Friendly Friends

June 21, 2013

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

assalamualaikum

puding karamel tak bertelur ni terhasil sebab teringin nak makan. nak beli, slice kecik je dah RM3.50. makan sorang-sorang. daripada tu, baiklah buat sendiri. tapi teringin jugak nak buat yang tak guna telur. mana tau lagi sedap. maka, terhasillah puding karamel tanpa telur (sounds better daripada tak bertelur hihi) ni. jom kita tengok resepi dan cara penyediaan dia

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:
2 camca besar tepung kastard
3 camca besar tepung jagung
(kedua-dua tepung ini disebatikan menggunakan air panas dan ditapis untuk mengelakkan puding berketul-ketul)

Bahan B:
30g agar-agar kering, dibasuh dan dimasak hingga hancur menggunakan secawan air
1 tin susu cair
1 1/2 tin susu pekat manis
Setitik esen vanila

Bahan C:
secawan gula putih
kira-kira 2 sudu air masak

Langkah-langkah Penyediaan:

1.  Masukkan gula ke dalam loyang atau sebarang bekas untuk dicairkan di atas api. Kacau gula tersebut secara kering tanpa memasukkan air. Bila agak-agak dah mula perang, masukkan secamca air. Hati-hati ya, dia sangat mudah terpercik! Jadi saya masukkan air ke dalam senduk, dan tuang dari jauh. hehe
2. Bila dah elok warnanya, tuang ke dalam bekas puding. Saya tak tuang ke mana-mana sebab saya masak terus dalam loyang tu. Yang ni pun kena jaga-jaga, jangan sampai gula terlalu perang sebab nanti rasanya dah tak manis, tapi ya ampun...pahit sangat!
3. Setelah agar-agar kita tadi hancur, masukkan adunan tepung kita tadi bersama susu cair dan susu pekat manis. Jangan lupa masukkan esen vanila untuk aroma yang lebih wangi.
4. Kacau hingga mendidih. Lepas tu, tuang ke dalam loyang yang berisi karamel. Siap!

Tips Mudah di Dapur:

1. Jangan sampai terlajak bubuh air. Mulanya saya tak bubuh air langsung sebab loyang saya macam basah-basah sikit. Saya rasa okey je tapi resepi cakap bubuh, bubuh je la kan. Kalau terlajak bubuh air, nanti bila keluarkan dari peti ais, puding kita macam terapung sangat. Pekatkan sikit karamel tu ya!
2. Fungsi esen vanila dalam puding karamel yang ada telur tu adalah untuk menghilangkan bau hanyir telur, adi sebab tak guna telur, fungsi dia sekarang adalah untuk mengharumkan puding kita
3. Nak bagi cepat sejuk, sebelum masukkan ke dalam peti ais, masukkan loyang berisi puding ke dalam bekas lain yang lebih besar dan berisi air. InsyaAllah puding akan lebih cepat sejuk dan mengeras. Cara i jugak baik untuk mengelakkan puding kita daripada dimasuki semut. Kalau nak lagi cepat mengeras, tukar air dalam bekas tu selalu dan lepas tu, bolehlah masukkan ke dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk baru la sedap




Personally, saya prefer puding karamel tanpa telur macam ni sebab tak memuakkan. Maafkan tekstur puding saya. Loyang saya kemik-kemik. hehe






No comments: