Friendly Friends

October 5, 2013

Grammar Pedantry Syndrome (Sindrom Suka-Baiki-Grammar-Orang)

assalamualaikum

pernah tak dalam hidup korang, korang ada kawan yang suka sangat tegur korang bila korang sengaja atau terbuat kesalahan dalam grammar / tatabahasa? ada tak? annoying tak? hehe. annoying sangat ke?

saya adalah antara individu yang mengalami sindrom ini.

hmm.

kadang-kadang, bukan niat nak memalukan orang tu, tapi automatic tau (bela diri hihihi). automatic rasa nak betulkan tatabahasa orang. walau pun terdetik yang dia ni mungkin ter-typo, tapi saya rasa perlu untuk saya bagitau dia benda yang betul. tragis kan sindrom ni? tapi bagus juga tau sindrom ni sebab mata saya cepat 'tangkap' kesalahan bahasa seseorang tu. 'kelebihan' ni la yang selalu digunakan oleh kawan-kawan untuk minta saya semak semula esei diorang. hehe

sindrom ni tak berbahaya pun. kalau bahaya, rasanya di sini bukan tempat saya sekarang. tapi sindrom ni boleh menyebabkan orang lain rasa annoying, tu je. haha. sindrom ni juga dikatakan ada kaitan dengan genetik, macam mana kita tengok ada sesetengah individu mengalami masalah kesukaran berbahasa, sindrom ni pulak terbalik sebab 'penderita'nya mengalami masalah terlebih berbahasa. tak la nak cakap dia ni sempurna dari segi bahasa dia tapi memang dia takkan duduk diam la kalau tengok ada orang yang mengalami gangguan dalam tatabahasa ni.

pengalaman peribadi saya, kalau kawan-kawan sekolah menengah dulu mungkin dah tahu perangai Shaqirah tu. si kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bergerak tu. sebab tu kawan-kawan sekolah menengah saya faham sangat kalau saya ke sana ke mari betulkan tatabahasa diaorang. konon pencinta bahasa sangat la. ada kaitan ke? haha. tapi saya memang tak boleh terima kalau ada individu yang sengaja menggunakan bahasa 'gedik' macam ni:

"Shaye rase shaye tantekk la. shebab shaye tantekk, awark chayunk shaye tak?"
"Titew chayunk awark la. Awark jew yang titew chayunk. Nanty titew nak tawen dengan awark auu."

Sumpah sakit hati.
Tapi kalau ada kawan buat macam tu dekat saya, layankan je. tapi bila balas guna bahasa yang sama, diaorang pulak yang akan terkejut dan cakap, "Aku geli la Qirah cakap macam ni."
= , =

Kalau eja macam tu, jangan saya, rasanya ramai je sakit hati. nak tunjuk tanjew awark tu bertempat la sama ye dik. aduh. nasib baik la saya cikgu sains. kalau la saya ni cikgu BM, rasanya makin kritikal sindrom ni. 


my bad. sorry Fahana. :(

tak nak print screen banyak-banyak. nanti nampak macam saya jahat. niat di hati hanya yang membela diri, nak bagitau yang sindrom ni wujud, bukan saya sengaja ada-adakan. maaf.

hehe (tiba-tiba gelak jahat)

6 comments:

Vee Lea said...

Samalaahhh kita sbenarnya :)

Isabel Diaz said...

Hahah, saya tak adalah seberani tu. Just betulkan grammar sendiri adalah.

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

Qira said...

@vee lea
masalah besar ni, masalah besar ni. haha

Qira said...

@isabel:
masalahnya kuman seberang laut nampak.. grammar sendiri tak nampak. haha

Qira said...

@tetamu istimewa
waalaikumussalam..