Friendly Friends

October 29, 2013

Resepi Daging Masak Ros

assalamualaikum

semenjak dua menjak ni, kalau keluar makan, mesti akan order tomyam ayam, daging masak merah atau masak ros, dengan telur dadar. tapi masa memasak pulak, dalam banyak-banyak masakan, saya sekali pun tak pernah masak daging masak merah ni. sebab kalau ada daging je, mesti buat gulai campur rebung. takpun masak asam. takpun daging hitam. atau sup. atau bakar berempah. tapi kali ni rasa nak try juga buat masak merah, dan ni hasilnya. Alhamdulillah, not bad untuk percubaan pertama sebab yang paling penting, juri-juri amatur dan profesional kat rumah cakap sedap :)


Bahan-bahan:

Bahan A
7 biji cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Belacan sebesar ibu jari
Asam jawa kira-kira 1 ibu jari

Bahan B
1kg daging 
1 inci halia
5-7 batang kacang buncis atau kacang panjang
Lobak merah
3-5 helai daun limau purut
3 biji cili padi sebarang jenis cili hidup
Gula dan garam secukup rasa
Pewarna sirap

Cara Memasak:

1. Kisar semua bahan A sehingga hancur. 
2. Tumis bahan kisar dengan halia yang telah dimayang halus
3. Masukkan daging dan gaul sebati. Saya rebus daging terlebih dahulu baru masukkan daging dan air rebusan dalam langkah ketiga ni.
4. Masukkan sayur-sayuran bila daging dah empuk. Untuk cepatkan kadar empukan tu, masukkan gula tetapi dilarang keras masukkan garam sebab takut daging liat dan lambat empuk
5. Masukkan daun limau purut yang telah dikoyakkan.
6. Titiskan pewarna sirap ke dalam masakan, jangan terlalu banyak takut merah sangat, scary pulak rasanya.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Siap!



 dan petangnya, marilah kita bawak bekal balik Kedah. pink untuk saya, purple untuk Amir :)

p/s: kalau tak rajin sediakan cili kisar, boleh ganti terus dengan sos cili. jauh lebih mudah :)
 

11 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ALLAH sedapnya tgk..

yui dah emel mklumat pd sponsor ya..

dah terima tlg inform yui ya..tq =)

Isabel Diaz said...

Nice sharing sis

CrazyHorse said...

persediaan hbs2san ni nak jadi wife org...hahaha...

EZAN IDMA said...

comelnye bekas! hehe

Dhia Dirham said...

macam sedap je

nanakimie said...

wah,siap bawak bekal untuk si dia lagi ye:)

Sofinah Lamudin said...

macam sedap pula... hehe..salam kenal.. baru saja datang blog awak dan follow :)

btw,

umur kita sama :)

Rosmiza Ali said...

Salam.. Datang singgah ke blog sponsor dari "BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD anjuran Ejulz.. Previously followed here.. ^^,
http://miezashaklee.blogspot.com

Mama Darwiish said...

emmmm terluir la pulak

Zuraidah Butang said...

sedapnyeee...rasa nak makan screen ni..hehe

tenku butang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 878
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/