Friendly Friends

October 4, 2013

Masquerade Dinner: Grand Dinner PISMP IPG Kampus Darulaman Cohort 4

Assalamualaikum

Kemain panjang tajuknya. Saya sebenarnya baru je balik dinner terakhir saya sebelum menamatkan pengajian dan tunggu masa posting ke sekolah yang entah di mana. nampak tak terujanya saya? lepas cuci muka je terus rasa nak share kemeriahan malam ni dengan korang!

layan gambar dulu ya


ni baju dinner saya. beli jubah princess cut kosong lepas tu jahit sendiri lace. sebenarnya ada buat beadings jugak tapi lepas jahit beads kat tangan kiri, saya rasa malas nak sambung sebelah kanan. terus tanggal semula yang ada di sebelah kiri. hihi.
 

alang-alang dah baju merah menyala, saya pun apa lagi. over confident pulak pakai lipstick merah. haha. ni awal lagi ni. tak tanggal lagi lipstick. ni gambar saya dengan rakan sejawatankuasa, Adibah.
 

ni pulak Alin. bakal pengantin dalam masa terdekat. hakikatnya, saya berniat nak beli tudung satin sebijik macam Alin tapi Rapeah dan orang jual tu cakap, ambik yang glitter okay kot sebab malam kan. nasib baik jugak. kalau tak, mesti dah kembar dengan Alin. hehe
 

oppss maaflah Syu. gambar kita blur pulak. haha. ni dah Puan naa.
 

saya suka gambar ni sebab saya berjaya tunjuk cincin dengan jayanya! yeah. itu saja
 

ni Hafizah. antara kawan baik saya sejak mendaftar di sini. kebetulan sama-sama merah kita malam ni
 

Rapeah, saya, Kak Madi dan Kak Nisa. kami serumah dulu tapi sekarang pakat pindah masuk hostel. haha. Ana takde dalam gambar
 


ni Lina, classmate saya. suka tengok baju dia sebab warna pastel. :)
 

Rapeah again, saya, Azuan dan Fizah. budak bertiga ni dulu schoolmate 
 

si lemah lembut Ain, si ...... Rapeah, saya dan si Joker Fasihah. rakan sepraktikum dulu
 

nak tergelak tengok gambar ni! ni gambar saya senyum paling tulus ikhlas. 
 

dengan Kak Ifah, classmate saya. dia cantik pakai shawl sebab bentuk muka dia tecik :)
 

me and my classmates!
 

Haizum. ayu semacam je macam ni. hikhikhik. tapi tak sempat puji dress hang lawa.
 

whats on my face? bedak arab yang ehsan Rapeah, eyeliner dari Azryn dan the so called makeup was done by Azryn. thanks sis! :)

 

dengan Pushpa. dia ni dulu waktu kelas BM, suka duduk tepi saya
 

Ustaz Syafik dan Ustazah Adibah. pasangan muda dari kelas yang sama. baru berkahwin pada Mei atau Jun lepas agaknya, tak ingat. 
 

saya tingggiiiii! 
 

dengan tuniang yang datang hantar dan datang jemput sebab saya kan AJK, kena pi awal. dia la berkorban masa. thank you abang!

psst, saya paksa dia pakai baju merah untuk bergambar. haha
 

ni bakal pengantin juga. bertunang dengan classmate saya. 
 

dan akhir sekali,bergambar dengan Encik Zuhairi, pensyarah Jabatan Pengajian Melayu yang suka sangat tegur badan saya naik. katanya, 'Saya ajar awak 3,4 semester. takkan la tak perasan.' yang tragisnya, dicanang rata yang Shaqirah ni dulu kecik aje. tapi sekarang....?

Alhamdulillah saya lega sangat dinner dah habis. dan lega segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah majoriti menepati tema yang ditetapkan dan semoga ukhwah kita berkekalan insyaAllah

7 comments:

Vee Lea said...

I like that dress, Vee sukaaaa long dress <3

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik2 semua..

Zainun Ismaon said...

dah nak abeh dah kan.. hehe

M-lina said...

wahhh!gojesnyeww semua!

Qira said...

@vea
sekarang murah je nak dapat dress labuh kan? hehe

Qira said...

@nuyui:
kami tak pernah buat dinner. sekali farewell dinner. memang pakat melaram la. haha

Qira said...

@lina:
awok nanti pn sama :D