Friendly Friends

September 17, 2013

Tips Naikkan Berat Badan (Tips on Gaining Weight)

assalamualaikum

anda kurang berat dan nak berat yang ideal ke? badan tecik tecik nomei nomei tapi tak fit dan melayang melambai ditiup angin? ha.. ni saya nak share tips yang amat amat berkesan dan terbukti keberkesanannya sebab testimonial ni dari diri saya sendiri. lepas tengok gambar-gambar lama, dapatlah idea untuk entry hari ni. haha

1. Makan lewat malam

Lewat malam tu banyak bezanya dengan makan malam. saya pernah dengar, tak tau la fact atau auta bahawa kalau kita tak makan malam, kulit akan cepat berkedut dan tak awet muda. tapi makan malam ni kalau nak berdiet, pakat suggest selewat-lewatnya pukul 8 malam. kita terbalikkan fakta tu dan bermulalah rejim makan malam korang selewat 10 malam, macam saya! jangan makan biskut tau, makan nasi tomyam ayam sekali telur mata kerbau dengan teh ais. saya jamin berat korang akan naik.

2. Ambil banyak makanan berkarbohidrat dan tak payah bersenam

Kalau kita bukan budak sains pun kita tahu yang karbohidrat dan lemak adalah makanan pembekal tenaga. maknanya kalau kita banyak bergerak, bersukan dan sebagainya, kita akan menggunakan karbohidrat dan lemak tadi tu sebagai sumber tenaga untuk membuat aktiviti fizikal. jadi, kalau nak karbohidrat dan lemak tadi disimpan dalam badan dan akhirnya akan menjadi lemak tepu, kurangkan aktiviti fizikal dan banyakkan bersenang lenang di depan laptop, bermain games di smart phones atau berbaring-baringan di atas katil sambil baca novel Cecelia Ahern. kesannya dapat dilihat dalam masa kurang dari sebulan.

3. Banyakkan ambil manisan dan semua yang manis belaka

Red velvet, pavlova, durian crepe, rainbow cake, brownies, teh ais, teh tarik, carbonated drinks, kuih cekmek molek, kuih cara, donut, biskut dan segalanya yang bergula adalah sangat digalakkan kalau nak naikkan berat badan. tapi jaga sama ya takut nanti dapat diabetis pulak. hehe

4. Cari pakwe/ pasangan yang pemurah

Ingat. cari yang baru terdetik di hati nak makan KFC tapi tuptup dah ada depan mata. hebatnya awokkk sebab boleh baca hati saya! lepastu cari yang sentiasa paksa kita makan, sampaikan lepas makan pun nak tapau bawak balik, peneman masa stay up katanya. hebatnya awokkk sampai saya jadi macam ni! lepastu cari yang akan merungut badan awek dia kurus kering macamla bila keluar dia tak pernah keluarkan dompet bayarkan makanan. hebatnya awookkkkkk sebab awok pemurah la saya jadi macam ni. haha. 

Ingat tau, makan banyak, heavy meals selalu, makan lewat makan, banyakkan makan fast and processed foods, jangan bersenam, kurangkan bergerak dan korang pasti akan gain weight banyakkkk macam saya!




1 comment:

Rizziela said...

Tips kurangkan berat badan plz