Friendly Friends

May 15, 2013

Gadis, Cinta dan Persahabatan

assalamualaikum

"Qirah, aku dah putus dengan dia"
"Eh apasal pulak? elok ja aku tengok?"
"Asyik kongkong aku ja. aku kerja, kadang-kadang sebab urusan kerja, aku kena pi mana-mana. dia tak bagi"
"Dahtu dia nak bagi duit hang makan? dia nak tanggung perbelanjaan hang?"
  "Hmm..nak cerita kat hang...hang tau dak, dia pernah tampar aku.."
"Apahal mamat ni?? gila dok tampar-tampar anak dara orang??"
"Aku dah tak tahan la.. aku rasa nak break up dengan dia. ingat aku tak boleh hidup kalau dia tak ada? pastu kan, dia pernah kantoi ada facebook lain yang khas untuk mengurat perempuan lain. siap offer number phone dia lagi..."
Aku terdiam. sampai macam tu sekali?

Beberapa hari kemudian...

"Qirah, dia dok mesej tapi aku tak layan pun."
"Bagusla. belum kawen dah pandai naik tangan. dah kawen ntah ke hang kena sepak terajang."
"Aku rasa lega sangat lepas break up dengan dia."
"Weh, aku nak habaq ni... sebenarnya dari awal hang kapel dengan dia, aku rasa semacam ja mamat tu. tapi sebab hang suka, aku senyap ja la. nanti hang marah aku pulak."
"Ya ka... aku pun ingat dia nak berubah, tapi perangai tetap sama ja..."

Beberapa minggu kemudian...

"Qirah, subang hang dulu ada lagi tak?"
"Tak ada. aku tukar dengan cincin. tambah duit sikit. Leceh pakai subang, dok sangkut kat anak tudung. Awat tanya?"
"Saja. Qirah..."
"Apanya?"
"Aku dah kapel balik dengan dia..."

Aku terdiam.

"Ikut hang la. aku dah nasihat. hang sendiri dah rasa macam-macam. terpulang."





now playing Alicia Keys's song; Love is Blind

Well people don't see what I see
Even when they're right there
Standing next to me
And all of my friends think I'm crazy for loving you
What they don't know
There's nothing else I can do


See people don't know what I know
They say I'm losing my mind
I know I'm losing control
Eh eh eh ehhh
All of my friends think I'm crazy but I don't care
I'm over the edge, no turning back
Belong to you I swear
Ay!





Dear readers yang amat disayangi, especially girls out there

trust me, I've been in this situation. (Not saying that I was once blinded by so-called-love and he slapped me and my friends told me to leave him and we broke up and we made it up again!)

kita kadang-kadang terlalu dibutakan dengan perasaan kita. kita rasa dia jodoh kita, kita rasa dia satu-satunya lelaki yang mampu buat kita happy. disebabkan tu, kita tutup mata bila dia kasari kita, tak kira la secara fizikal atau mental. hakikatnya memang begitu, tak kira lelaki atau perempuan.

pada masa yang sama, kita ada kawan baik. kita percaya pada dia, dia dah lama berkawan dengan kita sedangkan lelaki tu baru sangat kita kenal. dan tolong ingat bahawa masa tak menjamin kita kenal hati budi seseorang. mungkin dia masih simpan sisi gelap dia dari pandangan kita. jadi, kawan baik kita nilah yang berfungsi untuk sedarkan kita kalau kita dah keterlaluan. kawan baik inilah yang akan bantu kita. selama ni kita dengan dia, takkan sebab lelaki tu kita sanggup ketepikan kawan kita?

kawan yang baik akan mengatakan benda yang betul. kalau betul yakin bahawa dia tetap jodoh kita, berhati-hatilah. tapi aku cukup tak suka dan marah sangat dengan lelaki yang berani-berani buat kekasaran fizikal. apa hak hang nak sakiti kawan aku? dan kalau hang tak tampar dia sekalipun, hang tetap tak layak untuk dia sebab perangai playboy hang tu.

kawan kita ada naluri yang kuat. naluri yang cukup kuat untuk lihat adakah dia yang terbaik untuk kita. aku tak suruh minta izin kawan kalau nak kawan dengan lelaki tu, tapi sekurang-kurangnya mintak la pendapat kawan kita sama. mungkin dia nampak apa yang kita tak nampak.



Thanks for opened the blindfold that covered my eyes.

Hey, this is just a sharing okay. Readers, please do not let your curiosity kill you :)

Dear friend, I hope you choose well. Live well, and be happy.

3 comments:

Isabel Diaz said...

Hish, kalau saya lama dah cari lelaki lain..

Qira said...

@isabel:
kita je kot fikir gitu..hmmm

adlina adliyanti said...

tp mmg betul. sometime ckp senang dr nk buat kn.

penat la kita bg nshat berbuih2 pon. :p