Friendly Friends

July 30, 2013

Persiapan Raya Saya

assalamualaikum semua!

saya tak senang duduk betul semua asyik cerita pasal persiapan raya masing-masing. saya pun nak cerita jugak la. nak share keterujaan raya pada umur 23. hehe

sebenarnya saya dah ada 4 pasang baju raya. sepasang tu warna merah campur pink, kain yang dibawa oleh family Amir masa bertunang hari tu. baju tu saya buat baju kurung pahang sebab kain dia lembut dan flowy. cantik kalau dibuat kurung pahang. baju kedua saya baju yang mak Amir beli kain dan upah jahit terus. juga baju kurung pahang. warna ungu campur koko. baju ketiga saya baju kurung biasa. kain yang mak belikan. baju warna koko muda, bunga warna biru tua campur turqoise. baju ni baju family. kami ada corak yang sama, beza cuma warna. 

dan baju keempat saya, tunang saya hadiahkan! yeay. tercapai hasrat nak pakai maxi dress princess cutting. tak mau buat suprise. nak tunjuk jugak. hehe



baju ni warna dark purple sebenarnya. ni maxi dress termurah saya jumpa setakat saya survey. saya tak berapa minat beads segala ni tapi sangat suka lace dan ribbons. jadi ni pilihan terbaik untuk saya. harga setakat survey paling murah RM80.00 tapi tak minat sebab dia ada beadings dekat sepanjang lengan. 


oh ya. semalam pertama kali berbuka sama-sama. tapi di sinilah tempat kami berbuka sebab semua meja di food court Tesco Mergong full. Noodle Station, Big Apple, Pizza Hut, KFC dengan RasaMas pun semua full. last sekali kami beli roti dengan air sorang sebekas, berbuka atas kerusi urut. haha. ramai je yang berbuka atas kerusi urut ni ha. lagipun semua pakat baru dapat gaji kan. bersesak kat Tesco tu la. lepas tu pergi First Lady kt City Plaza. orang situ pun subhanallah sesaknya... nak try baju pun kena queue depan fitting room tu. saya ni memang tidakla nak tumpang queue sebab nak kejar masa. tapi frust jugak la sebab ada terbekenan dengan sepasang baju kurung pahang ni. takpelah. takde rezeki. padahal baju kurung pahang untuk raya ni saja dah dua pasang.

walaupun baju saya empat pasang, kos yang saya keluarkan baru RM22. tu pun sebab saya bayar upah jahit baju yang kain mak belikan tu. Alhamdulillah. kasut raya pun kakak saya sponsor. dia belikan sebagai hadiah lahir lahir saya Mei lepas dan saya tak pernah pakai lagi. Alhamdulillah. jimat perbelanjaan saya. cuma nak cari tudung yang sepadan je. tapi yang bestnya, tudung untuk kurung pahang kain bertunang tu ada dah, sebab dapat satu set sekali kain masa bertunang, lepas tu untuk baju yang mak beli, mak hadiahkan siap-siap sekali tudung. yang nak kena beli pun untuk maxi dress ni je. Alhamdulillah jimat lagi.

tu jela nak cerita. pelepas gian nak update. babai semua

July 25, 2013

Restoran Seri Melaya, Jitra Kedah

assalamualaikum

kalau tak salah saya, sehingga tarikh 15 Ramadhan semalam, 9 hari daripada 15 hari ni saya berbuka dengan tomyam, 3 hari dengan sup pedas dan baki lagi 3 tu saya berbuka di rumah, makanan yang pelbagai. kesukaan makan tomyam membawa saya ke Restoran Seri Melaya yang terletak di pekan Jitra, bersebelahan dengan simpang masuk ke Maybank. senang je nak cari restoran ni sebab dia tepi jalan dan signboard dia besar



saya sampai dalam pukul 7.10 petang. terus duduk dan tunggu order. tapi dekat 15 minit duduk barulah orang mai ambil order. tapi lepas orang ambil order, air sampai cepat juga la. dalam 2 minit tapi nasi hanya sampai hampir 20 minit selepas waktu berbuka. menjerit perut minta makanan


saya pesan nasi putih, telur mata, tomyam campur dan teh o ais. pendapat saya, kalau korang teringin nak makan tomyam atau penggemar tomyam macam saya, sini bukan tempatnya. mungkin makanan lain sedap sebab saya tak rasa tapi kalau tomyam tu, dia kurang kick. kalau nak kick, pergi ke Seni Tomyam berhadapan dengan Pusat Dakwah Kubang Pasu atau Anjung Emas di Hutan Kampung.

total makanan dan minuman saya, RM8.40. menggigil tangan jugak la sebab makan tak puas tapi mahal sikit. hehe


yang bestnya, restoran ni menyediakan layar besar untuk tontonan semua. tapi yang tak bestnya, kalau makan kat halaman restoran (open air), kita sampai tak nampak makanan kita. gelap sangat. lampu banyak, tapi kebanyakkannya lampu hiasan yang melilit tiang atau pokok. 

Servis: 2 bintang
Rasa:   2 bintang setengah
Harga: 2 bintang
Tempat: disebabkan lawa, dapat 3 bintang tapi disebabkan tak ada lampu, jadi 2 bintang balik

mungkin korang boleh try ikan bakar dan lain-lain. mungkin tomyam tak kick sebab nak kejar waktu berbuka. hehe. selamat menerai test!