Friendly Friends

September 18, 2013

Kajian Tindakan Sains

assalamualaikum
saya budak final year Jabatan Sains IPG Kampus Darulaman.
kami kena buat kajian macam buat universiti jugak untuk lengkapkan pengajian ijazah ni.
kena refleks balik pengalaman mengajar lepas tu fikir satu intervensi untuk baiki amalan pengajaran tu.
intervensi tak semestinya penciptaan baru, tapi boleh tambah baik kaedah, teknik atau alat bantu mengajar sedia ada.

ni tajuk kajian saya: 
Meningkatkan Penguasaan Murid dalam Konsep Perkumuhan dan Pernyahtinjaan melalui Penulisan Jurnal Pembelajaran ‘Pocket Of Wisdom’.

melalui pengalaman mengajar saya yang lepas, murid saya alami masalah dalam topik ni. hakikatnya, kita kan berkumuh dan bernyahtinja setiap hari..
tapi bila saya tanya,
"Apakah organ perkumuhan kita?"
diaorang tak tahu
saya tanya,
"Apa kesan kalau tak bernyahtinja?"
diaorang tak tahu
malah ada yang cakap, muntah tu adalah hasil dari berkumuh juga
cuba jawab, muntah tu berkumuh ke tak? kalau ya, kenapa dan kalau tak, kenapa?
siapa tahu boleh cuba jawab :)

setakat saya tengok, ramai senior sains terdahulu buat kajian tentang rantai makanan... siratan makanan... cara nak ajar murid kenal pembolehubah dan sebagainya
saya pilih topik ni sebab bagi saya, sains adalah subjek yang mendekatkan kita dengan alam
subjek yang membantu kita memahami fenomena alam
berkumuh dan bernyahtinja tu kita buat setiap hari
kita juga belajar konsep dia di sekolah
tapi kenapa cikgu tanya kita tak boleh jawab?

sebab pembelajaran tu tak bermakna.
murid hanya ditekankan dengan aspek penghafalan
hakikatnya, kita semua sebagai hidupan ni berkumuh dan bernyahtinja
kalau kita dapat kaitkan pengalaman lampau kita dengan konsep,
pasti pembelajaran jadi lebih bermakna.

itu rasional saya

saya integrasikan penulisan jurnal pembelajaran dalam intervensi saya
saya aplikasikan teknik penulisan lejar akaun secara catatan bergu dalam intervensi saya
saya minta murid tulis pengalaman mereka, dalam bentuk lakaran mahu pun tulisan, lepas tu saya mintak diaorang tulis semula fakta sebenar di sebelah bahagian pengalaman tu
minta murid banding beza antara pengalaman dan fakta
biar diaorang sedar yang tak semua tanggapan diaorang salah
pengalaman diaorang sememangnya berkait rapat dengan fakta cuma mungkin ada yang bercanggah

secara tak langsung, ini dapat memotivasikan diaorang yang diaorang sebenarnya bukan tak reti, tapi misconception berlaku semasa proses pembelajaran sains
macam kita la
masa kecil kita ingat bulan berjalan ikut kita
padahal itu misconception je
nilah tugas guru sains antaranya
membetulkan auta yang murid fikir selama ni dan ganti dengan fakta :)

saya akan bentangkan dapatan kajian saya pada 23 September Isnin minggu depan
doakan saya :)



 nervous sebenarnya. hehe


doakan saya dan classmates juga







4 comments:

anisyuhada said...

goodluck kak qirah :)

Busyra Bt Takiyudin said...

InshaAllah. smuanya comel2.

Dhia Dirham said...

kalau dhia da nangis..... gud luck! (**,)

Isabel Diaz said...

Semoga berjaya sis. Sekarang senior saya pun ngah busy buat kajian tindakan.