Friendly Friends

June 5, 2013

Resepi Kerabu Pucuk Paku

assalamualaikum

semalam pergi pasar malam Kuala Perlis. nampak ramai orang kerumun kat satu meja ni. ingatkan jual cincin suasa ke apa ke. rupanya pucuk paku. saya ni nama je duduk kampung, tapi tak ada langsung pucuk paku ni tumbuh dalam kampung. nampak macam orang lain pun tak ada pucuk paku je, tu yang ramai serbu meja pak cik ni. takpun kampung depa ada pucuk paku, tapi malas kutip. hehe

saya beli 2 ikat. cadangnya nak buat masak lomak pucuk paku. eeeiii sedap! kalau ada ikan bakar lagi terangkat!

tapi bila tang nak masak tu, baru teringat yang saya beli ikan seludu semalam. abah suka betul kalau makan gulai ikan seludu. maka, rancangan memasak saya pun berubah. takkan semua benda nak berlemak kan. oleh itu, ini kerabu pucuk paku saya. simple, tapi sedap. hehe



bahan-bahan yang diperlukan:

2 ikat pucuk paku (dalam 2 cekak tangan)
3 ekor ikan temenung (kembong)
5 biji cili padi
1 ulas bawang besar
1 biji tomato
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar kelapa parut
gula dan garam secukup rasa

cara-cara penyediaan:

saya rendam dulu pucuk paku dalam larutan air garam. penting ya, sebab nak bagi ulat-ulat kot-kot ada bergulung sekali dalam pucuk paku. hehe. lagipun kalau rendam dalam air garam, dia lebih menyucikan. rendam la, lepas tu baru buat kerja lain. maknanya, rendam kira-kira setengah jam. lepas tu, potong, dan celur dalam air yang mendidih. celur ya, bukan rebus.

ikan temenung tu pun direbus dan diambil isi, diracik-racik. bawang besar, tomato dan cili padi dihiris nipis. air rebusan ikan tu, jangan banyak, ambil sikit, gaul bersama kerisik. saya lebih suka masukkan gula garam dalam air ni sebab biar dia pecah dan cair, nanti rasa dia akan lebih mesra dengan kerabu.

lepas gaul semua ni, masukkan kelapa parut, last sekali masukkan pucuk paku yang dicelur. gaul rata

sedia dihidangkan!

makan bersama budu Ketereh. terbaik!





budu saya meriah sikit. ada tomato, isi ikan rebus dan bawang besar tomato. perah limau nipis

4 comments:

Dhia Dirham said...

Yum yum..

Isabel Diaz said...

Pandai akak masak.. Hihi..

Kakzakie said...

Siap!! semua apa lagi makanlah ramai-ramai. Siapa cepat dia dapat yg lambat sorrylah dah licin:)

nik ros said...

sedapnyer. dengar kerabu jea dan kecur air liur.huhu