Friendly Friends

May 22, 2011

Pintu ke Neraka

assalamualaikum

sapa baca surat khabar hari ni? berita harian kalau tak salah. ada 1 artikel yang betul-betul menarik perhatian iait beberapa tempat di seluruh dunia yang digelar Pintu ke Neraka! bagi yang tak sempat baca, aku kongsikan di sini beberapa daripadanya
1. Bisti Badlands, New Mexico




tempat ni takdelah menakutkan sangat sebenarnya melainkan bila kita memikir bahawa di sinilah tempatnya dinosaur bersemadi. just name it, trex? semua ada. bayangkan cerita Jurassic Park dan pasti kita akan gerun berada di sini!

2. Socotra, Yemen



pokok-pokok di Socotra ni memang aneh-aneh. perhatikan dahan dan ranting depa, semuanya menghala naik ke atas. kita akan terasa macam berada di satu tempat asing yang penghuninya juga sudah pasti bukan manusia!

3. Darvas, Turkmenistan



tell me! sapa rasa benda ni tak cukup menggerunkan! tak tercapai dek akal kalau di dunia dah dipertontonkan tempat sebegini dahsyat, macam mana pulak penghujungnya nanti?

* ni semua peringatan...


Cintailah Fizik

assalamualaikum

aku study fizik. ada sesetengah tu still kena faham basic dia yang kita belajar masa tingkatan 4 dan 5. yela, macam mana nak paham yg higher level kalau basic pun terkontang kanting? aku baca dan aku dalami balik fizik sekolah menengah. pastu aku rasa nak menangis, aku rasa betul-betul terkilan dengan diri sendiri. sebab aku rasa fizik tu mudah! dan lebih mudah daripada kimia! tapi kenapa aku dapat B3 je fizik dulu?

tahniah Qirah, anda dah sia-siakan masa sekolah menengah dulu. belajar main-main dan buang masa. tahniah! 

fizik tak susah kawan-kawan.. fizik tentang fenomena dan penerangan secara details tentang apa yang berlaku di sekitar kita. fizik mengajar kita macam mana nak dapatkan kehidupan yang lebih baik. contohnya kalau kita ditolak dari tebing yang curam dan tinggi, kita kena bengkok dan tundukkan badan ke depan bukannya ke belakang. kenapa? jawapannya ada dalam fizik. contoh lain kalau kita nak kurangkan tekanan, apa perlu kita buat? kalau kita nak detect kerosakan pada alat elektrik apa boleh kita buat?

dan lain-lain. semua itu fizik. fizik itu aplikasi. yang penting kita cuba faham dan terjemahkan kefahaman kita dalam istilah saintifik dan pengiraan.

trust me. dalam banyak-banyak subjek sains, pakat tak suka fizik.aku sangat suka fizik. paling aku tak suka kimia tapi takmau ulas lebih-lebih ada sahabat cakap, jangan benci ilmu kalau nak ilmu tu suka kita. hehe. tapi hakikatnya para tidak penggemar fizik sekalian, kalau kita faham konsep dia, kita akan boleh jawab fizik! 

no. aku bukan pakar fizik. tapi aku seorang yang sangat menghargai ilmu fizik dalam pendidikan dan dalam kehidupan. aku berhasrat nak ambil master dalam fizik nanti, bukannya kimia atau biologi. oh ya. biologi juga best! menyesal aku tak ambil biologi masa sekolah menengah dulu. kenapa ya aku ambil kejuruteraan?

sebab aku minat bidang ke-fizik-an!

macam bercinta jugak. kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? kita kenal dia, mungkin akan terbit perasaan cinta. macam tu jugak fizik. dulu masa sekolah menengah aku tak suka fizik sebab fizik banyak pengiraan. aku selalu cakap kat kawan-kawan aku yang aku alergik dengan number. aku obses dengan bahasa. tapi sekarang dah terbalik. aku kurang gemar benda yang kena hafal tapi prefer pengiraan.

tu antara sebab kenapa korang jugak kena minat fizik! fizik tak perlu banyak membaca, tapi perlu kefahaman. fizik tak perlu hafalan, tapi perlukan latihan. tapi taktau la kalau korang memang otak jenis mengingat. aku ska mengingat jugak, tapi benda yang significant aje la =.=

pada yang belajar fizik, teroka kehebatan fizik! korang akan jumpa satu kenikmatan macam aku rasa believe me.

* ini entri untuk sedapkan hati sebab aku ada paper fizik lusa*

May 21, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat

assalamualaikum 


KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. 

Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - BERNAMA

* masyaALLAH... dugaan Allah untuk kanak-kanak terpilih yang sudah tidak berayah dan tidak beribu.. menitis air mata dengar berita ni. 3 sudah disahkan meninggal dunia, dan operasi menyelamat masih dijalankan.

apa yang aku rasa? aku rasa kerdil sebab kita yang dewasa ni pun tak tahan diuji, sikit-sikit mengeluh, sikit-sikit menangis. sikit-sikit memberontak.. tapi depa kecil-kecil lagi sudah diuji dan ujiannya bukanlah kecil

selalu, kerap sangat kita menangis sebab putus cinta, gaduh dengan awek, dengan pakwe. tapi anak-anak kecil ni sudah kering air mata kerana kehilangan kasih ibu ayah. mereka kehilangan tempat bergantung tapi kita?

siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan kekuatan mereka..

Allahuakbar!

marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Al-fatihah untuk yang telah meninggal dunia. kawan aku cakap tadi, lepas maghrib tadi, jumpa lagi 2 mayat. bilangan yag meninggal dunia dah 5 orang.

Nur Shaqirah, kau seorang guru sekolah rendah.. kau akan mendidik anak-anak kecil yang tak semuanya bernasib baik. doaku padamu Shaqirah, jadilah ibu kepada mereka... kasihilah mereka... jadikanlah mereka insan yang beriman dan bertakwa.. pimpinlah mereka menjadi manusia berguna.. kerana engkau Shaqirah, kerana engkau memikul amanah sebagai ibu mereka yang kedua...

amin ya Rabbul Izzati..


Contest Entri Paling Kencang

assalamualaikum

lama benar aku tak join contest. kali ni berminat dengan contest yang dianjurkan oleh Cik Angin ni. hadiah dia lumayan, fulus weh fulus! haha. para penggemar dan pencinta duit sekalian, sila ambil perhatian!



Pemenang Pertama :
wang tunai RM100 di taja oleh seorang BLOGGER .

Pemenang Kedua :
extra money dr cik angin 
2 Pemenang Saguhati:
RM10 untuk setiap 2 orang yang terpilih di taja oleh cik bambam :)

#updated , 3 pemenang saguhati :
akan direview blog mereka dan diletakkan didalam bloglist sekencangangin .



berbaloi baloi kan ? hee . jom tengok syarat syarat pulak :


1) warganegara Malaysia .


2) buat SATU entry bertajuk "CONTEST ENTRI PALING KENCANG " .


3) apa yang perlu ada dalam entry cik angin cuma nak anda keluarkan idea kreatif anda . contohnya :


**kalau entri tu berkisar tentang cerita lawak , cik angin nak rasa lawak tu sampai ketawa guling guling .


ATAU

**kalau entry tu bekisar tentang something yang sedih , cik angin nak rase sedih tu sampai menangis sehingga banjir KOTA TINGGI sekali lagi .


ATAU

** kalau entri tu berkisar tentang keterujaan , cik angin nak rasa teruja tu sampai rasa nak hempuk kepala kat dinding , gler punye terujaa la kan . HAHA .


ATAU

**kalau berkenaan dengan dakwah atau hal ehwal agama , cik angin nak rasa apa yang hendak di sampaikan tu masuk dan meresap terus dalam sanubari , memang tersentuhh laa penuh penghayatan .


4) like FANPAGE sekencang angin di side bar blog ini atau di [link] ini .


5) letakkan BANNER contest di entri dan side bar blog serta link kan ke entri ini .


6) tinggalkan LINK entri anda di ruangan komen entri ini .



mudah kan ? isi entri adalah bebas . anda boleh menghasilkan entri berbentuk PANTUN , SAJAK , CERPEN , DIALOG KARTUN ,CERITA atau apa sahaja . yang PALING KREATIF akan di pilih sebagai PEMENANG

okey. aku pertaruhkan entri ni: Jenis-jenis Senyuman 

 

May 16, 2011

Abaikan Aku

assalamualaikum

apa jadi sekalipun, esok kena study kat library. kalau tak, siang aku sia-sia. tak study. sedangkan exam ada berapa hari je lagi.

teruk. dahla 4 paper berderet-deret selama 4 hari. dahla dapat kredit percuma masa tu. hadoi. sakit kepala.

eksperimen aku nak study kurang berjaya nampaknya. nampaknya jugak, kita tengok ajelah berapa aku mampu score nanti.

oh. besday dalam 3,4 hari lagi tapi dah dapat hadiah kasut Polo dari abg aku beserta rm50, teddy bear dari amir dan duit jugak dalam rm80++ dari shiela suruh beli sendiri hadiah apa aku nak.seriously no idea. aku suka handbag dan kasut tapi setakat mei ni saja, aku dah beli 3biji beg dan terbaru, baru je kemarin. warna pale purple. takkan nak tambah koleksi lagi?

simpan ajelah kan? tambah duit belanja. haha. thanks to all!

btw, abg aku dah kompemkan nak guna tema ungu untuk resepsi dia hujung tahun ni. ungu? cute gak tu. aku pun dah gatai-gatai survey baju kami 1 family nak sedondon.

teruja dapat ahli baru. haha.


May 15, 2011

Kupetik Bunga Kembang tak Jadi

biarlah tak cantik rupa dipandang, asal baunya harum mewangi

apalah guna cantik berseri, kalau hidup tak tahu berbudi

merenung masa depan di kejauhan, siapakah aku dewasa nanti?

oh. janji dengan amir dan diri sendiri nak stop online sebelum pukul 2 petang untuk mula kembali misi menelaah. exam paper pertama hari Khamis ni. esoknya besday aku. harap-harap ada family mai sini bawak ayam panggang sekor. tak ada kek pun takpa. haha


May 14, 2011

Dendam Yang Termanis

assalamualaikum

nak berkongsi tentang satu artikel yang betul-betul menarik perhatian aku dalam banyak-banyak artikel dalam iluvislam pagi ni. semoga manfaat dapat dikongsi bersama, InsyaALLAH

"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. 


Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.
Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.


Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.


Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.


Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.


"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.


Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.


Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.


Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

This is the Last Time, I Promise

assalamualaikum

ini memang kali terakhir.

sorry kalau jadi insan yang annoying selama-lama kita kenal
will not appear in front of u again

forget me.

forget me.

forget me.

May 11, 2011

Pelan Kewangan Cara Pokai ( untuk pelajar)

assalamualaikum

aku pokai. hang pokai. tambah-tambah hujung semester dan awal semester masa elaun tak masuk lagi dan bila elaun dah habis. pokai dan student life ni adalah satu perkara sinonim yang kalau dipisahkan, tak mencabar la zaman kita belajar ni. tapi kalau berjaya kita pisahkan kita, kita memang hebat!
jadi macam mana mahu pisahkan? macam mana mahu jadi pakar kewangan diri sendiri yang hebat?

1. simpan syiling
kita tend untuk berbelanja besar bila ada duit-duit kertas dalam purse kan? kadang-kadang tu, malu nak longgokkan sejumlah syiling kat kaunter bayaran. kononnnya nampak pokai. so, langkah terbaik adalah menyediakan satu tabung untuk kita simpan syiling. langkah kedua ialah elakkan guna washing machine sebab dia guna syiling. menabung untuk masa depan. walau 1 sen, dia tetap ada nilai sebab dia masih duit!
aku ada tabung kat hostel ni. pastu tiapkali balik rumah, aku akan masukkan duit-duit syiling ni dalam satu tabung besau aku iaitu tin biskut Jacob. aku simpan bawah katil. dan menurut perkiraan aku, sepanjang sem ni saja, Alhamdulillah, aku berjaya simpan hampir RM200 syiling! mak aku cakap, kumpul bagi penuh, pas 3,4 tahun, tengok dah penuh, boleh beli lembu sekor dan kahwin.

tula pemangkin semangat nak menabung! haha

2. bagi orang pinjam duit
tapi kena tengok peminjam jugak la. jangan bagi kat orang yang kita rasa payah nak bayar atau tak ada sumber duit nak masuk. tu maknanya menderma. menderma tu bagus tapi kalau kita pokai, senyu dan berfikir panjanglah dulu. baik kita derma makanan dari derma duit. betul tak? buat perjanjian hitam putih dengan dia. cakap bila kita nak dia bayar, sekaligus ata beransur-ansur. langkah ni selamat sebab bila duit kita makin menyusut, kita ada pengharapan!

3. berniaga
err. aku berniaga jugak. haha. aku pernah buat rojak, sandwich dan cocktail untuk dijual dari bilik ke bilik. rajin tak? haha. pastu aku jual barang katalog, dapat untung 20% untuk setiap barang. daripada kita goyang kaki saja, baik kita buat sesuatu untuk tambah duit. pastu aku tengah merancang dengan future housemates untuk buat nasi lemak, kuteow goreng, mi goreng dan makanan-makanan lain untuk dijual masa duduk rumah sewa nanti. tak masuk banyak, sikit pun jadi la. atleast boleh cover bil eletrik dan air pun dah Alhamdulillah. kan?

4. kawal nafsu bershopping
selalunya perempuan la yang gila shopping. nak up to date je selalu. tambah-tambah sekarang ni pakat rancak berniaga secara online...kakak kakak kita pun rancak je clik-to-buy. last-last, no-money-to-withdraw. hehe. adoi. tapi kadang-kadang, fesyen ni cepat bergerak. dulu zaman tudung bawal, pastu tudung ready-to-wear. sekarang shalwa shawl. shawl pulak macam-macam fesyen. kalau kita terkejar-kejar nak up to date, nanti ketinggalan zaman, tak ke membazir? maka bagi aku, tudung bawal tetap idola sepanjang zaman.

tu sikit la. nanti tambah lagi. hehe




Combo Hatred

assalamualaikum

tengok tak berita pasal kekejaman ahli Majlis Perbandaran Alor Setar kat Buletin Utama dalam sehari dua ni? geram. bukan sekali dengar cerita pasal macam mana kejam dan tak berperikemanusiaannya depa bertindak dekat peniaga yang tak ada permit. ya. tak ada permit tu salah tapi kesalahan lain? haha. kelakar. orang atasan buat salah, kita butakan mata. orang yang terpaksa membanting tulang nak sara family, salah sikit, terus dirosakkan mata pencarian depa.
ni manusia ke apa?

makin takde pertimbangan manusia sekarang.

cuba bayangkan apa perasaan seorang ayah yang tak ada kudrat untuk kerja keras...yang tak ditakdirkan pakai kot dan kerja dalam pejabat, dalam aircond. berniaga adalah sumber rezeki depa. dahla dihalang berniaga, dirosakkan pulak barangan jualan depa. hoi hoi hoi! kami nakkan keadilan! kalau betul nak memerintah, buatlah cara pemerintah! bagila tempat khas untuk depa berniaga dengan kadar sewa tapak yang murah. tu lagi baik daripada biarkan sesetengah tempat terbiar, jadi sarang maksiat! dapat jugak berbakti pada rakyat. ni tak, waktu pilihan raya je nak kecoh-kecoh. 

aku cukup tak suka dengar kes penganiayaan kat manusia yang cuba mencari rezeki halal, sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak kecil di rumah. kalau memang perniagaan haram takpe la jugak, ni hanya perniagaan tanpa permit. janganlah kejam dengan bangsa sendiri...

serius menyampah! aku bukan penyokong mana-mana parti. politik sendiri dah macam stupido je sekarang. masing-masing nak tunjuk hebat. kita yang takde jawatan ni yang terkontang-kanting kena ikut permainan orang atasan. hapadah!

*semangat betul aku malam ni. agaknya sebab dah nak cukup umur kot?

i am your mom

assalamualaikum

sekadar mahu bercerita yang tadi kami, i mean, my future housemates bincang pasal pengagihan tugas untuk rumah nanti. and i was like shouting when i could manage the kitchen! babes, wait for my meals! i'll be ur moms and prepare breakfast, lunch, dinner and supper for u. haha. 
suka sangat bila fikir pasni pegi pasar malam boleh beli ikan sayur ayam daging. sebelum ni lalu tengok saja sebab takde dapur nak masak.

oh. btw, teringat masa form dulu aku jadi ahli biro makanan SMSAH. tergelak besau ingat ape yang penah terjadi dulu. haha. stupido zaman persekolahan.

May 10, 2011

Ada Barang nak Jual. Mai Tengok kot-kot Berkenan

assalamualaikum

i have few things to let go. tengok la kalau ada yang berkenan. kebanyakannya beli untuk perabis duit tak pakai sangat pon. jom kita tengok!
 one of my favorite. harga asal RM49.00 jenama Qirani dari Indonesia. saiz L tapi M dan S suit better.
 serius sangat cantik! pakai few times only. tapi dah tak muat T_T. beautifully knitted.

Let go at RM35. sebab pakai sekali dua ja. no defect! lagipun ada hood, sangat cantik dan cute.

blouse labuh Lady's Like saiz S. no defect. nak jual dengan harga RM20 only!

 new wedges yang tak pernah pakai langsung kecuali untuk sesi percubaan. 
warna grey + cream

 cute ribbons! saiz 6

comes with the box. sangat comfy dengan harga hanya RM30. harga asal nearly RM35

another wedges yang cute! pakai few times only, pastu diabaikan sebab pakai kasut lain pulak. nak let go at only RM15. size 36

 kebaya cantik yang jugak dipakai few times only dan kini terperuk dalam almari sebab dah tak muat. again T_T. harga asal RM99 termasuk kain pario tapi wanna let go at only RM5O. saiz M

ni kain parionya. free size

checkered blouse saiz S. ada tali ikat belakang. lengan 3 quarter.harga untuk dijual hanya RM10
cute t shirt saiz L tapi rasanya, M fits better. so cute with the ribbon around the neck. pakai sekali. let go at RM15 including postage.
free size blouse labuh yang super duper cute! lengan dia bercekak dan ada getah di belakang baju. fits M and small L. let go at RM15
 sangat suka baju ni tapi kurang sesuai untuk ketinggian. fits taller girl better. free size. any size!

 ada getah kat bawah pinggang

lengan barbie style.
pakai sekali je. bought at RM48 tapi nak jual at only RM30

 another blouse warna hitam + ungu. saiz L but fits M and small L better. let go at only RM12

my green jubah. too long and loose. saiz 40 pakai sekali dua saja bila rasa nak pakai. nak let go at only RM45. canti. free shawl yang sepadan dengan jubah ni.

ada yang berkenan? pm me at shaqirah_blue90@yahoo.com

Makan Sampai Muntah!

assalamualaikum

buruk benar tajuk entri kali ni tapi itulah kenyataannya apabila sekumpulan guru Sains bersama mentor mereka yang dipanggil ibu bersama seorang pensyarah Kimia, Puan Hajah Noraini pi makan nasi ayam kat Tart Nasi Ayam Jitra. pastu, ada pulak tepung talam dengan kuih seri muka! ada lagi kek secret recipe tajaan ibu dan Puan Hajah Noraini. memang mencekik!

 pertengahan jalan jumpa Restoran Mee Razak yang sangat femes dalam kalangan students dan pensyarah. mesti cuba jugak nanti!

 i pakai baju baru hari ni. haha

 gilo besau mata paah! tukar mata mau?

 persediaan tempat.

 yeeeha!

 anya RM3.50 sepinggan. super duper berbaloi.

 seri muka dan tepung talam. misteri: tangan siapakah?

 nasi tambah+ayam+air = RM5 each

eh eh. suka benau ye hang arip? haha
 jemput!

 ladies' power.

 best wishes for ur examination. good luck. from ibu + puan Aini

 sayuti sebagai mantan ketua kelas. 

 gebang:)

 kek Choc Banana

 muka Haizum yang mengantuk

 kuliah atas kepala. haha

ye Puan. betul tu. hihi

to all my friends, all the best for the becoming exam. ingat, sem ni killer sebab ada Physics dan Anatomy! ingat aim kita berapa? ye. 3.75. haha. mampukah?

aku cuba bereksperimen. sem lepas aku dapat 3.60
tu masa tak tenteram nak study sebab musim bah.
kali ni, aku cuba study walaupun malas untuk tengok result aku berapa. ok?
nak tengok kalau rajin study, result naik tak.
haha
doakan aku!





May 9, 2011

Terbaik dari Perlis: Mempelam Harum Manis

assalamualaikum

sudahlah harum, manis pulak tu! memang terbaik.

bukan sebab aku orang Perlis, kalau aku orang negeri lain sekalipun, mempelam harum manis tetap terbaik untuk tekak aku.

rasa dia yang manis, bau dia yang harum, tekstur dia yang lembut..aduhai..memang cair. tapi jangan jeles sebab pokok ni hanya tumbuh subur di negeri Perlis. ladang  dia pulak terletak hanya 1 kilometer dari rumah aku. pastu sekarang ni, depa ambik lagi satu tanah kosong sebelah ladang tu dan tanam lagi pokok. kiri kanan jalan pulak ada banyak gerai mempelam harum manis.


tahun ni, harga bagi sekilo mempelam harum manis mencecah kira-kira RM12 bagi gred super A tapi disebabkan kualiti dan kemewahan rasa tu, ramai yang tak nak lepaskan peluang.

abang aku yang duduk terengganu pun bawak balik mempelam harum manis untuk kawan-kawan dia sebab depa teringin nak rasa.

boleh dimakan saja, memangla, takpun dimakan dengan pulut yang telah digaul sebati dengan santan. memang terangkat habis!

kalau nak rasa sendiri, boleh berkunjung ke Ladang Harum Manis, Jalan Bukit Bintang, Abi Pokok Jawi, Kangar Perlis. kalau ke depan lagi, korang akan sampai ke ladang anggur, ke depan lagi, jumpa air terjun Bukit Ayer, ke depan lagi, masuk Thailand. haha

percutian lengkap secara agro di Perlis!

* ada sapa-sapa nak kirim harum manis? hehe