Friendly Friends

May 10, 2013

Surat untuk Warganegara Malaysia dari Saya, Shaqirah

assalamualaikum

saya rakyat Malaysia, dan saya yakin dan percaya bahawa sifat santun dan beradab adalah budaya bangsa-bangsa yang ada di Malaysia

We are Malaysians, and we are the polite citizen.

tetapi kenapa bila ada sesuatu isu yang timbul, kita cepat sangat melatah? saya tidak merujuk kepada senario PRU yang masih hangat diperkatakan. saya juga pengundi, tetapi bukan pengundi hantu atau pengundi undi rosak ya. apa yang hendak dikongsi pun tidak berkaitan langsung dengan pilihanraya. saya hanya mahu mengutarakan beberapa pendapat, dan perkongsian tentang sifat kita, termasuk saya.

1. saya lihat, bahasa yang digunakan oleh kita, sangat kasar. mungkin sekiranya perkataan tersebut digunakan dalam kalangan kita dan sahabat 'sekepala', ia boleh diterima. tetapi saya yakin ada kalanya dalam sedar atau tidak, kita telah menyakiti hati yang berkomunikasi dengan kita itu. contohnya, "Kepala otak hang!" ya. kenapa dengan kepala otak saya? adakah kepala otak saya menganggu anda? atau semudahnya anda mengatakan, "Bodo la hang ni!" ya, mungkin saya bodoh, tetapi sekurang-kurangnya saya tidak meletakkan awak di tempat yang rendah seperti mana awak meletakkan saya. 

Jagalah bahasa. bahasa cerminan bangsa

2. kita juga terlalu cepat melenting. contohnya, akhbar salah melaporkan sesuatu isu. benda kecil diperbesarkan (saya ulang sekali lagi bahawa bukan isu politik yang saya utarakan). contohnya isu rumpai laut yang dikatakan tidak mengandungi kolagen, atau apa saja. sekiranya kita yakin bahawa apa yang dilaporkan tidak benar, saya fikir tidak perlu kita memberi respon yang menunjukkan betapa tidak rasional dan tidak matangnya kita menangani isu tersebut. wajarkah ayat-ayat sebegini keluar dari mulut kita: Bodoh! kalau tak tau tu tak payahla tulis! pergi belajar balik la woi!!

aduh. kasarnya bahasa...

saya yang membacanya tumpang tersentap. beginikah sikap rakyat Malaysia?

jagalah bahasa
ia menggambarkan keperibadian anda
anda tidak perlu menjadi seorang yang 'jiwang' atau mat bunga atau sasterawan negara dalam menggunakan bahasa yang santun dan bersopan

itu saja dari saya
untuk rakyat Malaysia



saya sayang Malaysia

3 comments:

didie noxious said...

kan??kan??bahasa kita langsung xmlambangkan bangsa minda klas ptama...amat menyedihkan.sesungguhnya saya pencinta bahasa.yg jiwang itu lagi saya suka..peace :)

Qira said...

@didie:
saya pn takde la sopan sgt.haha.tp sy sensitif btl dgn org2 yg sikit2 ckp bodoh, sikit2 puihhh :((

rasa mcm dia tgh kata kt saya walaupn hakikatnya mmg tak

Isabel Diaz said...

SAYA JARANG GUNA PERKATAAN YANG PELIK-PELIK KALAU SAYA TAK MARAH.. HIHI.. (^_^)