Friendly Friends

January 6, 2014

Kaitan Warna Kulit dengan Warna Baju

assalamualaikum.

hi brides to be out there! intro asyik sama je kan? hehe. tapi kalau korang b2b macam saya yang insyaallah akan bertukar status dalam masa sebulan dua ni, stress tu jangan cerita la kan? rasa macam serba tak sempat je. rasa macam nak yang perfect je. stress.

sobs.

kemarin saya dan Amir dan finalised bridal idaman kami. Perlis tak besar pun sampai pening nak pilih bridal mana. hehe. yang femes pun kalau kat Arau, Zaireen Bridal atau Airah Bridal. kalau Kuala Perlis, ada Firuz Bridal. kalau Kangar pulak, ada Anggun Saujana, Norsalela dan tu je saya sempat survey. hehe. tapi pilihan saya adalah Aisy Bridal yang terletak di Behor Pulai, berhadapan dengan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. serius murah! ce cari page dia kat facebook. nak share, baju saya dan Amir, bukanla baju baru tapi design baru la. jenis dress kembang macam princess pastu meleret belakang, sekali veil yang sooomeell dengan kasut dan handbouquet, RM400 je. murah kan? hehe

Alhamdulillah.

yang jadi masalahnya sekarang ialah saya rasa macam ada warna lain lagi yang sesuai dengan kami berdua. dan saya syukur sangat sebab tone warna kulit saya dan Amir hampir sama. taktau la nak cakap warna apa, tapi lebih kurang je la warna kami kecuali saya cerah sikit la dari dia. haha


ni gambar syok sendiri di Aisy Bridal tu semalam. saya confuse betul la.. apa warna yang sesuai sebenarnya dengan warna kulit saya? warna baju yang kami booked tu, warna gelap tapi terang. hehe. tak nak bagitau la warna apa tapi bukan baby blue ni la. tapi bila  balik rumah, saya rasa macam, eh pastel color macam ni pun okay juga. dah tu apa pun tak boleh!

ideas please ideasss

Menang Tempat Pertama GA dari Azmah Ahmad Wedding Decor & Events

assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki rezeki :) seronok sangat ni sampai melompat pi bagitau mak yang saya menang tempat pertama dari AAWD ni. yelah bukan calang-calang nama kan AAWD ni. Alhamdulillah dan terima kasih!


siap printscreen lagi. haha

saya rasa Puan Mila ni baru je update blog, tapi tak sampai 10 minit, dah dapat reply details dari saya. nampak sangat dok tunggu result je kan? hehe

Alhamdulillah.