Friendly Friends

October 20, 2013

Pernah Makan Macam Ni?

assalamualaikum

Suka makan asam boi tak? kalau orang utara, kami panggil asam ko. hehe. saya suka sangat-sangat! in fact, saya suka asam dan jeruk. Haritu Amir cakap, masa kecil, dia pun ketagih sangat asam ko. tapi cara dia makan pelik sikit. lepas tu buat terkejut pulak bila saya cakap saya tak pernah makan macam tu. beria dia cakap, 'Ha?? tak pernah makan?? eh, masa kecik-kecik kan kita selalu buat macam tu."

Eleh, macam la kita membesar sama-sama.

Ni cara makan dia. saya pun cuba la. gigih cakap sedap sangat kan?


bahan utama adalah limau kasturi, pisau (saya guna cutter. nama pun student) dan asam ko
 

limau kasturi beli kat Mydin, 14 biji RM0.47 sahaja. lepas ni kalau tak habis makan, hiris, lepas tu rendam dalam air suam dan rendam kuku. untuk mencantikkan kuku katanya.
 

asam ko. asam sekarang pun dah mahal. ada lagi ke asam RM0.20? dulu masa saya sekolah rendah, tiap kali rehat habis kelas petang, saya akan ke kedai Kak Yam, beli aiskrim milo Malaysia 5 batang, sebatang RM0.10 dengan asam ko 5 plastik, seplastik RM0.20

Sekarang, nak jumpa RM0.50 pun susah
 

ok, caranya kita belah sikit limau kasturi kita. lepas tu kita tonyohhh kuat-kuat asam ko tu dalam limau kasturi. lepas tu apa lagi, slurrppppp sedut la asam ko berkuahkan limau kasturi! hehe

rasa? boleh tahan la. kenapa la budak mata kecik tu suka sangat. tak beza sangat pun, ada ke tak ada perahan limau tu, rasa dia sama ja. nampaknya, kalau kita kenal dari kecil, mesti kita tak kawan sama-sama. haha

pernah makan tak? hehe
 

2 comments:

Vee Lea said...

Tak pernah lagii. Tak minat asam punn XD

Muni Izzah said...

Pernah je.. sejak kecik lagi selalu makan mcm nie.. tp kteorg mkn dengan asam boi warna oren tu.. ;)