Friendly Friends

October 19, 2013

Resepi Ikan Seludu Masak Cuka

assalamualaikum

dah muak makan daging, jom kita cuba resepi berasaskan ikan. tapi ikan sekarang mahal. abah beli ikan seludu ni seekor RM30. tak la besar pun. eh, korang panggil ikan seludu jugak ke? tak tau la pulak saya kalau tempat lain namanya lain

jom semak resepi!

Bahan-bahan yang diperlukan:
Beberapa blok ikan seludu. boleh je digantikan dengan ikan lain
2 inci halia
5 ulas bawang merah, dibelah dua
6 ulas bawang putih, dibelah dua
1 sudu besar cuka makan
1 sudu teh halba campur
1 sudu teh jintan manis
1 inci kulit kayu manis
5 biji cili padi, dibelah dua
sedikit air
gula dan garam secukup rasa.

Cara Memasak:
1. Ikan dibersihkan, dan digoreng. tak perlu terlalu garing.
2. Ketepikan ikan, tumis halia, halba campur dan jintan manis serta kulit kayu manis sehingga naik bau.
3. Masukkan ikan, balik-balikkan ikan tu
4. Masukkan cuka dan bawang yang telah dihiris tadi
5. Masukkan cili padi. kalau tak tahan pedas, boleh masukkan cili kering ya. 
6. Masukkan sedikit air kalau nak kuah dan perasakan dengan gula dan garam.

Siap!


Kurang berkuah, tapi sedap. Boleh lagu tu? haha

1 comment:

JaSSNaNi said...

ikan seludu? festime dengar ni.. macam mana rupa ikan tu ek? saya suka makan masak cuka.. memang sedap sangatttt..