Friendly Friends

October 1, 2013

Give Away Set Kurus/Diet Shaklee

assalamualaikum

lama jugak saya tak join GA atau contest yang dianjurkan dalam blog ni. bukan apa, budak semester akhir katakan. hehe. nak blogwalking tu pun kena fikir banyak kali tapi disebabkan saya dah submit full report kepada SV pagi tadi, yeahh mari berkomited semula dengan blog. 

tengok trend sekarang banyak orang consume Shaklee sebab dia ada banyak set untuk kesihatan. ada set slimming, ada set mengandung, ada set bersalin dan ada set kesihatan kulit. ni saya sebut setakat saya tau jela. tapi saya rasa ada lagi. classmates saya pun pakat giat ber-Shaklee. cikgu-cikgu kat sekolah praktikum saya dulu pun ber-Shaklee. tapi rasanya cikgu-cikgu ni ramai consume collagen untuk kecantikan kulit. saya tertarik sebenarnya, tapi fikir banyak kali sebab fuluss nipiss.

tapi,

Ummu Hafiey ada anjurkan GA dan hadiah dia sangat lumayan iaitu Set Kurus/Diet/Slimming Shaklee! hehe. dah lama saya jumpa GA di blog Ummu Hafiey ni tapi saya bookmark dulu sebab tak sempat nak join. hari ni baru sempatkan diri. nasib baik tarikh tutup GA ni ialah pada 10 Oktober nanti. Ada masa lagi kalau korang nak join sama :)


Klik banner untuk ke blog Ummu Hafiey.

Kenapa saya join GA ni?

1. Sebab saya ni bakal pengantinngg yang 'comel' sangat. ada 6 bulan lagi untuk prepare dan selimkan badan yang naik bagai dipam. Err... dalam 5 tahun, saya naik almost 25kg. tunang saya kenal saya masa saya tecik dan saya harap dia kawen dengan saya dengan saiz tu juga.

2. Sebab saya ni student lagi yang kais pagi makan pagi. alahai sedihnya. tapi dalam masa mengais tu, banyak juga makanan saya jumpa. sadis betul hidup ni. tak mampu nak beli supplement. ada orang nak bagi free, kita cuba la :)

3. Syarat GA ni mudah sangat! boleh ke blog akak kita untuk view dan join.

Untuk pengetahuan, Lecithin ni fungsi dia adalah untuk memecah lemak dan kolestrol degil dalam badan dan Alfafa Complex pula adalah untuk menyingkir lemak dan kolestrol tadi serta ia turut mengandungi seponin yang bertindak seperti span untuk menyerap kolestrol.

kalau berminat untuk mendapatkan set Shaklee ni boleh contact akak Ummu Hafiey kita ya.

Jom jom jom join! :D




No comments: