Friendly Friends

September 29, 2013

Border Lace, Elianto thingy, DIY ornaments and lacey peplum to be Sold

assalamualaikum

hi peeps!

i have 1 yard of border lace (red plus black color), 10 red roses (small size), 5 champagne roses and 5 green roses (medium size) with a packet of champagne-coffee beads to be sold. get all for only RM35 including registered pos. retail price: RM42. these are the pictures:




and i have another lacey-dovey thing to be sold. (for a friend)

 

long peplum that covered your lower part. hihi. never wear except for trying purpose. fit s-small L size. RM30 including pos laju



elianto mineral powder with BB cream. code color is 02 (white-reddish skin or chinese tone). the result of applying these two things were just superb but i am too lazy to make it as routine. suitable for oily skin. worn 4 times only but i heard that this two combination can last for a year as little dot of skin can cover all of you face.

let go at RM50 including pos laju with free sabun beras dan krim beras.

PM me at 019-5219267
 

Done with Viva

assalamualaikum

saya dah viva! Alhamdulillah segala puji dipanjatkan kepada Allah SWT atas limpah rahmat-Nya. Alhamdulillah walau tak la sehebat mana tapi saya bersyukur sebab semuanya berjalan lancar. siap rasa macam tengah promote barangan lagi masa tu. hehe. Alhamdulillah panel penilai ok.. bagi cadangan penambahbaikan, takde la saya kena hentam atau ditanya.. penilai faham semua tentang kajian saya cuma ada beberapa aspek perlu ditambah baik.

settle satu bab.

tinggal nak edit laporan je. nak masukkan segala cadangan dari panel tu. tapi saya rasa thrilled (dan terharu jugak) sebab SV saya datang tunggu slot saya dan tengok saya present.

omaaiii kenapa muka saya gebusss sangat! rasa kalau pipi tu belon, nak picit-picit je pipi tu. hish
 


wish dari tuniang saya. terharu jugakla. bukan senang dia nak jengah facebook saya. sekali tulis macam ni, maluu la jugak ;p

apa pun, rasa tak sabar sangat nak tinggalkan bumi Jitra. dari tingkatan 1 saya bermastautin di sini. tanya je apa saja, semua dalam kocek saya. haha. cakap besar. tapi kalau dah dari tingkatan 1 duduk sini, takkanla saya tak tau mana tempat jual barang tu, mana tempat jual barang ni. takkanla saya taktau kedai makan mana sedap, mana tak sedap.. disebabkan tulah saya rasa bosan. tak thrilled langsung. (padahal nanti kawen dengan ustaz amiaq kena duduk kem tentera udara kat Jitra jugak)

saya dan Jitra dah sebati.

oh ya. saya batalkan niat nak apply jadi cikgu ganti sementara posting yang mungkin akan berlaku Julai nunnn tahun depan. saya fikir, lepas ni hampir 38 tahun saya akan jadi cikgu. masa tu saya tak boleh jadi orang lain dh. jadi dalam masa 6 bulan ni la saya nak try jadi florist atau kerja kat kedai buku. buku dan bunga, saya suka sangat. walau jadi cikgu ganti ni gaji sangat lumayan (RM100 per day, sebab ada degree), saya nak kerja yang tak memerlukan saya formal sepanjang masa. tapi lagi best kalau dapat kerja kedai pengantin kot-kot tokei boleh sponsor baju, mekap dan pelamin. haha

tak sabar nak habis belajarrrrr

September 23, 2013

Dilema Budak Sekolah Berasrama Penuh

assalamualaikum

tadi target nak spend masa edit powerpoint presentation untuk viva. tapi ter-stalk seorang rakan zaman sekolah yang satu dorm dengan saya. kami kat sekolah dulu dorm ikut rumah sukan. tapi kami AMPP sekolah masa tu jadi kami pun duduk la satu dorm. HICOM namanya dorm prefects ni.

alkisahnya, dia ni memang genius la. kalau budak SMSAH baca ni rasanya boleh agak kot siapa yang saya maksudkan. dia budak 'lompat' maknanya dia muda setahun dari kami semua batch 1990. dia kecik molek, comel sangat. tulisan dia sangat cantik. dan paling penting dia memang bijak. family dia bijak-bijak. parents dia kerja bagus. dan saya tau  terbaru saya dengar pasal dia, dia dah grad dan dapat First Class Honor dalam jurusan Sains Aktuari di Wisconsin. kisah yang sempurna kan?

ada lagi sorang rakan, sahabat saya. dia jugak bijak. sekarang budak medik kat Poland. saya kenal dia dari sekolah rendah. saya tau dia bijak sebab apa saja kuiz yang saya masuk, mesti muka dia ada. apa saja kem yang saya sertai, mesti saya jumpa muka ni. kami jadi bertambah rapat since join Pancaragam sekolah sejak tingkatan satu, lepas tu kami naik bas sama-sama dari Perlis ke sekolah kat Kedah ni tiap kali cuti semester. bila form 5 pulak, kami 1 dorm, sekali dengan genius kat atas ni. saya tau family dia juga bijak-bijak tapi saya bangga dengan dia sebab dia dibesarkan tanpa ibu sejak darjah 5. saya tabik ayah dia yang bekerja kampung tapi anak dia semua berjaya. juga kisah yang sempurna dalam segala susah payah. dan dia akan bergelar Doktor tak lama lagi.

niat saya menulis bukan untuk membanding beza kawan-kawan saya. tapi saya terbanding diaorang dengan diri saya sendiri.

menangis.

kami sama-sama ke sekolah berasrama penuh yang berprestij di Malaysia. sekolah berasrama penuh premier. yang namanya gah, SBP, SBT, dan segalanya yang hebat-hebat. kami masuk atas dasar kelayakan akademik yang sama. kami masuk dengan kelayakan kokurikulum yang setara. kami sama-sama budak English Set 1 sejak diperkenalkan masa kami tingkatan 3 (sekolah kami pecahkan kelas English ikut gred kuiz Grammar dan segala tu bila awal tahun, tiap tahun).  kami sama-sama dapat 8A dalam PMR 2005. kami sama-sama prefect sekolah. masing-masing ada bidang 'kebitaraan masing-masing' selain akademik. rakan yang pertama ni penari kebudayaan sekolah. rakan yang kedua ni ahli orkestra sekolah. saya pula pembahas dan pengacara majlis sekolah. yang membezakan kami adalah aliran di sekolah. diaorang budak sains tulen, saya sains kejuruteraan.

dan yang membezakan kami adalah result SPM kami

dan yang membezakan kami adalah tempat kami sekarang

dan yang membezakan kami ialah apa pekerjaan kami di masa akan datang

dan yang membezakan kami adalah pengalaman kami semasa tertiary education ni. 

dan diaorang dah keliling dunia, tapi saya masih di sini...

menitik air mata.

saya tak menyesal saya jadi cikgu. sekolah rendah. walaupun saya marah bila ada orang yang tak reti dan cakap, "Eleh maktab perguruan je pun. tu bukan tempat pilihan terakhir ke? Ada jugak budak SBP masuk maktab eh? Dahla ajar sekolah rendah. Buat diploma ke?"

ye saya marah sangat. pertama, ini IPG, bukan lagi maktab. kedua, saya masuk sini atas kelayakan juga. bukan sebab SPM saya teruk in fact A1 saya lagi banyak dari budak u. dan saya apply TESL tapi bukan rezeki saya (nangis lagi). ketiga, gaji mengajar sekolah rendah sekarang sama je dengan sekolah menengah asalkan gred gaji sama. diaorang mula dengan gred DG41, kami pun. dan paling penting yang keempat, saya dan rakan-rakan buat ijazah, bukan diploma.

saya tak menyesal dengan takdir saya. saya (menangis lagi) budak yang score nombor 1 je masa sekolah rendah. tapi saya terkandas sejak ambik subjek Sains bermula tingkatan empat. (Allah je tahu perasaan saya bila dapat offer jadi cikgu sains). tapi subjek kejuruteraan saya ok. (tiba-tiba rasa macam EH apa aku makin merapu tapi please ignore me. terasa nak buat luahan perasaan. pendam dah lama sangat).

hmmm

yang saya tahu, saya takkan mampu putar balik masa. takkan mampu patah balik ke high school. kalaulah saya mampu... saya akan masuk matrikulasi (saya memang berani dalam hidup. saya tolak offer matrikulasi atas alasan tak suka science stream padahal lastly cikgu sains jugak). kalau saya mampu putar masa saya akan masuk matrikulasi dan saya akan sambung pengajian dalam undang-undang. kalaulah saya mampu dan hanya Allah lebih mengetahui pengalaman 5 tahun saya ni....

Allah
Allah
Allah














Random

assalamualaikum

hari ni bukan Wednesday dan saya pun tak pernah buat Wordless Wednesday. tapi nak share few photos dan kalau saya rajin, details akan saya ceritakan lepas Selasa (Saya viva hari Selasa ni.)


sobsobsob. kena pakai spek balik lepas 2 tahun normal. dulu memang saya pakai spek pun tapi pakai buang. dalam setahun buat dua kali sebab bila pakai buang ni, tertidur atas spek la, tertindan buku Solomon atas spek la, roommate pijak la (haaa Rapeah ce ingat balik), macam-macam la. tapi check balik, rabun tu biasa je dalam 125 je belah kanan. belah kiri dalam 50 je. tapi silau belah kanan dah nearly 270. patutla mata saya cepat berair bila kena direct light. spek ni tuniang pilih. mulanya nak yang style old school tapi dia kata macam poyo. hek eleh. macam la dia tak poyo. tak koserrr nak layan. tapi beli yang taste dia jugak sebab pasni nak hadap muka dia ja. kalau beli old school jugak, mau makan hati asyik kena perli. 

oppsss abaikan jerawat di dahi. kuat memikir lately. mikir nak goreng time viva, mikir nak tambah duit, mikir tempat makan, mikir macam-macam!
 

tengok kornea saya. tak ada red eye tapi grey eye. gara-gara masalah mata yang agak kronik juga la bagi saya. tapi kisah mata saya ni, biarlah classmate saya yang tahu. 
 

ni gambar abah dengan Harraz. rasanya memang betulla yang parents ni biasa-biasa je tapi grandparents dengan aunties ni yang akan pamper lebih. haha. tapi tak spoil ok. Harraz tetap kena eheeemmmm Harraz! kalau dia terlebih laku. haha
 
  
alamak, mak lang dah rindu Raraz la. 


ni Harraz (Raraz) dengan Pak Ndak dia. tengok tu, sape tak geram kan? umur baru setahun jagung dah pandai nak goda orang senyum manis-manis
 

Raraz balik dari Terengganu untuk celebrate birthday in advance la. 


anyonyonyo tomei baby mak lang
 

tapi bertambah stress bila abang saya cakap, "Qira, lama tak update qirakira.blogspot tu kan?"

Eh baca ajelah nak bagitau orang buat apa. eeeiii

September 18, 2013

Kajian Tindakan Sains

assalamualaikum
saya budak final year Jabatan Sains IPG Kampus Darulaman.
kami kena buat kajian macam buat universiti jugak untuk lengkapkan pengajian ijazah ni.
kena refleks balik pengalaman mengajar lepas tu fikir satu intervensi untuk baiki amalan pengajaran tu.
intervensi tak semestinya penciptaan baru, tapi boleh tambah baik kaedah, teknik atau alat bantu mengajar sedia ada.

ni tajuk kajian saya: 
Meningkatkan Penguasaan Murid dalam Konsep Perkumuhan dan Pernyahtinjaan melalui Penulisan Jurnal Pembelajaran ‘Pocket Of Wisdom’.

melalui pengalaman mengajar saya yang lepas, murid saya alami masalah dalam topik ni. hakikatnya, kita kan berkumuh dan bernyahtinja setiap hari..
tapi bila saya tanya,
"Apakah organ perkumuhan kita?"
diaorang tak tahu
saya tanya,
"Apa kesan kalau tak bernyahtinja?"
diaorang tak tahu
malah ada yang cakap, muntah tu adalah hasil dari berkumuh juga
cuba jawab, muntah tu berkumuh ke tak? kalau ya, kenapa dan kalau tak, kenapa?
siapa tahu boleh cuba jawab :)

setakat saya tengok, ramai senior sains terdahulu buat kajian tentang rantai makanan... siratan makanan... cara nak ajar murid kenal pembolehubah dan sebagainya
saya pilih topik ni sebab bagi saya, sains adalah subjek yang mendekatkan kita dengan alam
subjek yang membantu kita memahami fenomena alam
berkumuh dan bernyahtinja tu kita buat setiap hari
kita juga belajar konsep dia di sekolah
tapi kenapa cikgu tanya kita tak boleh jawab?

sebab pembelajaran tu tak bermakna.
murid hanya ditekankan dengan aspek penghafalan
hakikatnya, kita semua sebagai hidupan ni berkumuh dan bernyahtinja
kalau kita dapat kaitkan pengalaman lampau kita dengan konsep,
pasti pembelajaran jadi lebih bermakna.

itu rasional saya

saya integrasikan penulisan jurnal pembelajaran dalam intervensi saya
saya aplikasikan teknik penulisan lejar akaun secara catatan bergu dalam intervensi saya
saya minta murid tulis pengalaman mereka, dalam bentuk lakaran mahu pun tulisan, lepas tu saya mintak diaorang tulis semula fakta sebenar di sebelah bahagian pengalaman tu
minta murid banding beza antara pengalaman dan fakta
biar diaorang sedar yang tak semua tanggapan diaorang salah
pengalaman diaorang sememangnya berkait rapat dengan fakta cuma mungkin ada yang bercanggah

secara tak langsung, ini dapat memotivasikan diaorang yang diaorang sebenarnya bukan tak reti, tapi misconception berlaku semasa proses pembelajaran sains
macam kita la
masa kecil kita ingat bulan berjalan ikut kita
padahal itu misconception je
nilah tugas guru sains antaranya
membetulkan auta yang murid fikir selama ni dan ganti dengan fakta :)

saya akan bentangkan dapatan kajian saya pada 23 September Isnin minggu depan
doakan saya :)



 nervous sebenarnya. hehe


doakan saya dan classmates juga







September 17, 2013

Tips Naikkan Berat Badan (Tips on Gaining Weight)

assalamualaikum

anda kurang berat dan nak berat yang ideal ke? badan tecik tecik nomei nomei tapi tak fit dan melayang melambai ditiup angin? ha.. ni saya nak share tips yang amat amat berkesan dan terbukti keberkesanannya sebab testimonial ni dari diri saya sendiri. lepas tengok gambar-gambar lama, dapatlah idea untuk entry hari ni. haha

1. Makan lewat malam

Lewat malam tu banyak bezanya dengan makan malam. saya pernah dengar, tak tau la fact atau auta bahawa kalau kita tak makan malam, kulit akan cepat berkedut dan tak awet muda. tapi makan malam ni kalau nak berdiet, pakat suggest selewat-lewatnya pukul 8 malam. kita terbalikkan fakta tu dan bermulalah rejim makan malam korang selewat 10 malam, macam saya! jangan makan biskut tau, makan nasi tomyam ayam sekali telur mata kerbau dengan teh ais. saya jamin berat korang akan naik.

2. Ambil banyak makanan berkarbohidrat dan tak payah bersenam

Kalau kita bukan budak sains pun kita tahu yang karbohidrat dan lemak adalah makanan pembekal tenaga. maknanya kalau kita banyak bergerak, bersukan dan sebagainya, kita akan menggunakan karbohidrat dan lemak tadi tu sebagai sumber tenaga untuk membuat aktiviti fizikal. jadi, kalau nak karbohidrat dan lemak tadi disimpan dalam badan dan akhirnya akan menjadi lemak tepu, kurangkan aktiviti fizikal dan banyakkan bersenang lenang di depan laptop, bermain games di smart phones atau berbaring-baringan di atas katil sambil baca novel Cecelia Ahern. kesannya dapat dilihat dalam masa kurang dari sebulan.

3. Banyakkan ambil manisan dan semua yang manis belaka

Red velvet, pavlova, durian crepe, rainbow cake, brownies, teh ais, teh tarik, carbonated drinks, kuih cekmek molek, kuih cara, donut, biskut dan segalanya yang bergula adalah sangat digalakkan kalau nak naikkan berat badan. tapi jaga sama ya takut nanti dapat diabetis pulak. hehe

4. Cari pakwe/ pasangan yang pemurah

Ingat. cari yang baru terdetik di hati nak makan KFC tapi tuptup dah ada depan mata. hebatnya awokkk sebab boleh baca hati saya! lepastu cari yang sentiasa paksa kita makan, sampaikan lepas makan pun nak tapau bawak balik, peneman masa stay up katanya. hebatnya awokkk sampai saya jadi macam ni! lepastu cari yang akan merungut badan awek dia kurus kering macamla bila keluar dia tak pernah keluarkan dompet bayarkan makanan. hebatnya awookkkkkk sebab awok pemurah la saya jadi macam ni. haha. 

Ingat tau, makan banyak, heavy meals selalu, makan lewat makan, banyakkan makan fast and processed foods, jangan bersenam, kurangkan bergerak dan korang pasti akan gain weight banyakkkk macam saya!




September 16, 2013

Subuh

assalamualaikum

hi peeps! saya tak boleh tidur since termuntah kes Americano (nyanyi macam background song tiap kali Gary beli Americano untuk Ji Hyo). kuat sangat effect caffeine dia. tak boleh lelap langsung. siap sakit kepala lagi. oleh sebab saya sakit kepala, saya nak share photos, old photos masa saya muda dulu. tergelak sorang-sorang masa nengoknya


ni gambar tahun 2009 rasanya. saya dan 3 orang kawan lagi wakil IPG saya ke kuiz pelaburan anjuran PNB. masa tu kepala memang kosong la. saya mana ada basic akaun ke pelaburan semua tu. masa kuiz kelayakan pun hentam je. tapi Allah bagi rezeki untuk saya wakil IPG, tidur, tidur hotel 5 bintang dan makan sedap-sedap. haha
 

ni gambar Mac 2008! gambar date saya pertama dengan Amir. kau ade keluar date pakai baju kurung pastu angkut kawan sampai 4 orang? HAHA. teringat lagi macam mana tempat pertama kami makan sama-sama di Yasmin Nasi Kandar.
 

gambar ni nostalgic jugak. first dissection saya. masa sekolah kan saya tak ambil pure science.. masuk ipg nangis sebab kena belajar bio. tapi kemas kan saya dissect? blood vessel tak pecah pun. haha
 

ni masa semester 1 kursus persediaan. sekarang semester 8 ijazah. dah 5 tahun masa berlalu dan saya bukan lagi bersaiz tu
 

alolo tecik tecik bwueeekkkk!
 

pengalaman pertama saya berhadapan dengan murid
 

haha. tiada kata untuk diucapkan. sekarang takdenya nak ambil gambar posing macam ni. semua style posing ayu punya
 

ni gambar saya dan kawan-kawan negeri Perlis perempuan yang bersekolah di SMSAH 2003-2007
 

ni gambar masa orang mai fogging. saya takut sangat dengan orang yang menyembur tu sebab once diaorang pakai mask dan bawak senapang (??) diaorang tu, rasa macam berdepan dengan serial killer! teruk punya imagination
 

alolo tecik tecik tinggi 149cm berat 41kg sekarang jangan tanya ada yang kena sekeh nanti
 

hmm

A picture speaks thousand words

Supper di Blackwood Bandar Darulaman Jaya

assalamualaikum food lovers sekalian!

suka tengok Running Man tak? kalau suka, mesti korang perasan yang Ji Hyo suka sangat minum Iced Americano kan? terpengaruh dengan Ji Hyo (kononnya), saya masukkan minum Ice Americano dalam wish list saya. dah ada hampir 500 wishes yang saya senaraikan sejak dari tingkatan empat lagi dan Alhamdulillah, ada je jalan dan peluang yang Allah dorong untuk saya tunaikan wishes saya. macam malam ni je, saya dah checked dua wishes saya iaitu minum Ice Americano dan dan lepak-lepak di coffee house. semalam tunang tolong tunaikan wish nak makan jeruk buah setoi. hehe. Alhamdulillah dan terima kasih!

eh jangan ingat wishes saya pasal makanan je tau! ada je wishes lain, macam nak ada miliki sea glass... taknak tidur siang selama dua bulan berturut-turut (susah tau nak grant wish ni) dan jugak baring-baring tengok bintang waktu malam. baring ye, bukan duduk tengok bintang. semua ni ambil masa dan insyaallah akan cuba saya tunaikan sebagai hadiah kepada diri sendiri.

panjang betul intronya. tapi nak bagitau jugakla yang Ice Americano tu tahap petala ketujuh pahitnya! tak pernah la lagi saya minum kopi sepahit tu. kat Blackwood ni ada serves sekali air gula dalam small bottle tapi banyak jugak la saya tuang tapi Americano tetap pahit amat. pahit pahit pun habis juga saya minum. coffee lover kan, pahit-pahit kopi, pahit lagi pengalaman hidup. haha





Iced Americano habis ditelan yeahhh
nota untuk diri sendiri: kenapa rasa muka macam rabbit eh? sangat tidak suka
 

  
dekat kertas order tu ada dikepilkan borang soal selidik, puas hati ke tidak, deco lawa ke tidak dan lain-lain


carbonara! rasa dia boleh bagi 4 bintang
 

gambar di atas; yang hitam tu Iced Americano dan yang macam creamy tu Caramel Macchiato.

dari segi harga, standard macam Secret Recipe la tapi SR tak ada Americano! dan Blackwood punya deco memang very-the-english la. suka sangat. feeling feeling duduk dekat coffee house kat London beb. haha. dengan country songs yang dimainkan tu memang buat kita rasa macam this is one of the best place to lepak lepak kat Jitra.

the best thing about BW is; no service and government tax to be paid! kalau kat tempat lain, asal ada aircond je, asal waiter and waitress pakai uniform je, mesti ada charges applied. sini tak ada. pay for what you ordered only. at least kita pun senang hati sebab gegirls kan suka bayar sendiri-sendiri. haha. tak payah susah hati nak divide tax mende tu.

kat BW jugak lebih kurang macam SR tapi lebih banyak variety of foods la. dan cakes and brownies lebih banyak dekat SR. local delights dalam menu BW ni ada satu page je, yang lain semuanya pizzas, pastas, side dishes, soups dan sushi pun ada! tapi kalau kat SR ada laksa dan macam-macam lagi. tapi paling penting dan tak larat nak ulang, SR tak ada Americano! hehe

boleh la try BW lepas ni ya. overall untuk performance dia, saya bagi 4 bintang la. selain SR, Lebai Corner dan Citarasa Titi Gajah, saya boleh masukkan BW sebagai port makan western food terbaik di Jitra.

September 8, 2013

Viva Forever

assalamualaikum

tulis.
backspaced.
tulis.
backspaced.
tulis satu perenggan.
delete perenggan tu.

serba tak kena.

tahun akhir, semester akhir.
berbaki kurang dua bulan lagi.
lepas ni sandang title penganggur sebelum posting.
sempat kot jadi suri rumah untuk sebulan dua. haha
seram mikionya

dua minggu lagi, viva
nervous tak sudah.
hopefully boleh buat sehabis baik
sebab walau dah biasa berdiri di depan beribu orang pun,
berdiri untuk viva tak sama kot

semoga Allah permudahkan segalanya

pesan pada diri,
setiap orang ada pendapat,
tapi tak ramai berani suarakannya
tepuk bahu sendiri ucap tahniah sebab berani
dan prinsip saya mudah je,
kau nak bangkang atau kritik, kau kena bagi cadangan.
jangan kau cakap kosong,
habuk pun tak ada.

senyum sendiri.

tesis tak siap sepenuhnya lagi
presentation viva tak buat langsung lagi
duit makin susut
berat makin naik

cubit pipi sendiri.


tak sabar nak tinggal semua ni

September 1, 2013

My Preloved Baju Kurung and Jubah Cotton and Kasut

assalamualaikum

hi peeps! nak clearkan few baju kurungs from my closet. budak sem 8 katakan. lagipun kebanyakkan baju kurung ni saya jarang pakai, atau dah tak muat pakai. hihi. almaklumlah makin 'kurus' kan. 

please take note yang baju saya fit saiz S dan M kecuali dinyatakan.


kurung moden belah tepi, kain belakang kain kipas
tangan kerut-kerut bergetah 
tagged size M, tapi fit untuk saiz S jugak
kena pakai inner
RM30 termasuk postage

jubah cotton yang hanya dipakai 3 kali sepanjang belian
warna sebenar: ungu gelap
saiz L, suits for M jugak
baju ni labuh untuk saya yang berketinggian 149cm, tapi jangan risau untuk orang yang lebih tinggi sebab boleh buka semula yang saya lipat dan jahit ke bahagian dalam jubah
beli dengan harga RM75, nak jual dengan harga RM50 termasuk postage
ada lagi sehelai, design sama,warna turquoise saiz M
any one for RM50 including postage
SOLD


baju batik, khas untuk pinky
kain jenis lembut 
like new!
custom made, suit S atau M
harga RM30 termasuk postage
SOLD

one of my fav baju kurung
ada labuci, baju kena pakai inner
custom made, suit M size
RM30 termasuk pos

antara baju kurung yang hanya dipakai sekali dua sebab bila dah 'kurus', baju warna putih macam kurang sesuai
kain jenis sejuk
suit size M
condition 10/10
harga: RM30 termasuk postage
SOLD!

baju kurung moden belah tepi, kain kipas kat belakang
kancing kain tertetas, tapi masih tergantung kat kain. hehe
suit saiz S atau M
cantik sangat baju ni, macam baru
 harga RM30 termasuk pos


kasut warna coklat gelap
akan dicuci sebelum dipos
longgar di kaki saya
pakai 2,3 kali je
saya pakai saiz 4 atau 5, tapi kasut ni agak longgar di kaki saya
better untuk orang saiz 5 atau 6
harga RM10 termasuk pos

boleh pm untuk details tambahan
019-5219267
banyakkk lagi baju kurung akan menyusul

Taksub sangat dengan Produk Kecantikan..dan Jualan Pahang Pharma Vitamin C MURAH with free gifts

assalamualaikum

dah lamaa sangat since muka saya tak naik jerawat banyak-banyak melainkan saya kurang tidur atau PMS. tapi lumrah manusia tak pernah puas hati, kan? asyik nak kulit putih mulus halus cerah berseri sangat sampai segala macam benda nak telan atau nak tonyoh kat muka. dan saya pun tak terkecuali. sobsobsob. kecewa juga dengan diri sendiri.

saya tak pernah apply sebarang cream di muka saya, tak kira siang atau malam melainkan krim sabun beras. rutin penjagaan kulit saya selama ni mudah sangat, cuci muka guna sabun beras, scrub muka dengan St. Eves tu lepas tu kalau rajin, seminggu sekali saya akan pakai charcoal mask untuk buang blackhead kat muka. bedak muka yang saya pakai hanyalah bedak powder Johnson baby, tu pun kalau saya terasa nak berbedak. tak pernah saya pakai BB cream CC cream atau sebarang produk kecantikan dan penjagaan kulit lain. 

tapi...

macam saya cakap, lumrah manusia yang tak pernah puas hati telah menyebabkan saya meringankan tangan order Pahang Pharma Vitamin C tu. ramai yang saya baca review dan nampak kesannya. tapi saya, makan baru 4 biji tapi jerawat melambak naik kat muka dalam tempoh 4 hari la. frust sangat. mungkin ni tindak balas dengan kulit, mungkin juga tanda bahawa vitamin ni tak sesuai dengan saya. yelah, dah biasa cuci dengan sabun beras murah RM5 je, sekali telan vitamin C, terus dia react. dan reaction dia buat saya tak selesa! :(



antara sebab saya consume vitamin C adalah untuk menghilangkan pipi merah saya tu. tak sukaa. macam budak sangat pipi merah. takde jerawat pun. tapi dia memang merah. nak nak bila saya panas sangat, sejuk sangat atau mengantuk.



waaaa stressnya! dia naik jerawat jerawat halus kat muka saya. hari tu masa guna tanaka pun muka jadi bagi bad reaction juga. tapi saya stop consume vitamin ni untuk few days, dan kulit okayy sikit la.



alhamdulillah okay sikit cuma bila cuci muka tu, terasa jugakla yang kulit kasar sebab jerawat mula kecut. tobat tak consume apa apa dah. haha. 

disebabkan masalah ini, saya nak jual Pahang Pharma Vitamin C saya yang berbaki 96 biji ni kepada sesiapa yang nak cuba. boleh google cemana rupa dia dan apa khasiat dia. kulit dan keperluan kulit kita ni tak sama. dia tak sesuai dengan saya, tapi sesuai je dengan orang lain, mungkin juga sesuai untuk korang. hehe

saya beli dengan harga RM50 sebotol untuk 100 biji. saya baru makan 4 biji, dan nak jual dengan harga RM40 sahaja, PERCUMA sebekas krim bekas worth RM10 dan seketul sabun glutakojic 3 layers worth RM10. total price including pos laju :RM45 sahaja. much win, kan?

kalau berminat, boleh sms saya di 019-5219267. tengkayuuuu!

UPDATE: TAK SAMPAI 24 SAYA POST, DAH ADA YANG BOOKED DAN BAYAR
STATUS: SOLD OUT