Friendly Friends

May 8, 2013

Love Rain: Is First Love Matters that Much?

assalamualaikum

is first love matters that much?
should you fight for it, or just leave it as memories?

hi peeps! gile punya introduction kali ni. mentang-mentanglah election dah habis, seronok le tu apa yang disokong menang ye dak? hehe. tak nak gaduh tak nak gaduh. kali ni nak bagi review pasal satu drama Korea yang aku baru je habis tengok. selama ni tak la peminat tegar Kpop pun. paling koman, tengok Running Man. tapi biasalah, naughty Shaqirah ni always takes things for granted! makin dekat nak final exam, makin dia mula melagho. 

as always, kalau cerita tu pasal First Love, memang aku akan sentiasa tertarik. bajet ada first love padahal semua tu crush semata-mata. drama ni dilakonkan oleh Jang Geun Suk dan Im Yoona dari  Girls' Generation. mula-mula memang slow sangat cerita ni. aku tengok dengan kakak ipar, memang tersengguk bila tengok awal-awal episod. yela. tengok setting yang tak sezaman dengan kita. cerita dimulakan dengan kisah In Ha, seorang student art yang secara tak sengaja terpandang satu scenery yang 'indah', iaitu Yoon Hee. dia pun lukis potret Yoon Hee ni dan rasa macam nak berkenalan dengan gadis yang masa tu belum diketahui asal usulnya. lebih jadi isu bila kawan baik dia Doong Wok pun suka dekat girl ni. dia pun redha. lepaskan orang yang suka dekat kawan dia.

tapi makin dia larikan diri, makin dia tak dapat lupakan Yoon Hee. dia daftar untuk join army untuk larikan diri dari bertembung dengan Yoon Hee tapi berlaku satu peristiwa yang mana dia dengan Yoon Hee confess yang depa sebenarnya suka sama suka. bila kawan-kawan depa tau, In Ha ni kena belasah sebab dikatakan sebagai lupakan kawan dan khianati kawan macam tula. akhirnya, In Ha dan Yoon Hee ni diterima hubungannya tapi terpisah sebab Yoon Hee ni sebenarnya berpenyakit dan dia pergi US untuk berubat.

tu kisah 30 tahun lalu. bila masuk zaman 2012, masing-masing dan beranak pinak. In Ha ingat Yoon Hee, dia punya first love tu dah mati. dia kawen dengan salah seorang kawan dia yang jugak peminat dia dulu. tapi dia tak tau yang Yoon Hee masih hidup. malang berterusan lagi bila anak depa bercinta tanpa tahu yang parents depa dulu tu cinta pertama masing-masing. bila parents depa terjumpa dan rancang nak kahwin, anak-anak ni try nak break up tapi biasalah kan. banyak betul halangannya.

aku suka cerita ni sebab dia tonjolkan kekuatan cinta pertama tu. macam mana penantian selama 30 tahun tetap ada untuk si cinta pertama walaupun dah beranak pinak. tapi secara logiknya, wajar ke sakitkan hati orang di sekeliling kita semata-mata untuk pertahankan cinta pertama kita? tak boleh ke move on dan teruskan hidup macam biasa? tapi yang buatkan aku suka cerita ni ialah parents depa, In Ha dengan Yoon Hee ni rasional. walaupun sebelum ni depa terpisah bukan atas sebab rela, depa akhirnya ambil keputusan untuk batalkan perkahwinan selepas jumpa balik. bak kata Yoon Hee dekat anak dia, Ha Na, "bila kamu berada pada usia seperti mak, kamu akan sedar bahawa cinta pertama tu hanya untuk dikenang. bukan untuk dikejar. lebih baik bersahabat dari bercinta kalau hakikatnya kita memang dah ada kehidupan sendiri".

moralnya, Allah dah aturkan hidup kita dengan cara yang terbaik. ada sebabnya kenapa seseorang tu terus menjadi watak penting dalam hidup kita. ada juga sebab kenapa walaupun kita ada banyak memori dengan dia tapi kemunculan dia hanya sementara. bak kata orang putih, “it’s not the person that knows you the longest, but the person who came and never left.”

mungkin dia hanya ditakdirkan sebagai seorang kawan, mungkin orang yang kita tak pernah sangka tu adalah jodoh kita. jangan terlalu obses dengan cinta pertama padahal dia dah bahagia, awak je yang tertunggu-tunggu dia. wake up okay wake up! yang patah tumbuh yang hilang berganti dan kita takkan pernah tahu kalau yang baru tumbuh tu lebih baik dari yang dah patah

sebab dia tak berapa sesuai dengan kita la dia patah kan? hehe


 Every girl needs a good guy who can help her laugh when she thinks she'll never smile again.

kalau awak rasa awak tak mampu buat dia senyum, lepaskan dia kepada yang mampu.-Qouted on 2007.

 

4 comments:

mummy_ayu said...

dah tgk cita nie..memang best..mula2 tu memang slow but lama2 tu..terbaik.suka ngan OST dia..so sweet.. :-)

Isabel Diaz said...

Sedih cerita nie..

Qira said...

@mummy_ayu:
saya smpai sekarang dok humming OST dia. sweet kan? :)))

Qira said...

@isabel:
sedih.. lg sedih sbb libatkn parents