Friendly Friends

September 16, 2013

Supper di Blackwood Bandar Darulaman Jaya

assalamualaikum food lovers sekalian!

suka tengok Running Man tak? kalau suka, mesti korang perasan yang Ji Hyo suka sangat minum Iced Americano kan? terpengaruh dengan Ji Hyo (kononnya), saya masukkan minum Ice Americano dalam wish list saya. dah ada hampir 500 wishes yang saya senaraikan sejak dari tingkatan empat lagi dan Alhamdulillah, ada je jalan dan peluang yang Allah dorong untuk saya tunaikan wishes saya. macam malam ni je, saya dah checked dua wishes saya iaitu minum Ice Americano dan dan lepak-lepak di coffee house. semalam tunang tolong tunaikan wish nak makan jeruk buah setoi. hehe. Alhamdulillah dan terima kasih!

eh jangan ingat wishes saya pasal makanan je tau! ada je wishes lain, macam nak ada miliki sea glass... taknak tidur siang selama dua bulan berturut-turut (susah tau nak grant wish ni) dan jugak baring-baring tengok bintang waktu malam. baring ye, bukan duduk tengok bintang. semua ni ambil masa dan insyaallah akan cuba saya tunaikan sebagai hadiah kepada diri sendiri.

panjang betul intronya. tapi nak bagitau jugakla yang Ice Americano tu tahap petala ketujuh pahitnya! tak pernah la lagi saya minum kopi sepahit tu. kat Blackwood ni ada serves sekali air gula dalam small bottle tapi banyak jugak la saya tuang tapi Americano tetap pahit amat. pahit pahit pun habis juga saya minum. coffee lover kan, pahit-pahit kopi, pahit lagi pengalaman hidup. haha





Iced Americano habis ditelan yeahhh
nota untuk diri sendiri: kenapa rasa muka macam rabbit eh? sangat tidak suka
 

  
dekat kertas order tu ada dikepilkan borang soal selidik, puas hati ke tidak, deco lawa ke tidak dan lain-lain


carbonara! rasa dia boleh bagi 4 bintang
 

gambar di atas; yang hitam tu Iced Americano dan yang macam creamy tu Caramel Macchiato.

dari segi harga, standard macam Secret Recipe la tapi SR tak ada Americano! dan Blackwood punya deco memang very-the-english la. suka sangat. feeling feeling duduk dekat coffee house kat London beb. haha. dengan country songs yang dimainkan tu memang buat kita rasa macam this is one of the best place to lepak lepak kat Jitra.

the best thing about BW is; no service and government tax to be paid! kalau kat tempat lain, asal ada aircond je, asal waiter and waitress pakai uniform je, mesti ada charges applied. sini tak ada. pay for what you ordered only. at least kita pun senang hati sebab gegirls kan suka bayar sendiri-sendiri. haha. tak payah susah hati nak divide tax mende tu.

kat BW jugak lebih kurang macam SR tapi lebih banyak variety of foods la. dan cakes and brownies lebih banyak dekat SR. local delights dalam menu BW ni ada satu page je, yang lain semuanya pizzas, pastas, side dishes, soups dan sushi pun ada! tapi kalau kat SR ada laksa dan macam-macam lagi. tapi paling penting dan tak larat nak ulang, SR tak ada Americano! hehe

boleh la try BW lepas ni ya. overall untuk performance dia, saya bagi 4 bintang la. selain SR, Lebai Corner dan Citarasa Titi Gajah, saya boleh masukkan BW sebagai port makan western food terbaik di Jitra.

2 comments:

Vee Lea said...

Kita tengok dorang minum tu nampak sedap kann, tp bila sendiri rasa; wahhhh!! Hahaha. Vee tak suka coffee pahit, suka yang manis2 gitu :D L.A Coffee, my favourite! :D

didie noxious said...

americano saangat pahit!xlalu nak telan.haha...tp org lua mmg suka sumthing yg pahit,hehe..