Friendly Friends

May 18, 2013

JJCM: Western Foods di Citarasa Titi Gajah

assalamualaikum

al kisah petang tadi, lepas Asar tu rasa lapar sangat. biasalah, duduk terperuk dalam bilik, breakfast tidak, lunch tidak. mood study week katakan. keluar bilik hanya ke bilik air, mandi, ambik wudhu. lepas solat duduk balik kat meja study. buat apa kat meja study? biarlah anda dengan tekaan anda. Shaqirah belajarkah? tengok cerita Koreakah? hehe. entahlah

bila dah rasa lapar, memusing la aku dengan roommate cari port makanan yang sedap. Jitra memang ada banyak tempat makan, dan untuk students (IPG Kampus Darulaman, Polimas, ILP, Kolej Komuniti, sekolah-sekolah dll), Jitra memang syurga makanan. sebut ja nak apa. burger, burger bakar, charkueteow, segala jenis sup, segala jenis tomyam, western, makanan Cina Muslim... semuanya ada! tapi hampir semua telah aku cuba. jadi, kereta pun dilajakkan menghala ke Kepala Batas.

tapi makin terlajak ke Titi Gajah. dulu pernah mai sekali, tapi rasanya nama dia Restoran Hijrah. ke, aku yang salah? deco dari luar nampak macam biasa je, macam food court. sebut je food court, hati melonjak gembira sebab makanan kat food court selalunya murah-murah. tapi bila makin mendekati Citarasa Titi Gajah ni, barulah aku sedar yang bukan sebarangan orang tengah makan kat situ. nampak dari luar macam biasa, bila pergi dekat, agak luar biasa. takkan nak patah balik kot?


ni deco di dari luar. biasa-biasa ja. tapi lepas parking, baru perasan kereta lain adalah toyota, honda dan nissan belaka. haha

yang aku nak tegur adalah servis yang ditawarkan. duduk tak lama sangat, waitress dah ambil order. ok itu bagus. tapi yang tak bagusnya, orang buat air kat dalam tu dah berkali-kali bunyikan loceng tu tanda air kami dah siap, tapi tak ada orang ambilkan pun. siap lalu, dan pergi menyembang dengan orang lain. ikutkan hati, nak je bangun sendiri tapi tak apalah, nanti nampak sangat tunjuk perasaannya kan? orang tak ramai pun waktu tu. hanya 4 meja je ada pelanggan, termasuk kami. bila air sampai, dah pucat dah warna kat atas tu sebab ais cair. lepastu, makanan yang dipesan lain, sampai lain. masa aku order, aku cakap cheesy chicken, dia tanya, apa? children's favorite? aku cakap, tak..cheesy chicken. sekali sampai beef steak. haha. tak marah. nak tergelak je. aduhai.. teruk sangat ke pronunciation aku ni? tak boleh masuk kedai makanan omputih dah la pasni. hehe

apa pun, harap dapat tingkatkan kualiti layanan anda.


nampak tak citarasaTTG18 tu? tu la password wifi kat sini.
 

menu yang ada. students, jangan datang selalu. walau sedap, boleh kopak poket tu. haha.
 

aku order teh o ais lemon. sedap berbanding teh o ais limau yang biasa aku minum. lemon ni rasanya tak setajam limau. dan disebabkan terlalu sedap, aku habiskan separuh daripada air sebelum makanan sampai
 

presenting, spaghetti carbonara. bukan aku punya, tapi kawan aku punya. curi rasa sikit, ehmm sedap! cukup rasa. harga sepinggan, RM10.80
 

ni budaknya Rapeah tu
 

wah wah wah marvelous! cheesy chicken yang memang cheesy. memang sehidang lengkap, sekali dengan carrot dan kacang buncis celur. lepas tu kalau anda perasan, ewah anda tu, okay kalau anda perasan, ada mashed potato kat bawah sayur, dan ada lagi mashed potato bawah ayam. ayam ni di-grilled terlebih dahulu sebelum dimekap dan dituang segala kuahnya ni. 

aku suka ayam ni sebab masaknya sederhana, jadi juicy ayam tu masih ada. tapi tak juga liat untuk dipotong. dekat kulit ayam (hehe malu mengaku makan kulit ayam. nampak sangat mengamalkan pemakanan tidak sihat), terasa rangupnya kulit tu sebab di-grilled terlebih dahulu.

harga sepinggan RM12.80 agaknya. tak ingat berapa puluh sen kat belakang tu. 


pakai tudung bakal kakak ipar hadiahkan. terima kasih, kak Zura! :))
 

dulu aku bila tengok tv, aku selalu fikir, orang yang makan western ni, kenyang ke? kadang-kadang tengok ada seketul kecil je smoked-salmon atas pinggan, sos setitik dua dan sayur kacang buncis 3 batang yang tak dipotong tapi dicelur. oh ya, tak puas hati sikit dengan kacang buncis ni. tolong buang ya bulu panjang tepi kacang tu. mak saya cakap, orang malas je masak tak buang bulu kacang buncis. hehe. sekali nak potong masuk mulut, berjurai bulu kat tepi kacang tu. okay sambung cerita. rupanya memang mengenyangkan. aku pun tak tau apa puncanya. aku sendiri makan tak habis malam tu.

kesimpulannya, makanan barat memang mengenyangkan, tapi kepuasannya tak sama macam makan nasi kan? hehe


8 comments:

Haruno Hana 하나 said...

wah! nampak sedap lah ^^ tak pernah lagi makan kat sini :)

Haruno Hana 하나 said...

akak, saya ada cadangan :) better akak guna pop-up window atau embedded below post untuk comment, lebih praktikal dan memudahkan kalau guna pop up sbb tak melibatkan keseluruhan blog untuk loading masa comment :)

Isabel Diaz said...

Kalau saya, main tunjuk jerlah. Malu nak cakap owg putih.. Hihi..

afzalsukasuki said...

titi gajah, kepala batas.. kedah ea?ke perlis ea?errr

hehe nak gelak jap leh tak?ada gambar tanpa makanan.. tup2 skrol ke bawah gambar yang sama dengan makanan plak hehe :D

nampak sedap, lelagi dok tepi pantai.nyum2 :)

nik ros said...

sedapnyer la tgk. nak kena pi mkn jugak ni.dah lama teringin nak mkn western. minggu lepas tak dapat mkn..kuikuikui

Mya said...

waaaa sedapnyaaaa T_T btw, jum join segment mya :) http://sweettedy.blogspot.com.au/2013/06/segment-winter-blogwalking-by-mya.html

zarulfarhana said...

nmpk cm sedap...
dulu mnyewa kt area ctue xpenah pon pegi makn kt ctue..,.

Hayden Aznem said...

Xsedap kcewa :( sos blackpaper xsperti yg dibayangkan