Friendly Friends

May 17, 2013

Review Ninetology Blackpearl (SKMM Rebate)

assalamualaikum

kali ni nak bagi review pasal henpon Ninetology Blackpearl yang boleh dimiliki melalui SKMM Rebate.

aku dah guna hampir dua bulan rasanya. dan Alhamdulillah setakat ni sangat berpuas hati. disebabkan puas hati itulah aku nak tulis di sini, mungkin ada yang sedang mempertimbang-timbangkan nak beli telefon pintar mana.

harga asal ialah RM599. tapi kita boleh guna rebat yang bernilai RM200, menjadikan baki harga aalah sebanyak RM399. tapi, kita jimat lagi RM100 sebab manufacturer Ninetology ni memang offer RM100 discount untuk pembelian Blackpearl ni. kalau beli tapi tak dapat less lagi RM100, something might wrong somewhere. tanya balik orang yang jual tu, kenapa saya tak dapat sedangkan kawan-kawan yang lain dapat.

specs yang aku tekankan, yang perlu ada dalam sesebuah henpon adalah biasa-biasa saja. benda basic. kena boleh sms, kena boleh mms, wajib ada kamera walaupun sekadar 2.0mp dan paling wajib ada radio! walaubagaimanapun, Ninetology Blackpearl (NB) ni menawarkan lebih daripada tu. sms tu tak payah cerita la. telefon tak pintar pun boleh sms. kamera dia pulak, dekat belakang tu tulis 5.0mp tapi kalau kita semak semula dekat setting camera, dia ada sampai 8.0mp dan kita boleh set nak kualiti gambar sekadar 5.0 atau 8.0mp. ada ke yang nak guna 5.0 kalau ada 8.0? haha. ni pulak gambar-gambar yang aku shoot guna NB ni. gambar ni adalah raw pictures yang mana langsung tidak melalui proses pengeditan.


gambar adik aku dengan abah masa berhenti makan ais kacang kat jalan nak pergi Padang Besar
 

bunga yang mak beli kat Cameron Highlands dah berkembang dalam taman
 

inai biru di jari sempena PRU
 

cheesy chicken yang superb! ini ada entry khas ni

masih berkaitan dengan kamera, NB juga menawarkan teknik pengeditan gambar yang superb and i loike~


Happy face Mr. Fiance
 

nasi goreng biasa-biasa pun nampak sedap
 
 
my tomei-tomei Harraz dengan abah

ok. cukup pasal kamera. antara specs lain yang ada pada NB ini ialah Android 4.0.4, GPS, wifi dan segala macam specs yang smart phones ada la. tapi yang best lagi tentang NB ni ialah dia punya smoothness masa kita nak slides atau touch dia. aku pernah guna henpon abang dan kawan-kawan aku jenama Samsung pun tak se-smooth macam NB. oh lupa nak cakap. internal memory dia 2gb. aku tak guna SD card pun lagi sebab henpon lama punya SD card tu besar, tak muat nak masuk dalam slot NB. haha. tapi walaupun 2gb, aku isi macam-macam! gambar tu tak terkira la berapa ratus, lagu pun banyak, games, applications lain malah movie pun aku masukkan. tambah-tambah kalau drama Korea yang memanjang tak habis-habis lagi tengok tu. tapi, ada tapi lagi tu, dia tetap tak melambatkan loading NB ni.

sepanjang pemerhatian aku, aku memang perasan bateri dia cepat sikit low. dan aku sebagai peminat setia radio pun perasan yang tak banyak channel boleh kita save. dan sebagai peminat radio jugak, aku perasan yang kalau kita play the radio guna speaker (headphone la tapi tak sumbat dalam telinga), kuat atau perlahan, dia punya bunyi tetap macam tu. hang perlahan, dia macam tu punya level, hang tinggi pun dia tetap macam tu.

tapi melalui review yang aku baca melalui blogger lain, GPS dia slow sikit loading. perumpamaan dia macam ni la, kita nak pergi pasar raya Yawata. gamaknya tang mana la pasar raya Yawata tu kat Jitra ni? cari la melalui GPS. tapi dia sloww sangat, dan bila kita dah selesai membeli-belah di Yawata, barulah dia habaq mai, tang mana Yawata tu. hihi

didatangkan dengan warna putih dan hitam (aku putih. eh dak, aku cakap pasal NB aku ni warna putih), tapi disebabkan dia masih baru dalam pasaran, dia punya casing adalah terhad. ada jual kat kedai yang jual dia saja. tapi aku tak beli sebab harga dia RM30 dan warna yang ada adalah warna yang aku tak suka, iaitu biru. try padankan dengan casing model lain tapi tak sesuai sebab dia tutup speaker. speaker NB ni di bawah, belah belakang. tapi bagi yang duduk di negeri Kedah, aku sarankan hampa-hampa semua pi Sentosa. situ kira macam Lowyat Kedah la. nak warna apa, jenis apa, semua ada. dan bagi aku, misi akan bermula untuk mencari casing warna pink atau peach :)

setakat ni review untuk Ninetology Blackpearl. maaf kalau pencerahan ini belum cukup cerah. apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen. bye semua. nak lunch!

4 comments:

nadia le mustache said...

Akak, kalau nak cari casing cuba cari group Ninetology Malaysia kat facebook. Kat situ banyak jual dan macam2 ada. :) Dan dorang peramah. Kakak saya selalu order kat situ :)

Qira said...

@nadia:
oyeke? thanks untuk info dear :))

zana said...

salam..mknenye..kne tmbh g rm299 la...dpt free ape2 x ms bli time 2..^_^...

Anonymous said...

salam..kire lau kite bli kne tmbh rm299 la...ms bli 2 de dpt free pape x..^_^..