Friendly Friends

October 8, 2013

Sekitar Kejadian Pasar Raya Runtuh di Bandar Darulaman Industri, Jitra

assalamualaikum

terkejut saya dengan berita ni. yelah, bangunan runtuh dalam jarak 1km dari tempat tinggal kita, sape tak ngeri kan? Pasar raya C-Mart ni baru je dirasmikan dalam tempoh 2 bulan ni, tapi dah runtuh. salah siapa agaknya? lepas ni mesti ada yang akan salahkan angin ribut atau hujan lebat yang kerap berlaku secara berterusan dalam seminggu dua ni. atau mungkin ada yang cakap, tu bangunan lama yang diubah suai semula menjadi pasar raya. mestilah tak berapa elok. kos pengubahsuaian kan tinggi. mungkin jumlah dana yang diperuntukkan tak mencukupi sebab tu bangunan tu tak kukuh.

apa alasan sekalipun,  keselamatan manusia harus diletakkan di tempat teratas. apa pun, syukur sebab waktu kejadian berlaku (sekitar 8-8.30 pagi), pekerja belum datang bertugas sebab pasar raya buka pukul 10 pagi.


dulu memang bangunan ni bangunan lama yang terbiar.  masa saya duduk SMSAH saya tak pasti pulak sama ada bangunan lama tu dulu ada fungsi ke, tidak. tapi awal tahun 2013 ni setelah 5 tahun saya di IPGKDA, dah mula nampak orang baik pulih bangunan.


siap nampak cerucuk-cerucuk besi kat dalam tu. tak salah saya, ni area kasut-kasut.
 

macam kena langgar garuda pun ada.
 

dan lagi.
 

orang ramai sampai jammed jalan tu petang  tadi.

nampaknya, pesaing pasar Yawata dah mula tunduk dan saya ramalkan, kebangkitan semula Yawata akan bermula mulai malam ni!

Laporan berita dari wartawan anda, Shaqirah.

hikhikhik :)

6 comments:

mamawana said...

Assalam,

Ketentuan Allah swt...

Vee Lea said...

Dahsyatnya, kak.. Baru 2 bulan kohhh dahh runtuh. Hmm. Syukur takda org kat situ waktu tu. Huhu.

NaZiRaH @ Ezyra said...

makteh akak keja situ, huhu, bahagian kasut, tak kol tanya dia pun..

Qira said...

@mamawana

waalaikumussalam. ya.. :)

Qira said...

@vea
tu la. terkejut akak dengar. tu yg terus melawat tapak tu

Qira said...

@nazirah

ce call tengok. insyaallah orgnya tak apa2 sebab tak mula operasi lagi tp bahagian tu mcm ranap teruk je