Friendly Friends

September 23, 2013

Dilema Budak Sekolah Berasrama Penuh

assalamualaikum

tadi target nak spend masa edit powerpoint presentation untuk viva. tapi ter-stalk seorang rakan zaman sekolah yang satu dorm dengan saya. kami kat sekolah dulu dorm ikut rumah sukan. tapi kami AMPP sekolah masa tu jadi kami pun duduk la satu dorm. HICOM namanya dorm prefects ni.

alkisahnya, dia ni memang genius la. kalau budak SMSAH baca ni rasanya boleh agak kot siapa yang saya maksudkan. dia budak 'lompat' maknanya dia muda setahun dari kami semua batch 1990. dia kecik molek, comel sangat. tulisan dia sangat cantik. dan paling penting dia memang bijak. family dia bijak-bijak. parents dia kerja bagus. dan saya tau  terbaru saya dengar pasal dia, dia dah grad dan dapat First Class Honor dalam jurusan Sains Aktuari di Wisconsin. kisah yang sempurna kan?

ada lagi sorang rakan, sahabat saya. dia jugak bijak. sekarang budak medik kat Poland. saya kenal dia dari sekolah rendah. saya tau dia bijak sebab apa saja kuiz yang saya masuk, mesti muka dia ada. apa saja kem yang saya sertai, mesti saya jumpa muka ni. kami jadi bertambah rapat since join Pancaragam sekolah sejak tingkatan satu, lepas tu kami naik bas sama-sama dari Perlis ke sekolah kat Kedah ni tiap kali cuti semester. bila form 5 pulak, kami 1 dorm, sekali dengan genius kat atas ni. saya tau family dia juga bijak-bijak tapi saya bangga dengan dia sebab dia dibesarkan tanpa ibu sejak darjah 5. saya tabik ayah dia yang bekerja kampung tapi anak dia semua berjaya. juga kisah yang sempurna dalam segala susah payah. dan dia akan bergelar Doktor tak lama lagi.

niat saya menulis bukan untuk membanding beza kawan-kawan saya. tapi saya terbanding diaorang dengan diri saya sendiri.

menangis.

kami sama-sama ke sekolah berasrama penuh yang berprestij di Malaysia. sekolah berasrama penuh premier. yang namanya gah, SBP, SBT, dan segalanya yang hebat-hebat. kami masuk atas dasar kelayakan akademik yang sama. kami masuk dengan kelayakan kokurikulum yang setara. kami sama-sama budak English Set 1 sejak diperkenalkan masa kami tingkatan 3 (sekolah kami pecahkan kelas English ikut gred kuiz Grammar dan segala tu bila awal tahun, tiap tahun).  kami sama-sama dapat 8A dalam PMR 2005. kami sama-sama prefect sekolah. masing-masing ada bidang 'kebitaraan masing-masing' selain akademik. rakan yang pertama ni penari kebudayaan sekolah. rakan yang kedua ni ahli orkestra sekolah. saya pula pembahas dan pengacara majlis sekolah. yang membezakan kami adalah aliran di sekolah. diaorang budak sains tulen, saya sains kejuruteraan.

dan yang membezakan kami adalah result SPM kami

dan yang membezakan kami adalah tempat kami sekarang

dan yang membezakan kami ialah apa pekerjaan kami di masa akan datang

dan yang membezakan kami adalah pengalaman kami semasa tertiary education ni. 

dan diaorang dah keliling dunia, tapi saya masih di sini...

menitik air mata.

saya tak menyesal saya jadi cikgu. sekolah rendah. walaupun saya marah bila ada orang yang tak reti dan cakap, "Eleh maktab perguruan je pun. tu bukan tempat pilihan terakhir ke? Ada jugak budak SBP masuk maktab eh? Dahla ajar sekolah rendah. Buat diploma ke?"

ye saya marah sangat. pertama, ini IPG, bukan lagi maktab. kedua, saya masuk sini atas kelayakan juga. bukan sebab SPM saya teruk in fact A1 saya lagi banyak dari budak u. dan saya apply TESL tapi bukan rezeki saya (nangis lagi). ketiga, gaji mengajar sekolah rendah sekarang sama je dengan sekolah menengah asalkan gred gaji sama. diaorang mula dengan gred DG41, kami pun. dan paling penting yang keempat, saya dan rakan-rakan buat ijazah, bukan diploma.

saya tak menyesal dengan takdir saya. saya (menangis lagi) budak yang score nombor 1 je masa sekolah rendah. tapi saya terkandas sejak ambik subjek Sains bermula tingkatan empat. (Allah je tahu perasaan saya bila dapat offer jadi cikgu sains). tapi subjek kejuruteraan saya ok. (tiba-tiba rasa macam EH apa aku makin merapu tapi please ignore me. terasa nak buat luahan perasaan. pendam dah lama sangat).

hmmm

yang saya tahu, saya takkan mampu putar balik masa. takkan mampu patah balik ke high school. kalaulah saya mampu... saya akan masuk matrikulasi (saya memang berani dalam hidup. saya tolak offer matrikulasi atas alasan tak suka science stream padahal lastly cikgu sains jugak). kalau saya mampu putar masa saya akan masuk matrikulasi dan saya akan sambung pengajian dalam undang-undang. kalaulah saya mampu dan hanya Allah lebih mengetahui pengalaman 5 tahun saya ni....

Allah
Allah
Allah














4 comments:

didie noxious said...

beritahu mereka2 yang bermulut longkang itu,mereka2 mahu pun anak2 mereka atau mungkin abang,adik kakak mereka atau juga cucu cicit mereka bahawasanya manusia2 itu peroleh kejayaan hasil titik peluh serta keringat seorang insan biasa bergelar guru! (EHEH!terEMOlebih pulak) saja nak lepas perasaan yg dah lama pendam :)

chill sis :)

M-lina said...

no worries qirah.rezeki masing2.n after this kta pakat2 smbung master n msuk ke cabang lain mcm lecturer ke,management.

Isabel Diaz said...

Setuju dengan sis. IPG setanding dengan U lah. Gaji ok and kelayakan bukannya diploma lagi bahkan sarjana musa. Saya rasa sekarang lebih susah apply IPG daripada U.

i am S!L4H.. said...

Tumpang bace luahan ni.. -.-
Sebenanye di sebalik semua ni ade hikmah nya. Bertabah lah...