergi kedai. beli jajan. contoh pelakunya adalah kakak aku. bukan aku.

5. Jerman
mereka sentiasa bersarapan dan tidak melengahkan sarapan. dalam program diet, sarapan adalah makanan pembuka yang dapat merampingkan pinggang dan takkan makan secara berlebihan pada waktu tengah hari.

orang Malaysia memang bersarapan. tanya saja mana gerai nasi lemak paling sedap, mesti tau. mana kedai roti canai paling gebu, mesti tau. malah boleh hafal menu sarapan di kantin pejabat. lemak mi goreng tu tak payah cerita la. alamat kalau boleh ambik tisu serap minyak, 4 helai pun tak cukup!

so, tell me. in what way should Malaysians try in order to maintain a healthy lifestyle? i mean Malaysians. not me alone. at least i am cute. my mom told me so. you? haha


assalamualaikum

hoyyeah! dah habis seminggu praktikum. ada lagi 3 minggu. aku bukannya tak suka, tapi aku nervous sajaa. hehe. 

aku dapat 4 kelas; 3 kelas darjah 4 dan 1 kelas darjah 5. dapat kelas-kelas cemerlang makanya pendekatan pengajaran pun kena lain sikitla. lagipun dalam satu kelas tu ada lebih kurang 40 orang murid. suara kena lantang tu jangan cerita la, tapi kena tambah lagi dengan muka garang sebab budak takkan heran dengan cikgu pelatih apatah lagi berketinggian seciput macam aku.

kena buat sesuatu ni!



1. takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Hatim, yang telah pergi menemui Pencipta. sungguh, Allahyarham seorang yang sangat baik. tapi ternyata Allah lebih menyayanginya. semoga ditempatkan dalam kalangan para solehin. amin.


2. tahniah diucapkan kepada warga SM Sultan Abdul Halim kerana 37 orang pelajar telah mendapat straight A's SPM 2011. SMSAH telah meletakkan status sebagai sekolah terbaik Kedah dan dalam ranking SBP, nombor 16. masa batch aku dulu nombor berapa puluh tah. haha

March 19, 2012

Angkara Berpaling Tadah

assalamualaikum

sebelum ni aku memang pengguna tetap produk Syahirah. tapi kenapa gatai tangan pi tukar produk pun aku taktau. padahal guna Syahirah ni dah kira cukup ekonomi dah. pencuci muka botol besar saja bru dalam RM10. tahan dekat sebulan lebih sebab picit sikit-sikit. lepas tu aku pakai gel pengelupasan Syahirah. pastu krim kecantikan Syahirah. kira aku macam jadi duta Syahirah kejap la dalam kelas aku. muka aku sebelum ni berjerawat. sangat sensitif. sejak mula guna Syahirah, Alhamdulillah aku sangat berpuas hati. dekat 3 tahun jugakla aku pakai Syahirah.

bermula dengan kegatalan pertama, aku pakai sabun beras. mulanya jadi flawless kejap. masa cuci muka rasa macam tengah usap bulu kucing. dulu rasa macam usap kertas pasir. tapi sekali esaimen berlambak, jerawat penuh kat dahi, sabun ni tak membantu. aku terus tukar produk. kenapa la aku tak pakai Syahirah balik? aduhh. masalahnya aku lagi sayang duit dari sayang muka sebab aku rasa nak habiskan produk sedia ada. sekarang kulit aku jadi sangat merah dan kat tepi bibir jadi sangat kering dan mengelupas walau aku minum banyak air.

bedak pun aku tukar. ekonomi la konon. Syahirah dalam RM20, aku rasa macam mahal. aku beli Silkygirl yang campur BB cream, RM14. padahal bila pakai Syahirah, aku tak rasa muka aku macam patung yang pakai bedak tebal-tebal. ni sejak pakai Silkygirl ni, aku rasa macam muka aku 3 inci. sangat tidak suka. muka rasa berat walaupun aku pakai bedak saja. dan disebabkan tu, aku lebih selesa tak pakai bedak, kecuali masa pi sekolah. takkanla nak tunjuk muka berminyak kat murid ye dak?

Syahirah, mind to save me back? ke ada lagi produk yang berkesan tapi murah? ingat nak pakai Tia Amelia, tapi harga dia boleh sara aku makan sebulan. hehe

March 18, 2012

Peluang Menjadi Guru Lepasan SPM di IPG

Assalamualaikum semua!

cikgu Shaqirah baru balik dari sekolah. so far so good. makanan kat kantin sangat murah. haha. eh yela kan. hari ni tak dapat jadual mengajar lagi, aku tak mau fikir lagi aku kena ajar darjah berapa. tapi tadi Guru Besar bagi hint sikit-sikit, nak suruh ajar kelas terbaik darjah 4. cabaran cabaran... insyaALLAH aku akan cuba yang terbaik.

oh ya. kepada semua lepasan SPM, sekarang sudah dibuka iklan pengambilan pelajar PISMP di IPG. juniors aku dari SMSAH hari tu ramai tanya, betul ke tak ada pengambilan dah sebab Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) diserap masuk ke IPG. sekarang aku dah ada jawapan ye adik-adik. ce semak link ni untuk penjelasan lanjut.

dah ada ha dalam surat khabar. apa lagi? beli la nombor pin kat BSN. dan kalau adik-adik (termasuk adik aku Mohd Fikri) ada sebarang kemusykilan dan perlukan pendapat, boleh drop komen di sini. insyaALLAH akan boleh dibantu. tapi ingat, macam mak aku cakap, jadilah guru yang ikhlas dalam menjalankan tugas. bukannya sebab gaji cikgu yang makin naik ni. kalau tak ikhlas, hasil pun tak akan seberapa. oh ya. dengar cerita, mak aku dok mengintip blog aku sekarang. hai mak! see, i  am writing good things. no more mengarut tak tentu pasal. very academic okay. haha. so, please be proud of having a kid like me! love you mak! :)

ok semua. aku kena hantar assignment kat pensyarah kejap. dalam kalut praktikum, ada lagi esaimen kena setel. tak apa tak apa. latihan untuk menjadi guru yang berkualiti. mak must be proud. hai mak. again!


Science teacher. photo kredit to Fardy Photography.

March 8, 2012

Cuti Mid Sem

assalamualaikum

aku nak balik cuti mid sem ni. cuti ni aku busy tau. nak setel lesen, nak belajar buat choc moist cake, nak buat berjuta-juta lemon esaimen, nak jahit bantal untuk Amir, nak buat tu, nak buat ni! aku akan jarang sangat online, so kalau ada apa-apa pemberitahuan, memang lambat sangat lah aku menahunya.

balik dari cuti, terus aku masuk sekolah mengajar. praktikum pertama. ye. cuak. toksah tanya. sebulan kat sekolah. ngaja Sains la. doakan aku. aku cuak.

oh ya. terasa macam nak buat suprise party kat Amir. tapi tak tahu macam mana. sejak masuk tentera, dia tak jiwang-jiwang dah. aku rasa dia makin matang agaknya. perlu ke aku celebrate birthday dia cara militari? aku suruh dia kawad 2 jam, baru aku jamu makan. bijak tak?


boleh baca? Nur Shaqirah binti Mat Isa dan Mohamad Amir Mohamad Saedy. oh, how i wish this khat writer were here :(
 

March 7, 2012

Rezeki Menang GA

assalamualaikum

masih dalam mood gembira
aku menang beg tangan dari GA anjuran Pupel Liyana :)))
nampak tak aku tersenyum ni?
stress buat esaimen terus hilang
Alhamdulillah, murah rezeki tahun ni
ritu dapat doodle dari fizgraphic
Alhamdulillah
semangat ni semangat





'bang, kawan PLKN kita ramai yang nak bertunang'
'InsyaALLAH kita pun tak lama dah..'


semua feeling ni adalah awesome! terasa macam kembali ke usia 7 tahun. awesome!

March 5, 2012

The One That Got Away

assalamualaikum

Summer after high school when we first met
We make out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

I was June and you were my Johnny Cash
Never one without the other we made a pact
Sometimes when I miss you
I put those records on (Whoa)

Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown singing the Blues
It's time to face the music
I'm no longer your muse

But in another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
The o-o-o-o-o-one [x3]
The one that got away

All this money can't buy me a time machine (Nooooo)
Can't replace you with a million rings (Nooooo)
I should've told you what you meant to me (Whoa)
'Cause now I pay the price

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
The o-o-o-o-o-one [x3]

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away  


sebenarnya, para saintis percaya bahawa kita boleh merentas masa menggunakan time machine.next entry aku akan terangkan kenapa saintis cakap macam tu. tapi pandangan aku, yang berlalu biarlah berlalu. semanis mana kenangan dulu, lebih manis apa yang berlaku hari ini. aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. seriously. yang dulu biarlah jadi pengajaran. yang sekarang harus dihargai. tapi aku takkan lupa apa yang pernah berlaku, sebab itulah kenangan yang mencorakkan siapa aku sekarang.

hipotesis diterima.

Mulia.

assalamualaikum

 hujan.
terkesan dengan kejadian petang ni
aku dengan roommate beria nak makan KFC
nak balik tu seronok jalan kaki
tiba-tiba hujan
ujian ujian
lepastu ada sebuah teksi berenti
pakcik tu nak tolong hantar sebab dia cakap hujan
dan dia takmau ambik duit
Alhamdulillah
terima kasih pakcik
saya dah hampir nangis dalam hujan tadi
semoga Allah murahkan rezeki pakcik
amin..

March 3, 2012

Ada Dua Doodle Sendiri

assalamualaikum


Doodle dari Ck Zetty


doodle dari www.fizgraphic.com

aippp2! jangan ambik. ini barang, aku yang punya. hahahahahahahahah

Bukan Sekadar Awan Nano

assalamualaikum

masa aku kecil, mungkin darjah 5, aku dah mula rajin baca novel. masa tu aku dapat perkataan baru, awan kumulus nimbus. tapi pengetahuan aku hanya terhad pada perkataan, aku tak dapat gambarkan bentuk awan tu lagi.

bila aku makin besar, aku dapat tahu yang bentuk awan ni boleh mempengaruhi cuaca. bentuk awan jugak dapat memberi petanda kepada nelayan-nelayan yang turut ke laut menangkap ikan. yang paling aku ingat, awan bentuk sisik-sisik tu tandanya ikan banyak di laut. entahla. kalau salah, maknanya penulis tu dah bohong kanak-kanak macam aku.

minggu lepas, aku belajar pasal awan lagi dalam subjek Astronomi (subjek major aku semester ni). dan kali ni, aku nak share dengan korang pasal awan. jangan bataskan sekadar awan nano. meh aku nak kongsi pasal awan. semoga kita sama-sama dapat luaskan pengetahuan tentang alam kita.

1. Awan boleh dibahagikan kepada 3 jenis mengikut ketinggian. kan bila kita tengok langit, ada awan yang kita rasa macam bergumpal atas kepala, ada yang jauh sikit dan ada yang macam terlukis kat langit je kan? ha. 

2. Ada orang hobi tengok awan kan? ha, jadikan hobi tu sebagai kelebihan meramal cuaca. mengikut pengkaji dari jabatan Meteorologi, bentuk-bentuk awan mempengaruhi cuaca. diaorang ni dah buat pemerhatian bersama-sama para saintis dan sebagai contoh, awan kumulus nimbus yang aku sebut tadi adalah tanda bahawa lepas tu akan berlaku ribut.


awan kumulus nimbus: awan yang berbentuk menegak

dan kat sini jugak, kita boleh tengok gambar-gambar awan yang uni dan ada sesetengahnya sangat menakutkan. no photo editing okay. no photoshop no photoscape. apa, tak percaya ciptaan Allah? *sengih-sengih*


macam burung pun ada.


macam kepala anjing pun ada..


scary! tapi nampak sedap jugak. terbayang cheese bun. yummy!


macam lepas letupan. tapi hakikatnya, hanya awan yang terbentuk dari wap air.


this one is a real scare. meremang aku nengok.


awan pun reti ber-i lebiu


subhanallah. morning glory, viewing from top.


another scary-yet-beautiful cloud.

teruskan meng-google. gunakan peluang yang ada untuk tambah pengetahuan, kenali ciptaan Allah yang Maha Besar. subhanallah..

Pesanan dari,
Cikgu Sains.