Friendly Friends

October 22, 2013

Cadangan Hadiah Kahwin

assalamualaikum

saya dapat idea nak menulis pasal ni masa saya dalam usaha nak hunting hadiah perkahwinan untuk kawan-kawan saya. susah juga. balik-balik idea sama. jadi, di bawah ni saya senaraikan idea hadiah yang boleh korang pertimbangkan. sebenarnya, saya sebagai bride to be terasa-rasa macam memang hadiah ni best pun. haha

1. Pemanggang ajaib


credit: pemanggang-ajaib.com

bagi saya, hadiah pemanggang ajaib ni adalah sangat praktikal. kita bayangkan ye, orang tu baru kahwin. nak beli periuk belanga banyak-banyak memang satu hal, nak cari port memanggang atau membakar ikan, daging, ayam dan segala macam tu satu lagi hal. bagi pemanggang ajaib kan senang? tak susah dia memikir nak beli periuk belanga pemanggang pengukus semua dalam satu-satu masa. semuanya dalam satu. kalau dia duduk rumah flat/ pangsapuri/ apartmen atau apa saja jenis rumah yang tak ada halaman rumah, jenuh nak cari sabut tempurung arang nak membakar ikan semua tu, alamat asyik membeli je la kalau teringin nak makan. hadiahkan satu, mesti dia suka. hehe. (saya pun sukaaa)

range harga dalam RM40.00 ke atas

2. Mini Sewing Machine


versi lebih murah
credit to Google
 

versi lebih mahal
credit to Google

zaman sekarang, orang nak mudah je. tapi tak salah kalau nak mudah asalkan nak buat. kalau ada benda tapi tak buat pun susah jugak kan?

gambar pertama yang macam stepler tu, saya pernah tengok kat pasar malam. harga dalam RM9.90 satu. untuk basic usage, setakat boleh 'stapler' baju. mungkin sangat membantu ketika baju terkoyak. masukkan benang, dan stapler. idea yang bernas, kan?

untuk yang kedua pulak, saya pernah tengok kat Tesco. harga dalam RM60.00-RM80.00 macam tu la. kalau saya dapat hadiah ni mesti seronok sangat. sebab mungkin ada masa, terasa macam nak jahit sarung bantal sendiri. nak jahit langsir simple-simple setakat nak boleh dan setakat nak buat baju kelawar sendiri tu mesti tak ada masalah. orang yang tak ada basic menjahit pun rasanya tak susah nak handle mini sewing machine ni. hadiahkan satu pada pengantin, mesti dia seronok sebab membantu ringankan kerja rumah dia.

hint: saya suka warna merah jambu. haha

3. Jambangan bunga

jambangan bunga ni macam dua dalam satu. macam kita tau, orang selalu bagi jambangan bunga sebagai tanda tahniah, macam masa konvo kan? jadi, kalau kita bagi jambangan bunga untuk pengantin, selain sebagai tanda tahniah, dia boleh hias rumah dia nanti dengan jambangan bunga tu. gantung je kad ucapan sekeping kat bunga tu, buat sebagai hadiah :)


credit to flicker.com

saya rasa lebih baik bagi artificial flowers berbanding fresh flowers sebab artificial lebih tahan lama, kecuali berdebu kalau tak dibersihkan. kalau pandai gubah sendiri, beli je bunga pasu span kat kedai. tapi kalau tak rajin dan kurang kreatif, beli je yang dah siap. range harga dalam RM20.00 ke atas insyaallah dah dapat

4. Apron comel

walaupun tak berapa mahal, tapi hadiah ni mesti buat pengantin senyum. comel sangat! mesti lepas ni dia lebih rajin ke dapur. haha


credit to kec-contentedme.blogspot.com


credit to www.thegoodiegirls.com

 
 credit to daisyshoppe.com

kalau dah nak jimat sangat duit, ada je apron harga RM2.50 yang jenis plastik macam orang kerja kedai makan tu pakai. nak nampak macam best sikit,buat macam hamper. ada apron, senduk dan sudip. senang kerja kita :)

apron comel ni saya rasa, harga bermula dari RM25.00

antara lain, korang boleh hadiahkan set pisau, set sudu garfu, microwave, rice cooker, frying pan, buku resepi, coffee maker, bantal couple, set gelas, set cawan, dua pasang selipar bilik, toaster, dan jugak tong gas! haha. tapi yang paling penting adalah keikhlasan semasa memberi hadiah. kalau tak bawak hadiah pun orang tak cakap apa pun. tapi kalau dah kawan kita, rasa tak seronok berlenggang je kan?

7 comments:

Azhafizah Md Nor said...

sangat pratical hadiah pemanggang ajaib tu sebab masa sy kahwin dapat hadiah pemanggang ajaib..senang keja memasak :) yang apront u bagus juga..memberi semangat memasak gitu.

Humairah Jimat said...

apron tu comel!=)

S. Faezah said...

kalau dpt no1 n no2 kan best..huhu

CrazyHorse said...

mak aku ada pemanggang ajaib tu...curi2 pkai kadang2

Vee Lea said...

I like that apron!

MAT NOR said...

Cousin wife 2 org wedding serentak. Dua hadiah kena sediakan. Wife aku buat mcm hamper jer... senang dah tau apa yg dia bagi. Xdela pengantin tak sabar nak buka hadiah... pandang dari luar dah tau hadiahnya...

Nurin Hawa said...

Hihi..sy suka bagi hadiah kahwin berbanding duit terutamanya buat kawan-kawan..

kalo kawan yang betul2 rapat.. beli yg mahei sikit..hehee..