Friendly Friends

October 5, 2013

Review: Gravity

assalamualaikum

pernah terfikir bagaimana bentuk rupa Bumi dari ruang angkasa lepas? sekadar tengok gambar je rasa macam tak dapat nak bayangkan sangat kan? kadang-kadang, naik menara yang tinggi sekadar 1000m dari paras laut pun dah cukup buat kita terpegun, apatah lagi kalau kita di bawa mengembara ke angkasa lepas, melepasi lapisan-lapisan atmosfera Bumi.

kalau nak rasa feel berada di ruang angkasa melepasi atmosfera Bumi, saya cadangkan agar korang ke panggung wayang sekarang dan beli tiket untuk menonton filem hebat Gravity lakonan Sandra Bullock dan George Clooney ni!




filem ni berkisar tentang angkawasan-angkasawan, Dr. Ryan lakonan Sandra Bullock dan juga Matt, lakonan George Clooney yang sedang membaiki Hubble Space Telecscope di ruang angkasa. scene dia nampak real sangat, macam mana pemandangan diarahkan ke sekitar ruang angkasa dan menyuluh ke bumi, nampak macam kita yang terapung dan berada di atas. lagi real terasa bila filem ni ditayangkan dalam bentuk 3D.  

tragedi bermula apabila satelit Rusia meletup dan serpihan-serpihan satelit tu mengakibatkan pelanggaran telah berlaku. masa tu la Dr. Ryan terpisah dan 'tercampak' dari kawasan dia bertugas namun diselamatkan oleh Matt. masa diaorang ni kembali ke ISS (stesen angkasa), serpihan satelit tadi kembali menyerang dengan kelajuan beribu-ribu kilomater sejam, jauh lebih laju dari kelajuan peluru. dalam pada masa ni la Matt dan Dr. Ryan kembali terpisah menyebabkan Dr. Ryan terpaksa mencari jalan sendiri untuk pulang ke Bumi yang terletak 300km nun di bawah. masa ni, angkasawan-angkasawan lain dah terkorban menyebabkan Dr. Ryan terpaksa sangat tabah untuk mencari jalan pulang walaupun dia tak pernah memandu kapal angkasa. dengan bekalan oksigen yang makin berkurang, bahan api yang berkurang serta terputusnya komunikasi dengan orang lain, mustahil tak untuk dia kembali ke Bumi?

Apa yang berlaku seterusnya? sila tonton sendiri. hehe. tapi saya jamin yang korang takkan menyesal beli tiket Gravity ni, tambah-tambah lagi kalau korang ada basic astronomy atau berminat untuk mengetahui situasi nun di atas sana.


setting Gravity ni berlaku di ruang Thermosphere, iaitu dalam ruang antara Mesosphere ke atas. jaraknya adalah kira-kira 300km dari Bumi, dan menyamai namanya iaitu Thermo (haba panas), ia adalah lapisan yang sangat panas. di sinilah satelit-satelit mengorbit, kejadian aurora berlaku dan juga lapisan yang mana meteor terbakar akibat panas dan bergeser dengan udara berlaku. 

dengan menonton filem ni, kita terasa macam kita yang terapung. lepastu, kan filem ni ditayangkan dalam bentuk 3D kan, masa bolt terapung dalam satu scene tu, saya pun sua tangan saya ke depan untuk tolong sambut. 3D katakan. haha. sangat real! masa Dr. Ryan menangis pun air mata dia terapung, saya jugak tolong hulur tangan ke depan nak tangkap air mata terapung tu. entah apa la penonton belakang saya fikir. tapi yang paling best bila scene serpihan satelit Rusia terbang, dengan kita-kita sekali menjerit sebab serpihan tu menuju ke arah kita!

berdebar rasanya.



4 comments:

Isabel Diaz said...

Nak tengok jugak. Hihi.

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm best ja citer ni.

Qira said...

@isabel

sila sila. takkan kuciwa punya :D

Qira said...

@nuyui

best. mcm kita pulak terapung di sana :)