Friendly Friends

May 17, 2013

Hadiah Hari Guru

assalamualaikum semua

seronoknya saya hari ni sebab hari ni hari guru! terkenang kisah hari guru di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dulu. kalau ada sukaneka, kena bertanding ikut rumah. masa saya tingkatan 5, kena tulis teks pengacaraan hari guru, dan masa tu, saya bagi mandat jadi pengacara tu Izzat Ariffin. lepas perasmian bagai tu, kami kena berkumpul dekat padang bola jaring sekolah untuk acara sukaneka. masa saya tingkatan lima tu, seingat saya, ada pertandingan gubahan buah, ada pertandingan menjahit dan macam-macam lagi.yang saya tau, saya rindu cikgu-cikgu saya, tak kira cikgu sekolah atau menengah.

saya pun kurang setahun lagi akan bergelar guru siswazah terlatih, major Sains. InsyaAllah. harapan saya besarrr sangat. saya nak tengok anak bangsa saya berjaya. saya harap saya kena ajar darjah satu, sebab saya yakin dan percaya bahawa cikgu-cikgu darjah satu sememangnya cikgu yang amat sabar dan penyayang. bukan nak kata cikgu darjah 2,3,4,5 dan 6 tu kurang sabar, tapi biasalah kalau cikgu darjah 1 ni, budak berak kencing muntah dalam kelas tu adalah dugaan biasa yang perlu dihadapi. budak menangis tak mau datang sekolah, cikgu kena berlembut dan kena pujuk. budak tak mahu menulis, cikgu kena tolong pegang tangan dia genggam pensel untuk menulis. saya sendiri pernah berkali-kali masuk ke kelas darjah 1 untuk kelas ganti. satu masa (30 minit) terasa bagai berjam-jam! hehe. mungkin waktu tu saya belum tahu nak tawan hati budak-budak ni agaknya. berlari keluar masuk kelas, memusing sambil bergolek atas lantai tu adalah pemandangan biasa. tapi kali kedua dan seterusnya saya masuk, saya ajar murid-murid ni menyanyi. saya bercerita pada mereka. saya juga bercerita kisah nabi. kadang-kadang, saya cerita hantu. hehe. Alhamdulillah, murid yang sering dikeluhkan guru-guru lain di bilik guru sebagai 'tak terkawal' pun ikut menyanyi dengan saya. 

saya banyak belajar menjadi individu yang penyabar sejak saya berkecimpung dalam profesion ni. betul. tak tipu

saya sayang cikgu-cikgu saya. tak terbalas rasanya jasa mereka mendidik dan membimbing saya. tapi kalau diberi kesempatan, saya teringin sangat nak jumpa 3 individu ni: Madam Hartini Ramlan (Madam Art), Cikgu Nik Ruzaimah dan Mr. Lim Eng Hua. sejak tiga individ berjasa ni meninggalkan bumi SMSAH Jenan, saya rasa kehilangan yang amat sangat. sebabnya, Madam Art adalah teacher saya yang paling banyak membantu saya membina keyakinan untuk speaking di khalayak. dan dengan beliaulah saya percaya bahawa learning English is fun! dengan cikgu Nik Ruzaimah pulak, beliau bagaikan ibu saya selama 5 tahun saya di SMSAH. beliau banyak memberi peluang kepada saya dalam banyak benda. bahas, pengacaraan, dan sebarang aktiviti melibatkan bahasa, cikgu Nik dan saya mesti ada. dan Mr Lim tu, tak payah nak cerita la. komitednya beliau mengajar Fizik takkan pernah saya lupa. saya yakin kawan-kawan saya yang lain pun sama

dan sebagai hadiah hari guru, saya dapat jambangan bunga dari tunang saya untuk saya hiasi meja studi saya. :))))

saya sangatttt suka bunga!




3 comments:

Adam Faiz said...

wah :o seronoknya,bukan main senyum lagi cik akak,dapat bunga ye? hehe..

Qira said...

@adam
eh eh mestilah. perempuan dgn bunga kan macam lelaki dgn bola :D

Isabel Diaz said...

selamat hari guru