Friendly Friends

May 7, 2014

Suami Bertanya, Untuk Siapa Kecantikan Itu?

assalamualaikum

buka Facebook, buka blog blogger cantik, tengok kawan-kawan yang pandai bergaya, badan langsing dan tinggi lampai, kulit halus mulus, hidung terletak, pernah tak terfikir, 'Kalaulah aku cantik macam ni...'

Belek pula diri sendiri.

Saya kira, ini naluri semula jadi perempuan. Kadang-kadang kita bukan nak berlawan untuk menjadi lebih cantik dengan makhluk sejantina dengan kita, cuma kita rasa lebih yakin bila kita rasa kita cantik. Betul tak?

Kalau tak, ubat kurus, ubat untuk memutih dan menghaluskan kulit, korset, kasut tumit tinggi dan selendang gaya terkini takkan mendapat sambutan dalam pasaran.

Macam tu dengan suplement Shaklee yang tengah trending sekarang. Hehe

Semalam, saya kira kemuncak perasaan nak jadi cantik menyerang saya. Tak tau la kenapa. Selain dari masalah kenaikan berat badan, jerawat pulak memercik di muka saya kebelakangan ni. Tipu la kalau tak kecewa.

Saya telefon suami. Mengucap panjang si suami mendengar repekan saya. 

'Nak cantik ke? Pernah tak abang merungut ayang tak cantik?'

Tidak.

'Dahtu, cantik tu untuk siapa?'

Bukan siapa-siapa. Hanya untuk keyakinan dan kepuasan diri.

'Dah kahwin ke belum ni?'

Sudah.

'Kalau macam tu, bukan ke kecantikan isteri hanya untuk suami?'

Terdiam.

'Seorang isteri, adalah milik mutlak seorang suami. Yang telah membayar mahar untuk memiliki isteri tu. Sama macam abang. Sama macam suami-suami lain. Selagi suami tak merungut dan tak minta isteri berhias, perlukah isteri rasa dirinya tak cantik sedangkan dia yang tercantik di mata dan hati suami dia?'

'Yang tercantik tu,  bukanlah sekadar di mata. Ayang dah cukup cantik untuk abang.'

Menangis.




dan yang memandang isteri dengan pandangan penuh cinta.