Friendly Friends

December 26, 2013

Prosedur Ujian HIV Pra Perkahwinan Negeri Perlis

assalamualaikum

Alhamdulillah selesai satu lagi urusan. pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang tiga bulan je lagi untuk setelkan semua urusan. takut juga la tak sempat sebab dengar khabar, mula mengajar dalam awal tahun 2014 juga. kalau setakat mengajar di Perlis Kedah Penang Perak mungkin tak ada masalah. masih senang nak uruskan hal ehwal wedding ni sebab masih dekat dengan keluarga dan Amir. tapi kalau dibuatnya saya mengajar di Sabah Sarawak, jenuh juga la nanti. alang-alang ada masa, baik buat sikit-sikit dari sekarang.

alkisahnya, Klinik Kesihatan Kangar ni hanya menjalankan ujian HIV ke atas bakal pengantin pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Seelok-eloknya datang pada waktu pagi, bukan apa, senang sikit tak payah duduk lama. hehe. tapi yang tragisnya, saya pergi seorang. bukan dengan Amir. bila bagitau dia betapa rasa peliknya pergi buat ujian HIV seorang diri tanpa pasangan macam orang lain, ayat dia mudah je. dia cakap, "Kata bini askaq? Kena la tough, belajar berdikari. Abang bukan orang awam senang nak dapat cuti."

Ok. bini askaq kena pandai berdikari. padahal Medical Assistant (MA) tu dah senyum-senyum sebab saya pergi sorang diri. sobs

Apa laluannya untuk menjalankan ujian HIV ni? ok mula-mula, pergi dekat kaunter pendaftaran tepi pintu masuk klinik kesihatan tu. Nurse yang duduk kaunter tu akan bagi satu borang untuk kita isi, dan juga kena tulis nama dekat buku pendaftaran. Dia akan bagi nombor giliran dekat kita sekali. Lepas habis isi borang tu, duduk kejap, dan kita akan dipanggil. Saya dapat arahan untuk naik ke tingkat 1, bahagian pesakit luar. Masuk ke terus je serahkan borang kita kepada nurse yang tengah tunggu untuk check tekanan darah kita. siap tanya berat dan tinggi lagi. hehe. termalu sebentar nak reveal berat sebenar. hehe. lepas habis semua tu, duduk kejap je, dan nama kita akan dipanggil masuk ke bilik 7. rasanya semua sama je masuk bilik 7.

ni pun nak kena cerita. manner katanya. hehe. ok bila dah masuk bilik 7 tu, silalah greet MA atau doktor yang tengah tunggu kita. masa saya, dia tanya ni perkahwinan kali berapa? kerja apa? mana pasangan? saya jawabla baru cuba nak kahwin (??), jobless tapi tengah tunggu masa je nak jadi cikgu, lepastu pasangan saya sorang tu tengah kerja. tengah dok bersembang tu, dia mintak tangan. saya hulur la tangan kiri. tiba-tiba rasa sengal sangat kat hujung jari hantu. rupanya MA tu dah ambil sampel darah. haha

sakit ke?

saya tak suka sesuatu yang di luar jangkaan sebab saya tak sempat bagitau otak untuk terima sebarang level of kesakitan. haha. hakikatnya, tak sakit pun. kalau pernah derma darah, jarum dia bergandaaaa lebih besar dan panjang. tu pun tak sakit. ni sakit macam terkena ubat stapler tu je.

 
satu jalur maknanya negatif HIV manakala dua jalur maknanya positif. mula-mula tu blur sekejap. yela, kita kan selalu disogokkan yang positif tu baik belaka. haha


ada jumpa kesan cucuk tak? tak jelas kan? maknanya tak sakit la. hehe. jangan takut nak buat tau. Amir cakap, dia buat dekat Hospital Tentera dan depa guna jarum, cucuk di lengan. tapi dah askaqqqq kan, terima jelah. haha

jangan lupa simpan salinan ujian sebab nak submit sekali dengan borang nikah. dan paling penting, ujian ni hanya memakan masa kira-kira 15 minit keseluruhannya sejak masuk pintu hospital, hasil ujian boleh dapat masa tu jugak dan ia percuma! hehe












December 25, 2013

Kereta Kuda untuk Majlis Perkahwinan Anda?

assalamualaikum

teringin sangat-sangat nak naik kereta kuda. verangan super hebat nak jadi Cinderella of the Day. naik carriage yang dibawa oleh kuda gagah warna putih, dan 'Cinderella' ini memakai kasut putih ber-lace dan ber-ribbon turun dari carriage dengan kain meleret-leret sambil pegang bunga tangan.

sobs. 

harapan super hebat yang memerlukan bajet yang super tinggi.

bagi yang tinggal di negeri Perlis, saya cadangkan korang contact number phone ni; 019-5239988 untuk menyewa kereta kuda. tapi maaf la ek, saya copy number ni dari group Republic of Anak Perlis kat Facebook tu je, jadi saya tak perasan nama pemilik number ni. boleh contact beliau untuk further details. kalau tak salah saya, kereta kuda ni datangnya dari Sungai Batu Pahat. dekat sangat dengan rumah saya. lebih kurang 4 kilometer aje pun.

ni gambar yang dikirim oleh pemilik/pengusaha kereta kuda tu




maaf ye pemilik gambar. tumpang tempek gambar ni. hehe

bagu yang berminat, menurut beliau tu, harga sewaan adalah sebanyak RM800.00. hehe. disebabkan terkejut sangat, saya tak tanya la pulak RM800 tu untuk sepanjang hari ke, ikut jam ke, macam mana. kalau setakat RM80.00 tu insyaallah mampu lagi. banyak lagi nak guna duit untuk benda yang lebih penting.

tapi, memang best kan kalau dapat naik kereta kuda...

sobsobsobs

December 3, 2013

Giveaway by Mila Kamil

assalamualaikum brides to be out there!

jom kali ni kita join GA yang dianjurkan oleh Puan Mila kita, yang dia punya artwork semuanya superb! dari handbouquet, hantaran sampailah ke pelamin, semuanya tahap nafisa (baca: karya agung). hehe. bukan pujian kosong tapi kalau tak percaya, moh kita tengok artwork Puan Mila.

1. Handbouquet

Macam mana yang kita tau, handbouquet ni sangat penting untuk dipegang sepanjang majlis berlangsung. orang cakap untuk hilangkan nervous kita. betul juga tu. dan handbouquet ni penting sebagai mobile props untuk sesi fotografi dan sebagainya. kira macam selain dari bridemaid, handbouquet ni antara watak penting la dalam sesuatu majlis perkahwinan. bila dah jadi watak penting tu, mestilah kena berhias cantik-cantik juga kan? ni, saya bawakan seleksi pilihan dari  Azmah Ahmad Wedding Deco & Events yang merupakan karya Puan Mila juga :)


saya suka baby breath! gabung dengan roses memang combination yang terbaik. cantik kan?
 

dan ni pulak color combination yang comel untuk gegirl. kuning dengan pink. kalau tak salah saya, ni semua freshflowers; ada roses, carnations dan rosebuds. super cantik juga! semuanya 5 stars :)

2. Hantaran

Trend hantaran sekarang ni banyak guna fresh flowers. tapi harganya memang agak mahal berbanding artificial flowers. lagipun kalau pasangan tu negeri lain-lain, kena pulak menyeberangi beberapa negeri baru nak sampai negeri dia, jenuh juga la nak jaga. tapi cantik tu memang cantik, tak dapat dinafikan, kan? yang gubah sendiri ambil masa, jadi, Azmah Ahmad Wedding Deco & Events sekali lagi boleh membantu menceria dan menaikkan seri majlis kita nanti :)


tak tau nak kata apa dah sebab memang cantik!
 

err.. sebenarnya bukan setakat baby breath, hydreanga.. carnation...roses...lily...semua saya suka! bertambah suka bila tengok bunga-bunga ni digubah menjadi hiasan hantaran yang cantik. dan...paling teruja adalah.....jeng jeng jenggg pelamin!



3. Pelamin

sila tengok sini, sini, dan sini..

Puas dah tengok? 
tapi ni paling saya suka!


untuk yang suka concept minimalist, ini saya rasa pelamin terbaik untuk anda. nampak neat, clean, serene je. minimalist ni bagus juga tau sebab dia beri peluang untuk pengantin sendiri tonjolkan diri dan pakaian. thumbs up!

suci je kan? nak pakai baju warna apa pun boleh sebab warna pelamin ni dah 'suci'. memang cantik sangat dan speechless lagi dibuatnya
 

save the best for the last! 
sempurna.
beige + cream + champagne = perfection!

nak cakap apa lagi?
jomla join GA yang dianjurkan oleh Puan Mila ni ramai-ramai sebelum tarikh tutup dia sampai (22 Disember 2013)
Pemenang pula akan diumumkan pada 1 Januari 2014, maknanya ni untuk brides 2014 tau

Hadiah?
1st prize : RM300 voucher for HANTARAN deco 2nd prize : RM150 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial) 3rd prize : RM80 voucher HAND BOUQUET (fresh flowers/artificial)
 
Jom join di sini