Friendly Friends

October 6, 2013

JJCM: Western Food di Citarasa Titi Gajah Siri 2

assalamualaikum

semalam saya cakap kat Amir, kalau nak boost semangat saya nak diet, belanja makan steak dulu, baru saya akan semangat. hari ni lepas Zohor tadi, kami ke Pikom yang sedang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, lepas tu singgah Tesco, beli bawang putih 3 kilo. sekilo RM1.99 je tau! saya pun suruh dia beli sekali, bawak balik untuk mak dia kat kampung. mula-mula dia tak nak, tapi lepas saya yakinkan yang RM1.99 sekilo tu murah, dia pun turun padang sama mengelas bawang putih untuk dibeli.

wow! teraturnya bahasa saya. hehe

lepas habis beli bawang putih 3 kilo, anggur, sushi, ayam goreng, plastic container dan bekalan lain, dia pun bawa saya ke Citarasa Titi Gajah untuk makan steak! yeaah. seronok dan tak sangka sebab orang tu take serious apa yang kita cakap. sebenarnya, ni kunjungan kedua saya di sini selepas kunjungan pertama hari tu. Siri 1

untuk yang nak tahu, Citarasa Titi Gajah ni terletak berhadapan dengan Hotel Tabung Haji yang mana hotel ni pula terletak di tepi persimpangan jalan menuju ke lapangan terbang Sultan Abdul Halim. senang je nak cari. kalau dari Jitra, jalan terus je menuju ke Kolej Tentera Udara, belok kanan, jalan terus je sampai jumpa hotel ni. seberang jalan nun adalah Citarasa Titi Gajah dan sila buat pusingan u.
 

boleh pilih nak makan kat dalam atau luar. tapi sekarang kan musim hujan, tak dapat nak feeling ala-ala taman kat luar. masa kami sampai pun hujan lebat sangat.

Ambil hati: letak gambar orang belanja dulu :)

Amir cakap, gelas air macam takar dalam cerita Sang Gagak yang dahaga tu. yang masukkan batu dalam takar untuk minum air yang cetek dalam takat tu.

Bijak si Gagak tu kan. 
terima kasih juga sebab ingatkan saya. dah lama tak dengar cerita rakyat dan cerita kanak-kanak.

laici ada 5 biji kat bawah tu. harga se'takar' ialah RM1.80. bagi saya murahla sebab ada tempat kat Jitra ni jual air laici segelas RM2.50. laici pun ada 3 biji je

Appetizer:  mushroom soup with bread. tapi saya agak frust sebab dia bukan garlic bread kesukaan saya. ia hanya seketul roti yang disapu mentega, dibakar dan ditabur sedikit gula halus. nasib baik la roti lembut. tapi muhsroom dia sedap sangat. terasa banyak hirisan-hirisan kecil mushroom di dalamnya. lebih sedap dari mushroom soup Pizza Hut. 

Harga: RM5.80


Amir punya chicken chop. saya suka presentation dia yang masukkan blackpepper gravy tu dalam bekas lain. kebanyakan tempat dituangkan terus je atas ayam sedangkan pelanggan tak semestinya makan on the spot. dapat pelanggan yang suka snap gambar macam saya ni, alamat kembang la breadcrumb yang salut ayam tu. thumbs up!

ayam dia pun ok, tender and still juicy. tak terlalu keras dan tak terlalu lembut. tapi sini tak letak coleslaw macam kebanyakan tempat. cuma dihidangkan bersama kentang goreng dan hirisan salad segar, tomato dan timun.

harga: RM15.80

ni blackpepper steak saya. saya memang lebih gemarkan daging merah berbanding daging putih, yang hakikatnya berlawanan dengan cara pemakanan yang sihat. sepatutnya kena lebih banyakkan pengambilan daging putih, antaranya ialah ikan dan ayam. ye ye saya tahu fakta tu tapi saya janji lepas ni saya kawal. hehe

blackpepper steak ini saya bagi 5 bintang sebab portion dia besar. rasa pun not bad, 4 bintang. dihidangkan bersama sayuran yang dicelur macam lobak merah, jagung, kubis bunga dan brokoli, daging yang diberi juga banyak. tender dan juicy macam ayam tadi juga cuma terasa kurang ummphh sikit bila digandingkan dengan gravy dia. terasa macam ada kurang sesuatu. macam agak tawar. tak cukup rasa. tapi habis tetap habis. haha

harga: RM15.80 

muka macam terpaksa makan je tapi hakikatnya mestilah tidak!

keseluruhannya, berbanding kedatangan saya kali pertama dulu, servis kali ni jauh lebih cepat. baru je letak punggung dah ada pelayan hulur menu. dalam dua minit order air, air dah sampai. dalam 10 minit ke 15 minit kemudian (atau kurang), kesemua order dah ada atas meja. 

untuk yang nak cuba, sila ke Citarasa Titi Gajah. bukan setakat western food, local food pun ada cuma saya tak pernah cuba lagi. 

:)

No comments: