Friendly Friends

November 28, 2011

Wedding Mode

assalamualaikum

argh. tau tak, aku rasa, kalau pointer aku teruk untuk sem ni, bukan sebab subjek Major (Biology) tapi mungkin sebab BM! takutla. soalan BM susah sangat. rasa nak menangis. sejak bila ntah aku slow bab tatabahasa ni. aduh!

sekarang jugak aku sibuk uruskan majlis perkahwinan abang aku. hari ni baru habis majlis kahwin sepupu aku. benda terburuk berlaku bila aku kena paksa jadi pengapit sedangkan aku pakai tudung bibik dan selipar jepun je. haha. sebab selama ni dok ingat nak jadi pengapit dengan Amir je. rupanya tak sempat.



pengapit yang pemalas yang suka hati je gantung bunga pengantin!

pastu g penang pulak teman abang n bakal kakak ipar test baju pengantin
  
unknown. 

no caption 


kat sini la kenduri sepupu aku tu.

sebenarnya, ada sangat-sangat banyak gambar yang berkaitan! cuma ada kat kamera abang aku. tak sempat ambik lagi. nanti aku upload ye. bye!

November 8, 2011

Unexpected

assalamualaikum

susah benar nak meneka apa yang akan berlaku dalam hidup. kita hanya boleh merancang dan berangan dan berharap, tapi Yang Maha Agung sudah punya rencana yang lebih besar.

apa boleh buat, berdoa dan bertawakallah agar semuanya dalam kawalan. nak gelak biar terkawal, nak bersedih pun biarlah terkawal.

exam lusa tapi aku macam biasa. life aku macam biasa. teruk punya cikgu. malang benar sapa dapat aku.


kadang-kadang tu sebenarnya penat juga memikirkan soal-soal dunia macam exam, macam bila nak kawen.. aku penat sebenarnya. rasa macam nak ikut gerak hati. gerak hati sekarang cakap, jangan study. baik aku mengemas bilik. tapi akal cakap, study la Qirah. kesian mak abah yang dok doakan aku siang malam. aku kena la usaha..
rasa macam nak jadi baby balik! semua orang suka. semua orang berebut nak jaga. pastu kena handle with care pulak tu. sapa berani sakitkan baby? sapa berani jatuhkan baby? sapa berani tengking baby? kalau baby nangis pulak, ada je yang cepat-cepat pujuk dan dodoikan balik. sangat disayangi. seronok. masalah jerawat pun tak ada. obes apatah lagi. tak perlu pening memikir esok nak makan apa, esok nak pakai baju apa. tak perlu fikir nak kawen ngan sapa dan exam kena score berapa. mudah.

tapi bila balik ke alam realiti, aku kena faham yang aku bukan baby. bukan toddler dan bukan juga kanak-kanak. aku juga makin meninggalkan alam remaja. makin menginjak dewasa. maka perlu berdepan dengan kenyataan. kenyataan apa? harus aku diamkan dulu sekarang. masih mencari medium terbaik untuk mencari jawapan. dan mencari medium terbaik untuk mencerna keputusan. semoga dalam kawalan. sebab remote kehidupan dalam tangan aku.

November 2, 2011

Pimpinlah Aku ke Syurga, Suamiku

assalamualaikum

kita perempuan. kalau ada readers lelaki, kau lelaki la. haha. tapi aku nak cakap untuk kaum aku sat. kalau nak tumpang baca, silakan la ye. boleh jugak korang ambik tahu feeling kami. korang kan slow sikit bab pickup-pickup apa yang kami rasa. haha. jangan marah!

sebenarnya aku cuba untuk faham penderitaan lelaki bila depa nak ajak perempuan kawen... especially bila memikirkan banyak duit yang akan digunakan untuk satu majlis tu. dan aku makin faham penderitaan lelaki bila aku jadi wedding planner abang sulung aku. nama pun sulung kan, tanggungjawab kat mak abah, tanggungjawab kat adik beradik dan kat diri sendiri tu memang banyak. nasib baik bakal kakak ipar pun kukuh kewangannya dan ada kereta dan kerja sendiri. kalau tak, aku rasa makin payah la.

duit hantaran dan barangan hantaran tu memang kena masuk bajet. duit kenduri lagi. duit kecemasan lagi. pastu repair rumah lagi, upah orang buat rumah lagi. bila aku kira-kira, aku rasa abang aku kena ready RM20 000 dan dah habis hampir RM12 000! tapi aku suka cara depa uruskan barang hantaran. beli sendiri-sendiri. maknanya senangla nak bajet. nak beli yang mahal ke, murah ke, tak ada sapa pun akan komplen. pastu senang, tukar antara satu sama lain untuk digubah. see? mudah diuruskan.

kita yang perempuan ni kena la sedar diri jugak.. kata sayang.. kalau sayang, mestilah takmau bebankan pihak lelaki. janganlah pulak majlis kahwin grand livina, lepas kahwin? merangkak-rangkak nak bayar hutang. tambah-tambah peminjam dana pendidikan PTPTN ni. kerja sekarang payah nak cari. kesiaannn bakal suami kita, kena tanggung hidup berdua dan mungkin kena bayarkan pinjaman kita sama! kata sayang... kalau sayang, kena la bertimbang rasa.

janganlah ikut sangat trend sekarang. ada pulak hantaran ikut taraf pendidikan.. kalau macamtu, baik letak harga ikut skill menjadi isteri. kalau kuat beragama, pandai memasak, pandai mengemas, hormat orang tua, berpendidikan, cantik, pandai mengasuh, kira berpakej la! ha, tu mungkin patut mahalla. tapi tu masih bukan jaminan rumah tangga akan bahagia kan? renung-renungkan.

kita berkahwin bukan untuk sehari dua, bahkan untuk berpimpin tangan menuju ke syurga. bukankah suami isteri yang saling mengasihi kerana ALLAH akan terus bersama hingga ke syurga? dan dalam dunia sekarang, duit bukan menjamin kebahagiaan tapi duit akan mempengaruhi kebahagiaan. kalau tak ada duit, suami isteri akan bertelingkah. mana nak bayar sewa rumah, bil2, lampin susu anak, barang-barang makin mahal, pulak tu kalau upah pengasuh. pastu bila bergaduh, masing-masing akan lama-lama makin bosan. ntahla, aku teka je sebab aku tak kahwin lagi. tapi aku rasa, kadang-kadang duit adalah punca masalah dalam rumahtangga. lebih pun payah, sikit pun payah.

ekoran dari itu ya para saudara dan saudari, saya menyeru agar dari awal lagi, kita permudahkan apa yang boleh kita mudahkan. rendahkan duit hantaran tu. tapi jangan rendah sangat. kadang-kadang, lelaki ni kurang menghargai sikit kalau mudah dapat. haha. agak-agaklah dengan kemampuan depa. untuk lelaki pulak, dah kami boleh consider keadaan hampa, hampa belajarlah untuk hargai kami... kadang-kadang, kami tak minta diselaputi gelang emas, kami hanya mahu kesetiaan, cinta, kejujuran dan bimbingan suami untuk berpimpin tangan ke syurga. ingat ye. give and take okay!



assalamualaikum bakal pemimpin rumahtanggaku.. sudikah kau memimpin tanganku agar kita sama-sama dapat berada di syurga?

Hadapi Dengan Senyuman

Shaqirah,
jangan takut untuk memiliki impian
sebab impian tu yang memberi inspirasi untuk hidup
sebab impian tu yang beri kekuatan agar kita makin cekal
sebab tanpa impian, kita ibarat manusia tanpa haluan

tapi Shaqirah,
jangan terlalu menggantung harapan terlalu tinggi
takut terjatuh tak daya bangun kembali
berharaplah seadanya
supaya kalau jatuh, masih kuat untuk bangun kembali

tak semua yang kita mahu akan kita kecapi
kadang-kadang ALLAH mahu menguji
setebal mana iman dalam diri
secekal mana jiwa dan sanubari
setabah mana hati menghadapi
pantang undur sebelum kalah, Shaqirah
keajaiban kerap terjadi!

hadapi dengan senyuman
kita hidup hanya sekali

 

November 1, 2011

Tagging Tugging Things

assalamualaikum

Each person must post 11 things about themselves in their journal.

Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.

You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
Go to their page and tell them you have tagged him/her.
No tag backs.

No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


hello readers! lama tak buat benda tagging tagging ni. thanks to Malin Kundang sebab tag beta. hahaha

11 things about me:

1. I really love flowers, especially white roses and pink daisies!
2. I really love to eat, especially laksa and all kind of foods. ???
3. I really love musics, because i love to sing and dance!
4. I really love seashells, because they have values that other people can't see.
5. I really love to be a cook, because I want people to be happy!
6. I really hate the word 'huhu', because it sounds messy to me!
7. I really hate beansprout and durians, because they are smelly yet my throat can't accept their texture.
8. I really hate numbers, thats the reason why I can't score in Mathematics.
9. I really hate sports, I prefer to answer 100 Physics questions!
10. I really hate to travel, as I hate packing things! 

then, I need to answer Malin's personal questions. here it goes!

1. what you do now?
    well, to be frank, I am answering your question :)

2. what's your BMI?
    should I tell you? I bet not. haha. Let it rest in peace :)

3. do you like sport or not?
    noo! not even once! just somehow, I love long-distance run game.

4. do you already taken?
     hehe. yeah. literally and conceptually. 

5. what's your hobby ?
    I love to sing and cook and collecting seashells. 

6. do you crush on someone else than your love?
    ouch. once before. only once.

7. date of your birthday?
    20th May.

8. tell simple thing about yourself?
    I am not simple. :)

9. what do you hate about yourself ?
    I really wonder, why do I gain weight drastically? I couldn't fit into my old clothes  anymore!

10. do love home cores?
      yeah. pretty love it. hehe

11. what do you think about me? ;)
      U got a 'mancung' nose yeah. haha