Friendly Friends

September 29, 2013

Done with Viva

assalamualaikum

saya dah viva! Alhamdulillah segala puji dipanjatkan kepada Allah SWT atas limpah rahmat-Nya. Alhamdulillah walau tak la sehebat mana tapi saya bersyukur sebab semuanya berjalan lancar. siap rasa macam tengah promote barangan lagi masa tu. hehe. Alhamdulillah panel penilai ok.. bagi cadangan penambahbaikan, takde la saya kena hentam atau ditanya.. penilai faham semua tentang kajian saya cuma ada beberapa aspek perlu ditambah baik.

settle satu bab.

tinggal nak edit laporan je. nak masukkan segala cadangan dari panel tu. tapi saya rasa thrilled (dan terharu jugak) sebab SV saya datang tunggu slot saya dan tengok saya present.

omaaiii kenapa muka saya gebusss sangat! rasa kalau pipi tu belon, nak picit-picit je pipi tu. hish
 


wish dari tuniang saya. terharu jugakla. bukan senang dia nak jengah facebook saya. sekali tulis macam ni, maluu la jugak ;p

apa pun, rasa tak sabar sangat nak tinggalkan bumi Jitra. dari tingkatan 1 saya bermastautin di sini. tanya je apa saja, semua dalam kocek saya. haha. cakap besar. tapi kalau dah dari tingkatan 1 duduk sini, takkanla saya tak tau mana tempat jual barang tu, mana tempat jual barang ni. takkanla saya taktau kedai makan mana sedap, mana tak sedap.. disebabkan tulah saya rasa bosan. tak thrilled langsung. (padahal nanti kawen dengan ustaz amiaq kena duduk kem tentera udara kat Jitra jugak)

saya dan Jitra dah sebati.

oh ya. saya batalkan niat nak apply jadi cikgu ganti sementara posting yang mungkin akan berlaku Julai nunnn tahun depan. saya fikir, lepas ni hampir 38 tahun saya akan jadi cikgu. masa tu saya tak boleh jadi orang lain dh. jadi dalam masa 6 bulan ni la saya nak try jadi florist atau kerja kat kedai buku. buku dan bunga, saya suka sangat. walau jadi cikgu ganti ni gaji sangat lumayan (RM100 per day, sebab ada degree), saya nak kerja yang tak memerlukan saya formal sepanjang masa. tapi lagi best kalau dapat kerja kedai pengantin kot-kot tokei boleh sponsor baju, mekap dan pelamin. haha

tak sabar nak habis belajarrrrr

1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

Mai viva bulan 6 dlu...cuak mula2 tp ok pas tu