Friendly Friends

March 30, 2011

Aku Masih Dara

assalamualaikum

nak cerita.ye ye aku tau cerita Aku Masih Dara (AMD) ni dah lama tapi aku baru je tengok..hehe.dah lama terperam dalam laptop.aku ingatkan cerita ni tak best dan hanya nak publisiti dengan buat tajuk sensasi macam ni.rupanya tidak.jalan cerita dia agak lain dari yang lain.kesimpulannya,aku bagi 4 bintang kat movie ni.

bagi aku la kan,daya tarikan movie ni adalah pada watak Firdaus (Ashraf Muslim).oh.aku sangat suka watak lelaki baik yang muka dia pun memang baik.haha.klise tak?tapi serius aku suka dia.dari Niyang Rapik yang dia jadi Ustaz Amirul dan siri Zehra sekarang ni tajuk Ustaz Amirul jugak dan AMD ni pun jadi ustaz,aku suka dia bawak watak ustaz.sesuai sesuai!

teruskan berlakon sebagai ustaz.dan semoga anda dapat mengekalkan watak ustaz tu.nampak sangat cool dengan ketayap dan baju melayu atau baju raihan.i adore u i adore u!

*sori la internet sangat lambat.nak upload gambar si hensem pon tabuleh

oh ya.perkembangan bah di negeri Perlis.mak telefon aku tadi dan mak cakap,kalau Kak Qirah tak balik dlaam masa seminggu dua ni pun takpa.mak takut Kak Qirah terkandas nak balik IPDA balik sebab air tengah naik.sekolah adik pun telefon suruh pi ambil budak-budak sebab dalam masa beberapa jam je air dah naik.pastu empangan Tasoh pon dengar-dengar kabar dah lepaskan air.sungai Siran dekat rumah pun dah melimpah.tapi Alhamdulillah rumah kita selamat lagi.mak dah beli beras,telur,sardin ngan bilis banyak-banyak takut nanti bekalan terputus.

pastu mak nasihat aku suruh sediakan bekalan juga.takut jadi macam tahun lepas,bekalan makanan terputus,bekalan air takde..masa tu,ada RM500 dalam purse pun dah tak guna.harga megi yang asalnya RM3.50 jadi RM5.00.terpaksa beli sebab takut kebulur.

sebagai langkah awal,tadi aku jerang air siap-siap dan penuhkan semua botol yang ada.takut jugakla nanti bekalan air terputus,nak minum air bersih pun tak ada.baik berjaga-jaga dari sekarang.

banyak lagi aku nak cerita.geram betul tau.baru je bayar bil internet tapi dia potong sebab terhutang sebulan.oh kejam.aku bayar lebih kurang 2 minggu lepas.sekarang guna internet free yang kea access kat bilik stadi.terpaksa jadi budak nerd sat.sebab tu aku nak tulis semua dalam 1 post.malas nak tunggu lama-lama.pasni nak naik bilik layan movie lagi best!

panjang sangat ke aku tulis?tak kan?hehe.maaf yepp.okee semua.jaga diri.jangan nakal-nakal.jangan bagi kena air hujan walau setitik.sediakan bekalan menghadapi bah besar.jangan malas stadi.banyakkan amalan sebab terasa-rasa macam saat pengakhiran tu dah nak dekat.rasa macam dah dapat tanda-tanda.kan?Astaghfirullahalhazim..

assalamualaikum.

Jenis-jenis Kawan di Sekolah.edisi wajib baca untuk mengimbau kenangan zaman persekolahan

assalamualaikum

Ingat tak masa kita zaman sekolah dulu? Kalaupun bukan zaman sekolah,zaman kita belajar dulu kat mana-mana pon kita akan jumpa macam-macam ragam kawan-kawan.ragam kawan-kawan?err..macam mana tu?jom kita kenali mereka!

1.       Yang suka menjawab
-          Yang ni kan,asal cikgu tanya aje,dia akan jadi manusia pertama yang angkat tangan.manusia positif akan beranggapan dia hebat sebab dia berani dan ada jawapan untuk soalan yang ditanyakan.yang negatif pulak akan anggap dia ni pulun dan berlagak hebat.personally,aku suka kalau ada anak murid aku macam ni nanti.
-          Yang tak bestnya pulak,kalau ada murid yang suka menjawab benda yang tak penting.suka sangat menjawab!masa tu rasa macam nak getap gigi kuat-kuat,jegil mata dan angkat tangan.budak macam ni tak boleh biar ye cikgu-cikgu..takut lama-lama,dia akan hilangkan taring kita sebagai guru!hihi

2.       Yang nerd
-          Tipikal si nerd adalah murid yang pakai spek mata,kalau boynya pakai gel rambut sebotol sampai kalau terkena panahan matahari pun boleh pantulkan cahaya kat kita balik dan kalau gegirlnya pulak,pakai spek dan pakai braces (tidak semua). Budak macamni boleh kita cari di perpustakaan masa orang lain tengah rehat dan beratur beli makanan sedangkan dia dengan cool-ya-amat pegang buku Physics yang setebal 1345 muka surat dan setebal 4 inci serta 3kg berat.
-          Tanya je apa-apa soalan kat si nerd,insyaALLAH tak menghampakan.selalunya si nerd menjadi harapan sekolah tetapi menjadi mangsa usikan kawan-kawan.ada dulu boy sekolah aku, (nama dirahsiakan atas dasar keselamatan), kami panggil dia brainy.bayangkan,kalau dia tidur masa belajar pun,jari telunjuk dia akan pegang sisi kepala (otak) sambil sebelah tangan lagi pegang pensel.pastu masa exam,orang lain dapat 30an-70an add maths.dia?apa barang 30an-70an..paling sikit dia score pon 94!jeles betul aku.
-          Pastu kan,si brainy sekolah aku ni,aku ingat lagi,masa SPM.esoknya Chemistry,3 hari lagi Physics.dia relaks je tak sentuh Chemistry tapi baca Physics almaklumlah si cekang Chemistry.pastu masa kami sibuk isi permohonan online untuk matrikulasi.dia relaks je..agaknya sebab dia tau,lebih dari matrikulasi pun dia dapat agaknya.dan tahniah seperti yang dijangkakan,anda dapat 10A1!hihi

3.       Yang hiperaktif
-          Oh.terdiam sebentar aku nak cakap pasal si hiper.kalau sekolah rendah,wajib ada budak hiper.tak makan saman!suruh duduk dia berdiri.suruh berdiri dia berlari.suruh berlari dia berguling.hish.pendek kata,bagi la arahan tertinggi supaya dia tak mampu lakukan.sebagai contoh,” Ahmad (bukan nama sebenar),pegi berdiri atas awan!”
Err..kalau dia buat jugak macam mana?tak ke haru!budk hiper selalunya lurus tau!
-          Ada ke budak sekolah aku hiper dulu?haha.ehhh kenapa pulak tak ada..mesti la ada.Cuma takde la sampai tahap cikgu suruh berlari dia berguling.yang cikgu suruh buat latihan Add Maths,dia pegi upah kawan-kawan dia buat adala.shaqirah (bukan nama sebenar.hihi) selalu buat macamtu.dia upah azimah (juga bukan nama sebenar.haha) untuk buat latihan add maths dia dan sebagai galang ganti,dia tolong buat essay BI dan BM azimah.haha.hiper tak hiper tak?ohh semestinya tidak.itu namanya genius.

4.       Yang pendiam
-          Yang pendiam ni kadang-kadang bagus untuk ketenteraman sebab aku tak suka bising-bising sangat (bising,interaktif,ceria dan aktif adalah perkataan yang membawa maksud yang berbeza).yang tak bagusnya,yang pendiam ni selalunya suara dia perlahan yang amat.bagi pegang mic pon tak tentu lagi suara dia kuat.selalunya la.tapi ada jugak si pendiam yang sekali bersuara..mak aii!!dengan kasarnya,dengan lantangnya..sebab kata-kata peribahasa ada menyebut, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.selalunya yang pendiam ni ibarat gunung berapi.dia pendam pendam pendam..sekali meletus..ha!ambik!maka berhati-hatilah anda denga orang pendiam.payah nak marah tapi sekali marah lambat nak sejuk.baik balik yang potpetpotpet.bila tak puas hati,dia akan luahkan dan benda tu akan setel cepat.okee?
-          Untuk mengubati penyakit diam,adalah baik sekiranya anda menggunakan teknik mengajar murid bagaimana nak kuat dan lantangkan suara macam cikgu BI aku,Madam Art masa tingkatan 3.aku ingat lagi,kami tengah belajar Literature masa tu.dia suruh kami bawak novel pegi padang sekolah..dia bergerak jauh dari kami (hampir 50 meter) dan tanya kami sorang-sorang,” if you have 1 millon ringgit with you,what will you do?”dan aku ingat lagi jawapan aku ialah,” I wanna have my own law firm!”ohh.

5.       Yang suka menyampuk
-          Seriously,yang ni annoying.haha.belum habis kita bercakap,dia dah sudahkan ayat.kalau ayat yang dia sambung tu betul takpe la jugak.jimat saliva kita.tapi kalau dia sambung dengan ngarut-ngarut..geram kan?haha.contohnya, “ saya nak kamu semua siapkan report Sains ni….” Dan dia terus menyampuk,” pastu tak payah hantar cikgu kan??” grrrr….lagi bengang bila kita cakap,” esok saya takde…” dia terus cakap,” yeyeyeye!cikgu takde!!”

Bagaimana saya tahu?saya juga masih bergelar pelajar seperti anda.haha

6.       Yang superpower
-          Yang ni kita bagi tabik spring toiinkk toiinkk!!dia la raja di padang,dialah si genius,dialah Ketua Pelajar,dia la pengerusi persatuan,dia jugak la kapten pasukan kawad,dia jugak pengerusi badan amal pelajar,dia la wakil sekolah pantun,dia la pembahas,dia jugak join pidato,syarahan,forum,kuiz dari kuiz kesihatan sampai kuiz Chemistry!dia juga wakil sekolah ke perkhemahan,dia jugak yang menari,dia jugak yang jadi MC,dia jugak yang teman kawan pegi hospital dia jugak yang hias pentas dia jugak yang segala-galanya!serba boleh.kadang-kadang jadi heran,cukup ke dia hidup dengan 24 jam?sempat ke dia makan?sempat ke dia tidur?sempat ke dia dating?sempat ke dia buat homework?ke dia upah kawan buat add maths macam shaqirah tu?sempat ke dia basuh baju,ke dia humban dalam machine je?
-          Yang kita tabik,dia tetap menduduki carta top 10 sekolah.ohh.

Banyak orang banyak ragam.yang tu yang menceriakan alam persekolahan kan?betul kan?ntah-ntah,sambil korang baca,korang dah terbayang sape kawan korang yang memiliki ciri-ciri yang sama yang aku sebutkan.haha.aku pun sama la sekarang ni.sorang demi sorang aku terbayang.banyak lagi sebenarnya.yang suka mintak hasil (belanja),yang pantang dengar bunyi kita pegang plastik terus dia mintak makanan kita..yang suka menempek kat katil kita malam-malam..yang  suka mengadu domba..yang selalu jadi kanselor kita..yang suka bergayut kat public phone..yang suka menyanyi dalam jamban..yang hantu megi..yang hantu biskut Hup Seng..(As Eleyana,cepat terasa cepat!haha)

Okee?sehingga bertemu di lain rancangan.aku nak solat sat.tadi penat sangat berkawad.pastu japgi nak  pegi bilik Kak Madi sedut movie baru (oh ya.ada jugak yang suka merayau-rayau).haha.tata.babai!!

March 29, 2011

Family Outing (Korea),pernah tengok?

assalamualaikum

pernah tengok tak rancangan realiti la lebih kurang tajuk Family Outing?artis-artis korea macam Lee Hyori,Sorro Oppa,Daesung,Jong Kook..dan beberapa orang lagi bertindak sebagai 1 keluarga dan menginap di mana-mana tempat seluruh korea.pastu tiap episod ada la ertis jemputan.aku paling suka sebab rancangan ni paparkan keindahan korea terutamanya di kampung-kampung..di tepi laut..dan jugak musim-musim indah di sana.
 cantik kan?tiapkali depa tunjuk sesuatu yang menarik,kita akan dengar bunyi whoaaaa dari background dia.

 tiapkali depa p mana-mana,depa akan main games macam-macam.

rumah-rumah yang depa menginap ni pulak mesti ada pelantar panjang n sebab depa akan tunjuk depa memasak.time tu,macam-macam jadi!

overall,ak bagi 5 bintang untuk family outing!sangat sesuai ditonton sekeluarga sebab kita akan gelak tak henti-henti.aku kadang-kadang ulang tngok banyak kali tapi tetap terhibur.dia ada banyak episod..kalau tak salah.85 kot sebab mula dari 2008 sampai 2010.cuba cari kat mana-mana.mesti jumpa.aku jamin korang takkan nyesal tengok family outing ni:)

Perut besar!

assalamualaikum

ingat tak aku cerita pasal keluar makan masa nak ambil laptop pas format?yehh.ni gambar-gambarnya.lokasi di Nasi Ayam Periuk Besar, Bandar Darulaman

 ni aku punya chicken chop.bolehla tahan rasanya.pasni nak try mee sizzling pulak!

 ni nasi ayam sizzling paah.semacam je aku tengok nasi tu????

ni pulak kueteow tomyam Lina.sedap.kaww.cukup rasa

mata bengkak sebab nangis laptop rosak.haha

Sudah Beli Hadiah GA

assalamualaikum

selepas berpenat lelah,akhirnya tinggal 2 je assignment yang belum dihantar.tapi dalam kesibukan tu,tak lupa untuk langsaikan hutang dengan pemenang GA yang lepas.
untuk pemenang kedua, Kak Azni, dah selamat terima topup RM10.ni pulak hadiah pemenang utama iaitu Kak Iduraz

 kak Iduraz request warna purple


kak,sorila kalau nampak childish sangat.haha.tapi best tau.selipar ni gebu sangat.kalau nak compare dengan selipar saya,memang jauh bezanya...
uh uh uh!kena beli baru.haha.tapi cukuplah dapat cover kaki daripada sejuk pijak lantai dan bila menyapu sampah..

kak,nanti saya pos,saya gtahu okee:)

March 28, 2011

Kedinginanmu buat aku mengalah lalu beransur pergi...

assalamualaikum

*angkat tangan berikrar: inilah adalah post terakhir.kalau siap Rancangan Pengajaran Harian awal..assignment pedagogi Sains awal..then only boleh sambung ke entri baru!
Ziana Zain - Dingin

Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
*chorus
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah
Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama
oo hooo ooooo…

nak share.aku suka lagu ni.lagu cinta kena reject sebab si lelaki dah ada pilihan hati.dia suka kat laki tu tapi laki tu suka kat orang lain.dia berharap tapi harapan tu tak kesampaian...

meh kita ambil moral dia.tengok,dia cakap dalam hati dia takde dendam walaupun dia pernah ada kenangan dengan lelaki tu.berapa ramai antara kita yang sanggup lupakan rasa sakit hati lepas cinta yang diharapkan tak kesampaian?majoriti daripada kita bertindak tak wajar..takmau terima hakikat.serang that boy's girl.tu tindakan bodoh yang mencerminkan ketidakmatangan kita.pastu canang pada dunia yang girl tu perampas.sedangkan dalam hati lelaki tu,nama kita tak pernah ada.

aku faham perasaannya bila direject sebab selalu dengar cerita kawan-kawan.apatah lagi kalau lelaki dengan directnya kata macam lagu ni " ruang buatmu tiada".hey,dahtu apa yang nak ditunggu lagi?wake up girl!dia dah bahagia.kenapa perlu kita mengenang sesuatu yang bukan milik kita dan sebenarnya tak pernah sedetik pun jadi milik kita?



mengalah bukan bererti kalah.apatah lagi mengalah pada sesuatu yang memang tidak berpihak pada kita.

aku memang dah minat Ziana Zain.tapi lagu ni buat aku makin minat dia walaupun sah-sah dia bukan hak aku.hehe.

apalikasi konsep mengalah,beralah namun tidak kalah.lalalalalalala~

Kewangan Diri Tak Stabil

assalamualaikum

hehe.baru aku perasan yang aku tak update blog dah dua hari.memang sibuk dengan assignment tapi ada sesuatu yang lebih buruk berlaku hari Sabtu baru-baru ni.
pagi tu aku bangun pukul 5..cadangnya nak berdikit-dikit buat report fizik.aku tak tidur balik sampaila pukul 10 pagi..pastu aku bukak la google aku klik 1 webpage ni dan dummmdummdummm!!!laptop diserang malware!!
menangisla aku tak berlagu..

lunch hari tu pon berteman kucing sebab paah tak makan...sobsobsob

jangankan nak buka internet,aku nk menaip report pon dia block.last-last aku bawak pegi format laptop.RM30.00.okee.thanks to Akmalina ngan Paah sebab melapangkan diri bawak aku pegi ambil laptop malam tu.

disebabkan tension,aku order chicken chop.paah order nasi ayam sizzling.lina ambik kueteow tomyam.berapa banyak aku habis dalam sehari?

RM30.00 + RM3.00 (Lunch) + RM13.00 (Dinner) = RM46.00 

esoknya pulak,awal-awal pagi,aku nak print report.alangkah terkejutnya bila printer pulak rosak.innalillah..hebatnya ujian semester ni..aku try ejas ejas,paah try ejas ejas,tak boleh jugak.bila bawak pegi repair di kedai kemarin juga,dia cakap yang cartridge dua-dua dah rosak dan kena tukar...

RM48.00 ( ink hitam) + RM57.00 ( ink berwarna) + bihun sup (RM3.00) + lunch (RM2.50) = rm110.50

tengok,dalam masa dua hari aku guna berapa??
oh..

March 26, 2011

Review Blogger: Blackrosehunter

assalamualaikum

oh.this is the guy.the guy who's taking geology but loves facts about health very much!

actually,dia ni classmate aku masa kat SMSAH dulu.masa tingkatan 4 dan 5.Blog dia nama Blackrosehunter tapi percaya la kat aku,he's not black except for his hair!

 the-not-black-one


blog Blackrosehunter ni banyak berkisar tentang info-info dan tips-tips kesihatan yang aku kira sangat bagus dibaca especially untuk golongan yang mementingkan kesihatan. kalau korang nak tau apa khasiat tembikai,kalau malas nak bukak google,godek-godek je blog ni.ala..bukan setakat tembikai,kopi,tempe?just name it

ok?semoga beroleh manfaat bersama:)

March 25, 2011

Doa Dikurniakan Jodoh yang Baik --------> untuk wanita

assalamualaikum

sedikit perkongsian buat para mawar yang sedang mekar berkembang.chewah.kalau yang dah berkembang tu,jangan pulak gugurkan kelopak atau biar kumbang jahat gigit kelopak kita.kalau kumbang jahat mai jugak,cepat-cepat cucuk dia dengan duri kita.depa ni kita kena layan ganas-ganas sikit.hee~

dalam hati ada taman,
dalam taman ada pelita,
niat hati nak pinang Lokman
apakan daya aku wanita!

sapa cakap salah pinang lelaki?zaman Saidatina Khadijah dulu,Rasulallah dipinang tau,bukan meminang.cumanya adat kita cakap tak elok...macam perigi cari timba.yelah,dah timba tu slow sangat.dahla banyak timba yang berlumut berlubang sekarang kan?haha

takpelah.teruskan misi pencarian anda.sama ada anda menemui atau ditemui,saya doakan pertemuan itu di bawah rahmat Allah,insyaAllah...

nak berkongsi pembacaan dalam sebuah novel Islamik yang sudah terlupa akan judul dan pengarangnya,maaf,aku tertarik dengan doa yang dilafazkan serta maksud dia sekali.jom kita cuba baca sama-sama.

hoiit!nak berdoa tu angkat tangan la!

ishk2..

okee kita mula.

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma sa'khirli zaujan sahibanli yakhtibuni
wayatazauwajubi
wayakunu sahibanli fiddunya waljannah.

ameen..ameen ya rabbal a'lamin..

maksudnya:

ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah aku suami yang soleh...
dia meminangku,
mengahwiniku,
dan jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga...

ameen..ya rabbal a'lamin..


perkongsian hidup bukan untuk sehari dua malah diharapkan untuk dibawa ke syurga..bidadari bagi seorang suami ialah isterinya di dunia menyenangkan,membahagiakan dan membina keluarga bahagia yang dirahmati Allah...


susah nak jumpa lelaki berkualiti zaman ni (samala dengan perempuan).tetapi lelaki yang berwibawa untuk memimpin kita..menjadi imam pada tiap solat kita..mampu menjawab persoalan agama kita dengan baik payah nak jumpa.kalau dah jumpa,jaga baik-baik..

sebab kalau dah nak pupus,pemuliharaan pon tak guna lagi.hikhikhik


Buta Twitter

assalamualaikum

dunia makin maju.banyak betul kemunculan laman sosial yang femes mengikut zaman.contoh kalau ikut usia aku la,masa sekolah rendah tu zaman surat takde setem.pastu sekolah menengah tetap zaman surat tak bersetem (sampai sekarang sebenarnya). masa menengah rendah zaman emel.up sikit surat ada setem.up lagi friendster.up lagi myspace.up lagi tagged,flixter,hi5 pastu apa ntahnya lagi,pastu facebook,blog,twitter.pastu dengar cerita dah ada yang nak serupa macam facebook.pastu ntah apa-apa ja

ntah-ntah,satu hari nanti,dunia ni diselaputi satu gelamair atau selaput berlendir.wekks.yang tiapkali disentuh,korang akan dapat access ke laman web tertentu.tak perlu laptop,tak perlu letrik.cuma guna tangan untuk access.jimat.lebih kurang touch screen la tp ni yg maya punya

pastu kalau nak buat apa-apa,habaq ja kat selaput tu.dia akan paparkan apa yang kita nak.

err.lari dari topik



sebenaqnya nak habaq mai..aku ada account twitter tapi aku tak pernah bukak dan tak pernah tweet tweet atau apa-apa jelah.tapi aku daftar churp churp dh lama.teringin gk nak aktifkan churp churp.tlong sapa-sapa ajaq nak guna twitter!

Ssssss!senyap segera supaya si shaqirah selesa! -----------------> semuanya S!

Assalamualaikum

Jalan-jalan di blog junior aku,Nafthatun tadi,terjumpa benda ni.alang-alang bosan,aku buatla.hehe

Rules: Copy to your own note, erase my answers, enter yours. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Not always as easy as it looks depending on your first initial.

01) What is my name: Shaqirah

02) A four letter word: Shaq

03) A boys name: Shafiq ------> my brother

04) A girl's name: Sharija -----> my sister

05) An occupation: Science teacher!-------> my oocupation!

06) A color: silver -------> my fav color during wedding wedding.haha

07) Something to wear: spender -------------> lucah tak?sori.haha

08) A food: sambei petei ---------------> baca: sambal petai

09) Something found in a bathroom: shaver

10) A place: school ---------->very academic asnwer

11) A reason for being late: saya tunggu paah bersiap.haha

12) Something you shout: SAYANG!!!!!jangan suka usik ayg!!!!!!!

13) A movie title: Selamat Pagi Cinta

14) Something you drink: sirap limau

Takmau Jadi Mangsa Fesyen!

assalamualaikum

oh.pertama kali aku nak belajar bergosip pasal artis!harap-harap takdelah sampai kena saman kan.haha.

jom kita tengok mangsa-mangsa fesyen yang aduh kesiannya!

 ishk ishk ishk..sekali pandang macam 'smooth' je kulit dia!takde ropol-ropol ke baju ni?atleast nampak la jugak beza antara baju dengan badan.sedih aku tengok.

 ni kes lain.menutup tapi mendedah.mendedahkan bentuk badan yang lainnn dari saiz masa anak dara.aku rasa,Datuk Siti ni lebih manis berkain, sama ada jubah,abaya (hehe) atau maxi.

 atas macam cantik dah.tengah macam pelik.kaki macam...macam...tak terkata!

 ni bukan artis Malaysia tapi aku tak faham motif kotak surat khabar tu.ke aku yang buta fesyen?kalau gitu,pasni semua orang ikut trend ni,balut kotak tu dengan surat khabar,pastu lilit atas kepala.tak payah ikat dah kat pelantar gerek.

eh eh eh.cutenya!ak memang suka gabungan pink ngan purple ni.buat inspirasi nak bertunang nanti.TQ ye fashion designer.biar bakal mak mertua i terketar-ketar tanga nak sarung cincin tengok pakaian bakal menantu dia.hikhikhik





Mencari Abaya

assalamualaikum

hari tu sembang-sembang dengan mak..mak cakap nak pakai abaya raya tahun ni.ritu dah pakai jubah tapi tak selesa.mak nak try abaya pulak.aku pun berkenan la jugak.ada sapa-sapa tau blogshop yang jual abaya lawa-lawa?

rekemen kt aku plis!

it must be love,but its over now...

assalamualaikum

berapa ramai yang hubungannya terputus di tengah jalan?even worse,only manage to take few steps ahead but then,you pick your broken heart that scattered along the pathway.
i'm not saying that girls tend to cry over the halfway relationship because some guys do.

i'm not saying that guys are always be the person-who-ruin-the relationship because some girls themselves are the ruiner too.

life gets too much probabilities.

it depends on us; how to take care of the relationship.

for amir and I,we do quarrel like others.haha.but i must admit that he's much much much cooler than me.he knows how to handle my anger.whenever i was like going to explode,he'll stop the conversation.after 10 minutes,he'll call me back and ask me in a very soft tone..see?i just need 10 minutes to cool down.haha

'marah lagi....?'

then i'll laugh loudly and say no.

we want to be together till the end of time.we can plan for the future but Allah has planned a great great destiny for us.us.i mean,all of us.pray for the best and let Him do the rest!

mood:rindu nk speaking and writing in English.haha

March 24, 2011

Sakura Mekar di Jitra

assalamualaikum

tadi keluar pekan Darulaman atau femes dengan nama BDA masa zaman sekolah dulu untuk ditulis dalam kad outing.masa nak cucuk duit kat Petronas,nampak pemandangn kat luar,Subhanallah..sangat cantik!macam sakura yang kita tengok kat Jepun!


 nun di seberang sana saja sekolahku.teruk betul aku ni.sekolah dekat tapi tak pernah balik.bukan apa,takut nangis sorang-sorang rindu zaman persekolahan.-------------> tiba-tiba rasa sebak.tambah-tambah bila terpandang menara masjid sekolah dari kejauhan dan bila pandang jalanraya..dulu masa outing ngan kawan-kawan,keluar jalan kaki je...

 tak lepas peluang ambil feel

 oh.sebenarnya keluar pasar malam.teruja tengok kain pasang.beli kain cotton di atas ni.tapi hati jugak tertarik dengan sepasang kain warna silver.baju kosong kain berjalur.insyaALLAH,nak kumpul duit tabung untuk beli.hehe.sehingga Mac ni,aku dah buat 4 pasang baju kurung baru!

 dinner untuk malam ni,yong tau fu.makan sampai kenyang yang amat!

oh ya.aku dah topup kat pemenang kedua GA aku.kak azni.untuk kak iduraz pulak,esok akan dimulakan sesi mencari selipar bilik tu kat Alor Setar.pastu insyaALLAH akan dipos dengan kadar yang segera.










hopefully,satu hari nanti boleh kembali ke SMSAH dengan mengukir senyuman paling manis,berdiri di tengah padang sekolah dan jerit,DI SINILAH TEMPAT LAHIRNYA PEMIMPIN!

Tambah Duit Lagi dengan Ipanelonline.Sampai Bila Nak Sengkek?

assalamualaikum.

menemui semua readers-ku,semoga ceria-ceria selalu
saya percaya bahawa ada antara anda yang juga mengalami keadaan seperti saya,sengkek bila hampir penghujung semester atau ada barangan yang diidamkan tapi terpaksa dilupakan sebab nak guna duit untuk benda yang lagi utama.kan kan kan?


saya menemui satu kaedah menjana wang melalui survei-survei yang kita lengkapkan.kita akan dapat point selepas menjawab survei dan boleh tebus dengan wang atau barangan nanti.mudah je,alang-alang dah online tu,luangkan sedikit daripada masa anda untuk menjawab soalan dan kumpul duit.biar masuk sikit-sikit dari tak masuk langsung kan?

ramai yang dah daftar dengan ipanelonline.com ni.bloggers lain pun ada jugak hebahkan.maknanya,ni bukan skim cepat kaya atau sindiket haram atau apa-apa yang negatif yang terlntas di fikiran anda.hehe.bertindak segera.nak duit kan...


----------------> klik link di atas untuk mendaftar segera!


ps:saya bukan along,saya alang
    saya memang nak tolong,saya memang nak wang!

kita sama-sama suka wang!



Sungai Lui; Aizat, anda hebat!

assalamualaikum.

pernah dengar lagu Sungai Lui?to be frank,aku masa awal-awal dengar tu,aku tak tau tajuk dia Sungai Lui.sebab bila aku tengok tajuk dia sebelum-sebelum tu,aku ingatkan lagu Sungai Lui tu adalah lagu untuk bagi budak-budak PMR suka geografi ataupun lagu kempen kesedaran menjaga kebersihan.serius aku fikir macam tu!


pastu lama-lama,baru aku tau yang Sungai Lui tu liriknya macam ni..

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

melodi dia bagus.lag ni pun bagus.tahniah Aizat,karya anda memang terbaik!tengoklah semua lagu dia macam Kau dan Aku,Lagu Kita,Hanya Engkau Yang Mampu,Sahabat..semuanya terbaik!walau ada yang dicipta oleh abang dia,tapi Aizat tetap terbaik dalam membawakan lagu tu.

aku google-google lagi.oh.teruknya aku sebab tak tau Sungai Lui tu memang wujud!haish.geografi kena dipertingkatkan lagi ni!

Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.
Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapa sawit . Beberapa keping papan tanda menunjukan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf Haslam mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d' Haslam.------------->credit tu wikipedia.direct copy paste.hehe

baguslah.bukan macam sesetengah lagu tu.mengarut betul.langsung tak membentuk minda.tengok lagu ni,walaupun aku tak nampak apa kaitan tajuk dengan lirik (cikgu BM tolong terangkan!), atleast dengan mendengar tajuk dia,aku nak tau wujud ke tak Sungai Lui ni!


Pedih

assalamualaikum semua

awal betul aku update hari ni kan?actually baru lepas masukkan bahan dalam portfolio.semalam tertidur awal sebab penat hampir 1 jam setengah berkawad dalam hujan lebat bersama ahli Pandu Puteri yang lain.sangat penat.tapi nasib baiklah assignment yang kena hantar hari ni tu dah siap dari petang.kalau tak,mau pengsan aku pagi ni.

sambil mengemas fail yang nak bawak pegi kuliah hari ni,baru aku perasan yang novel A Place Called Here tu aku tak habis baca lagi.ada dalam 1 chapter je lagi kot.kesibukan dalam minggu ni buat hidup aku agak tak terurus.pastu belek-belek lagi.novel yang aku beli kat pesta buku dulu,A Fairytale About New York pun aku tak sentuh langsung lagi.takpelah.tunggu semua assignment habis dihantar minggu depan,aku mula baca balik.

dua assignment dah dihantar.ada 5 lagi menanti yang semuanya kena hantar minggu depan!

err.

mata aku makin mengecil.mungkin sebab tak cukup tidur dan power silau yang makin meningkat.kadang-kadang tak suka bila senyum sebab bila pipi tembam,dia akan tolak naik atas dan mata aku takkan nampak lagi.

---------------->padah mengata kat amirah samat dan syarni farida yang mata depa kecik kat sekolah dulu!

apa yang pedih?

oh.tengah pedih perut.lapar yang amat.harap-harap sempat nak pegi cafe beli breakfast.aku selalunya minum anlene je pagi-pagi.kadang-kadang kenyang kadang tak kenyang.tapi boleh la untuk mengalas perut kan?kenyang sangat nanti mengantuk pulak.

petang ni cadangnya nak keluar.nak beli cartridge.tadi print bahan tu,untuk biodata,habis muka aku warna hijau muda.tapi dek tak ada cara,aku masukkan juga dalam portfolio.haha

pastu mengidam nak makan yong tau fu la...oh.perut makin pedih!

March 23, 2011

Tips Memilih Jurusan yang Sesuai di Institut Pendidikan Guru

Assalamualaikum

tahniah kepada semua lepasan SPM 2010.walau apa jua keputusan anda,tahniah kerana berjaya melepasi waktu-waktu genting seperti waktu itu!
ada kawan-kawan aku sms aku,tanyakan pendapat tentang jurusan apa yang patut adik dia ambil kalau nak minta IPG.sebelum tu aku nak ingatkan,jangan letak IPG sebagai satu institusi pendidikan yang menjadi pilihan terakhir anda.jangan anggap IPG sebagai tempat pelajar kurang cemerlang sebab kalau tak salah aku,sekarang kalau nak mintak IPG,anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 6A.kalau tak salah aku la.lagipun sekarang IPG dah mengendalikan program ijazah perguruan yang nanti kalau korang ke sekolah,korang akan bermula sebagai guru sekolah rendah dengan gred DG41 yang menawarkan tangga gaji sekitar rm2500.00.


macam mana nak pilih jurusan yang sesuai?

1. pilih berdasarkan kelayakan

 kalau korang banyak dapat A atau at least B dalam subjek-subjek Sains macam Physics, Chemistry dan Biology,korang boleh mintak jurusan Sains.aku pun ambil Sains.masa kursus persediaan selama 3 semester tu, kita akan belajar ketiga-tiga subjek Sains ni sekaligus dan akan jawabnya dalam 1 paper masa tiapkali exam final setiap semester.silibus dia sama dengan silibus matrikulasi+SPTM.bagi aku,sangat tough!tapi bila dah masuk degree,setiap satu semester,kita hanya akan belajar 1 subjek Sains sahaja.contohnya semester 1 kita belajar Biology (sebagai subjek major beserta subjek wajib dan elektif).semester dua Chemistry,semester 3 Physics.silibus universiti la.

kalau korang dapat A untuk add maths dan maths,aku cadangkan korang ambil maths.hehe.mudah kan?kalau minat seni dan dapat markah bagus,boleh mintak jurusan Pendidikan Khas yang menawarkan subjek Pendidikan Seni Visual sebagai subjek major.kalau cergas sukan dan minat dan pernah mewakilkan diri ke peringkat tinggi,korang boleh mintak PJ.kesimpulannya,tengok result kita dan pilih ikut kemampuan.jangan nanti memberontak sebab dapat jurusan yang tak diminati,memberontak dan malas belajar macam aku.

2. pilih jurusan ikut minat.

macam aku dulu,aku sangat minat BI.aku mintak TESL dan Sains tapi aku dapat Sains.agaknya sebab aku dapat 3 je kot untuk pemarkahan antarabangsa tu.TESL kena dapat 1 atau 2 je ke?
kalau dah dapat tu,syukurla.sebab aku ingat lagi pengarah aku cakap masa orientasi dulu,"kamu semua patut bersyukur sebab dalam kalangan hampir 20,000 yang memohon,tak sampai separuh yang dipanggil untk temuduga dan hanya lebih kurang 2000 orang sahaja yang terpilih bagi mengikuti kursus perguruan lepasan SPM ni!

Alhamdulillah

serba sikit pasal IPG..kita akan dibayar elaun sepanjang pengajian kita ikut zon.maknanya,kalau duduk IPG kat KL ke,tempat-tempat yang sara hidup tinggi ke,elaun korang akan lebih la dari yang duduk Jitra macam aku yang harga kueteow goreng kat cafe asrama RM2.50 je sepinggan ni.masa kursus persediaan,kita akan dapat RM430,bersih,setiap bulan dengan yurang pengajian dan yuran asrama ditanggung.

bila dah masuk degree,untuk semester pertama setiap tahun,kita akan dapat rm4000++.jumlah ni merangkumi elaun alat tulis,elaun buku,elaun kerja kursus dan elaun SBE (pra praktikum sebanyak RM10 sehari).tapi jumlah asal aku tak dapat kenalpasti sebab ditolak yuran asrama.kalau tak duduk asrama,aku rasa dapat dalam RM4500++ kot.yuran pengajian ditanggung.tu jumlah bersih yang kita dapat setiap semester pertama tiap-tiap tahun.

kalau semester kedua tiap-tiap tahun pulak,kita akan dapat dalam rm3000++.clean.dah tolak asrama.kalau tak,dalam RM3500.

haha.ewah ewah..suka benar kau ye cakap pasal duit!haha.tu la amanah menjadi seorang pendidik sebenarnya.kita ditaja..maka janganlah kita sia-siakan amanah tu.juga berpesan pada diri sendiri..

okee.ada apa-apa soalan lagi?sebarang kemusykilan boleh reply comment di bawah ni.akan cuba dijawab sebaik mungkin InsyaALLAH.




March 22, 2011

Follower berkurang sorang lepas announce keputusan GA??

Assalamualaikum

Pelik pun ada.nak tergelak pun ada.lebih kurang 2 jam lepas sebelum aku announce pemenang GA yang aku anjurkan tu,bilangan follower aku adalah seramai 295 orag.tapi bila aku belek-belek balik,lepas 2 jam,berkurang sorang.

haha.follow aku sebab nak join GA ajelah ye?

ishk2..

kita ni satu komuniti..saling berkenal-kenalan..janganlah tak ikhlas sampai macamni sekali.bukannya marah,cuma terkilan.

kok ye pun nak unfollow,tunggu la at least sehari lepas announce tu...

haha.macam2

dan pemenang Qirah Isa 1st Giveaway ialah......

assalamualaikum

dengan kudrat yang ada pada saya,maka tibalah kita pada penghujung GA yang telah berlangsung selama sebulan.jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat bloggers yang sudi memeriahkan GA saya yang pertama ni.doakan rezeki saya murah,kita akan bertemu dalam GA atau contest seterusnya!

untuk keputusan malam ni, saya buat lucky draw.seramai 113 orang peserta yang join..penat nak tulis nama sorang-sorang..saya taip dan print. ------------> credit to paah sebab tolong gulung.hehe

hakim malam ni yang memastikan saya tak menipu dalam mencabut kertas ialah:

dari kiri: baby, moomoo
cepatlah cabut!!!

yela2!!hakim dah marah tu!

dan pemenang tempat kedua yang akan menerima hadiah topup sebanyak RM10.00 (maxis/celcom/apa2 aje) ialah...

 azni! http://mamaizzul.blogspot.com/2011/02/qirah-isa-1st-giveaway.html

tahniah2!

seterusnya,pemenang utama yang akan menerima sepasang selipar bilik yang comel (boleh request nak warna apa) ialah....

Iduraz!  http://iduraz.blogspot.com/2011/02/qirah-isa-1st-giveaway.html

tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik,jangan berputus asa..lepas ni kita jumpa lagi ye!

kepada para pemenang,harap dapat emel saya:

pemenang topup:sila nyatakan nombor telefon anda kepada saya
pemenang utama:sila nyatakan nama penuh,alamat anda,nombor telefon dan warna selipar yang diingini.insyaALLAH,saya akan cuba cari selipar tu dan pos secepat mungkin:)

shaqirah_blue90@yahoo.com

Apa Cerita Korang Masa Pegi Ambil Result SPM dulu?

assalamualaikum.
esok SPM 2010 akan diumumkan.teringat kisah tahun dulu-dulu masa aku kalut-kalut baru berapa hari balik dari PLKN tapi kena bergegas p sekolah sebab nak ambil result SPM.dengan muka burn dan berkilat..aku,Shiela,Didie ngan As pegi sekolah naik bas.bertolak awal pagi la jugak.tapi aku tak rasa berdebar.sebab dah expect agaknya.

takkanla budak malas belajar nak dapat straight A kan.haha.tapi aku frust yang amat sebab cikgu2 target aku dapat 9A - BM, BI, Maths, Chemistry, Sejarah, Engineering Technology, EST, Pendidikan Islam, ngan Physics.Alhamdulillah ada yang aku berjaya dapat A1..ada yang dapat B3 terus.haha.A2 takde langsung

hmm..haha.lawaknya bila diingat balik.

masa sampai sekolah tu,pakat berpeluk sakan!rindu..yelah.lagipun ramai yang dari jauh macam Selangor..Sabah..Johor..Kelantan..Terengganu..semua negeri ada kecuali Sarawak.pasni tak tentu jumpa lagi.tapi yang jauh-jauh tu ada aje yang tak datang

alhamdulillah.

ntahlah.result aku patutla dengan apa yang aku belajaq.haha.nyesal tak berguna.

ramai kawan aku fly..Mesir ada.India ada.Indonesia ada.Poland ada.Jerman,Jepun,Korea,America,England,Australia,Perancis,New Zealand..tahniah!korang memang bertuah

err.rasa nak teriak la pulak.bila la agaknya aku ada peluang further study kt oversea..

takpelah.buat adikadik Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,all the best!korang sure gempak punya!

*dulu aku selalu tertanya-tanya kenapa takde budak SBP yang muncul sebagai pelajar terbaik seluruh Malaysia.pastu baru aku tau,cane nak jadi terbaik keseluruhan kalau maksimum mata pelajaran yang boleh diambil masa tu cuma 12 sedangkan sekolah harian?
unlimited.


Kalau Bahagia,Memang Badan akan Berisi ke??

assalamualaikum
anggaplah statement tu ditujukan kepada aku yang sedang bertanya.haha
kes dia macam ni..sebelum kapel,berat dalam dalam 40-43kg aje.pastu dia mula naik,sikit sikit sikit sikit sejak kapel!sekarang jangan tanya berat aku berapa tapi cukuplah aku bagitau yang aku dah tak muat saiz S.haha.

pensyarah yang ajar aku masa foundation dulu tanya aku tadi, kenapa Shaqirah berisi sangat ni? aku tanya balik,obvious ke? dia cakap aha.tengah bahagia ke? aku gelak and cakap, yepp!haha. dia pon gelak and cakap, kalau bahagia takpe.haha

selalu sangat bahagia atau senang hati jadi alasan kenapa berat badan naik atau saiz badan bertambah!dah macam sesuatu yang tak best bila bahagia sebab kita kena korbankan sesuatu yang sangat diambil berat oleh perempuan iaitu tarikan fizikal!

kenapa agaknya ek?

aku pun tak dapat jawab adakah bila bahagia,selera makan akan bertambah meyebabkan kenaikan berat badan.aku macam tu ke?secara teori,mungkin tak dapat nak diterima sebab ada je orang yang frust badan dia naik sebab dia akan makan banyak untuk release tension!haha.dahtu,kenapa bahagia menyebabkan kenaikan berat badan??

http://www.smileycodes.info

secara saintifiknya,aku akan jawab:

hormon melonjak-lonjak.eksaited lebih dari biasa.yepp!hormon!

tinggalkan aku sekejap untuk berfikir.