Friendly Friends

December 26, 2013

Prosedur Ujian HIV Pra Perkahwinan Negeri Perlis

assalamualaikum

Alhamdulillah selesai satu lagi urusan. pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang tiga bulan je lagi untuk setelkan semua urusan. takut juga la tak sempat sebab dengar khabar, mula mengajar dalam awal tahun 2014 juga. kalau setakat mengajar di Perlis Kedah Penang Perak mungkin tak ada masalah. masih senang nak uruskan hal ehwal wedding ni sebab masih dekat dengan keluarga dan Amir. tapi kalau dibuatnya saya mengajar di Sabah Sarawak, jenuh juga la nanti. alang-alang ada masa, baik buat sikit-sikit dari sekarang.

alkisahnya, Klinik Kesihatan Kangar ni hanya menjalankan ujian HIV ke atas bakal pengantin pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Seelok-eloknya datang pada waktu pagi, bukan apa, senang sikit tak payah duduk lama. hehe. tapi yang tragisnya, saya pergi seorang. bukan dengan Amir. bila bagitau dia betapa rasa peliknya pergi buat ujian HIV seorang diri tanpa pasangan macam orang lain, ayat dia mudah je. dia cakap, "Kata bini askaq? Kena la tough, belajar berdikari. Abang bukan orang awam senang nak dapat cuti."

Ok. bini askaq kena pandai berdikari. padahal Medical Assistant (MA) tu dah senyum-senyum sebab saya pergi sorang diri. sobs

Apa laluannya untuk menjalankan ujian HIV ni? ok mula-mula, pergi dekat kaunter pendaftaran tepi pintu masuk klinik kesihatan tu. Nurse yang duduk kaunter tu akan bagi satu borang untuk kita isi, dan juga kena tulis nama dekat buku pendaftaran. Dia akan bagi nombor giliran dekat kita sekali. Lepas habis isi borang tu, duduk kejap, dan kita akan dipanggil. Saya dapat arahan untuk naik ke tingkat 1, bahagian pesakit luar. Masuk ke terus je serahkan borang kita kepada nurse yang tengah tunggu untuk check tekanan darah kita. siap tanya berat dan tinggi lagi. hehe. termalu sebentar nak reveal berat sebenar. hehe. lepas habis semua tu, duduk kejap je, dan nama kita akan dipanggil masuk ke bilik 7. rasanya semua sama je masuk bilik 7.

ni pun nak kena cerita. manner katanya. hehe. ok bila dah masuk bilik 7 tu, silalah greet MA atau doktor yang tengah tunggu kita. masa saya, dia tanya ni perkahwinan kali berapa? kerja apa? mana pasangan? saya jawabla baru cuba nak kahwin (??), jobless tapi tengah tunggu masa je nak jadi cikgu, lepastu pasangan saya sorang tu tengah kerja. tengah dok bersembang tu, dia mintak tangan. saya hulur la tangan kiri. tiba-tiba rasa sengal sangat kat hujung jari hantu. rupanya MA tu dah ambil sampel darah. haha

sakit ke?

saya tak suka sesuatu yang di luar jangkaan sebab saya tak sempat bagitau otak untuk terima sebarang level of kesakitan. haha. hakikatnya, tak sakit pun. kalau pernah derma darah, jarum dia bergandaaaa lebih besar dan panjang. tu pun tak sakit. ni sakit macam terkena ubat stapler tu je.

 
satu jalur maknanya negatif HIV manakala dua jalur maknanya positif. mula-mula tu blur sekejap. yela, kita kan selalu disogokkan yang positif tu baik belaka. haha


ada jumpa kesan cucuk tak? tak jelas kan? maknanya tak sakit la. hehe. jangan takut nak buat tau. Amir cakap, dia buat dekat Hospital Tentera dan depa guna jarum, cucuk di lengan. tapi dah askaqqqq kan, terima jelah. haha

jangan lupa simpan salinan ujian sebab nak submit sekali dengan borang nikah. dan paling penting, ujian ni hanya memakan masa kira-kira 15 minit keseluruhannya sejak masuk pintu hospital, hasil ujian boleh dapat masa tu jugak dan ia percuma! hehe












10 comments:

amalina afiqah said...

cik qirahhh, kenduri bulan 3 ea? hehe. kad kenduri jgn lupa pos kt aku. nnt aku alamat. ecceh, awal2 lagi aku da pesan. hee

Engku Muzahadin said...

Oh, nak kahwin dah. Best of luck in 2014 ;)

Beeha Shariff said...

Hi there, I recently published an article on my wedding dress which including baju nikah and reception. You and your readers might find it helpful. :) http://mrsbeehaericsson.blogspot.com/

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah tak lama lg..hihi

Isabel Diaz said...

Argh, takutnye. Tengok alat tu pun dah takut.

Qira said...

@malin

ayat klise aku kalau org mintak kad: kalau dah dapat kad tu, wajib mai la ehh. hehe

Qira said...

@engku muzahadin:

insyaallah. hehe

Qira said...

@kak yui

neves dah ni. haha

Qira said...

@isabel:

masa tu tak sakit pun. tapi lepas beberapa jam, sakit la jugak

i am S!L4H.. said...

salam kenal2 juga. =)
ohh tuan blog ni dah nak kawin ye.. tahniah~~~