Friendly Friends

July 25, 2013

Restoran Seri Melaya, Jitra Kedah

assalamualaikum

kalau tak salah saya, sehingga tarikh 15 Ramadhan semalam, 9 hari daripada 15 hari ni saya berbuka dengan tomyam, 3 hari dengan sup pedas dan baki lagi 3 tu saya berbuka di rumah, makanan yang pelbagai. kesukaan makan tomyam membawa saya ke Restoran Seri Melaya yang terletak di pekan Jitra, bersebelahan dengan simpang masuk ke Maybank. senang je nak cari restoran ni sebab dia tepi jalan dan signboard dia besar



saya sampai dalam pukul 7.10 petang. terus duduk dan tunggu order. tapi dekat 15 minit duduk barulah orang mai ambil order. tapi lepas orang ambil order, air sampai cepat juga la. dalam 2 minit tapi nasi hanya sampai hampir 20 minit selepas waktu berbuka. menjerit perut minta makanan


saya pesan nasi putih, telur mata, tomyam campur dan teh o ais. pendapat saya, kalau korang teringin nak makan tomyam atau penggemar tomyam macam saya, sini bukan tempatnya. mungkin makanan lain sedap sebab saya tak rasa tapi kalau tomyam tu, dia kurang kick. kalau nak kick, pergi ke Seni Tomyam berhadapan dengan Pusat Dakwah Kubang Pasu atau Anjung Emas di Hutan Kampung.

total makanan dan minuman saya, RM8.40. menggigil tangan jugak la sebab makan tak puas tapi mahal sikit. hehe


yang bestnya, restoran ni menyediakan layar besar untuk tontonan semua. tapi yang tak bestnya, kalau makan kat halaman restoran (open air), kita sampai tak nampak makanan kita. gelap sangat. lampu banyak, tapi kebanyakkannya lampu hiasan yang melilit tiang atau pokok. 

Servis: 2 bintang
Rasa:   2 bintang setengah
Harga: 2 bintang
Tempat: disebabkan lawa, dapat 3 bintang tapi disebabkan tak ada lampu, jadi 2 bintang balik

mungkin korang boleh try ikan bakar dan lain-lain. mungkin tomyam tak kick sebab nak kejar waktu berbuka. hehe. selamat menerai test!

3 comments:

Isabel Diaz said...

Hahaha.. Sabar jark lah.. Boleh pulak turun bintang dye.. Tapi macam best jer tempat tu.. Teringin pulak nak pergi kedai makan macam nie.. Selalunya kawan ajak g KFC ngan Sugarbun jer.. Muak saya makan ayam jer..

Che Rosliza Che Mat said...

jauh pulak akak nak kesana...

zarulfarhana said...

nk try lah nnt