Friendly Friends

September 16, 2013

Subuh

assalamualaikum

hi peeps! saya tak boleh tidur since termuntah kes Americano (nyanyi macam background song tiap kali Gary beli Americano untuk Ji Hyo). kuat sangat effect caffeine dia. tak boleh lelap langsung. siap sakit kepala lagi. oleh sebab saya sakit kepala, saya nak share photos, old photos masa saya muda dulu. tergelak sorang-sorang masa nengoknya


ni gambar tahun 2009 rasanya. saya dan 3 orang kawan lagi wakil IPG saya ke kuiz pelaburan anjuran PNB. masa tu kepala memang kosong la. saya mana ada basic akaun ke pelaburan semua tu. masa kuiz kelayakan pun hentam je. tapi Allah bagi rezeki untuk saya wakil IPG, tidur, tidur hotel 5 bintang dan makan sedap-sedap. haha
 

ni gambar Mac 2008! gambar date saya pertama dengan Amir. kau ade keluar date pakai baju kurung pastu angkut kawan sampai 4 orang? HAHA. teringat lagi macam mana tempat pertama kami makan sama-sama di Yasmin Nasi Kandar.
 

gambar ni nostalgic jugak. first dissection saya. masa sekolah kan saya tak ambil pure science.. masuk ipg nangis sebab kena belajar bio. tapi kemas kan saya dissect? blood vessel tak pecah pun. haha
 

ni masa semester 1 kursus persediaan. sekarang semester 8 ijazah. dah 5 tahun masa berlalu dan saya bukan lagi bersaiz tu
 

alolo tecik tecik bwueeekkkk!
 

pengalaman pertama saya berhadapan dengan murid
 

haha. tiada kata untuk diucapkan. sekarang takdenya nak ambil gambar posing macam ni. semua style posing ayu punya
 

ni gambar saya dan kawan-kawan negeri Perlis perempuan yang bersekolah di SMSAH 2003-2007
 

ni gambar masa orang mai fogging. saya takut sangat dengan orang yang menyembur tu sebab once diaorang pakai mask dan bawak senapang (??) diaorang tu, rasa macam berdepan dengan serial killer! teruk punya imagination
 

alolo tecik tecik tinggi 149cm berat 41kg sekarang jangan tanya ada yang kena sekeh nanti
 

hmm

A picture speaks thousand words

2 comments:

Isabel Diaz said...

Hahaha, boleh pulak date ajak kawan.

Vee Lea said...

Memory.. Mesti rinduuu kan. Hehe.





Akak.






Berapa berat akak skrg?





Hahaha. Jgn mareee ;P