Friendly Friends

May 18, 2013

JJCM: Western Foods di Citarasa Titi Gajah

assalamualaikum

al kisah petang tadi, lepas Asar tu rasa lapar sangat. biasalah, duduk terperuk dalam bilik, breakfast tidak, lunch tidak. mood study week katakan. keluar bilik hanya ke bilik air, mandi, ambik wudhu. lepas solat duduk balik kat meja study. buat apa kat meja study? biarlah anda dengan tekaan anda. Shaqirah belajarkah? tengok cerita Koreakah? hehe. entahlah

bila dah rasa lapar, memusing la aku dengan roommate cari port makanan yang sedap. Jitra memang ada banyak tempat makan, dan untuk students (IPG Kampus Darulaman, Polimas, ILP, Kolej Komuniti, sekolah-sekolah dll), Jitra memang syurga makanan. sebut ja nak apa. burger, burger bakar, charkueteow, segala jenis sup, segala jenis tomyam, western, makanan Cina Muslim... semuanya ada! tapi hampir semua telah aku cuba. jadi, kereta pun dilajakkan menghala ke Kepala Batas.

tapi makin terlajak ke Titi Gajah. dulu pernah mai sekali, tapi rasanya nama dia Restoran Hijrah. ke, aku yang salah? deco dari luar nampak macam biasa je, macam food court. sebut je food court, hati melonjak gembira sebab makanan kat food court selalunya murah-murah. tapi bila makin mendekati Citarasa Titi Gajah ni, barulah aku sedar yang bukan sebarangan orang tengah makan kat situ. nampak dari luar macam biasa, bila pergi dekat, agak luar biasa. takkan nak patah balik kot?


ni deco di dari luar. biasa-biasa ja. tapi lepas parking, baru perasan kereta lain adalah toyota, honda dan nissan belaka. haha

yang aku nak tegur adalah servis yang ditawarkan. duduk tak lama sangat, waitress dah ambil order. ok itu bagus. tapi yang tak bagusnya, orang buat air kat dalam tu dah berkali-kali bunyikan loceng tu tanda air kami dah siap, tapi tak ada orang ambilkan pun. siap lalu, dan pergi menyembang dengan orang lain. ikutkan hati, nak je bangun sendiri tapi tak apalah, nanti nampak sangat tunjuk perasaannya kan? orang tak ramai pun waktu tu. hanya 4 meja je ada pelanggan, termasuk kami. bila air sampai, dah pucat dah warna kat atas tu sebab ais cair. lepastu, makanan yang dipesan lain, sampai lain. masa aku order, aku cakap cheesy chicken, dia tanya, apa? children's favorite? aku cakap, tak..cheesy chicken. sekali sampai beef steak. haha. tak marah. nak tergelak je. aduhai.. teruk sangat ke pronunciation aku ni? tak boleh masuk kedai makanan omputih dah la pasni. hehe

apa pun, harap dapat tingkatkan kualiti layanan anda.


nampak tak citarasaTTG18 tu? tu la password wifi kat sini.
 

menu yang ada. students, jangan datang selalu. walau sedap, boleh kopak poket tu. haha.
 

aku order teh o ais lemon. sedap berbanding teh o ais limau yang biasa aku minum. lemon ni rasanya tak setajam limau. dan disebabkan terlalu sedap, aku habiskan separuh daripada air sebelum makanan sampai
 

presenting, spaghetti carbonara. bukan aku punya, tapi kawan aku punya. curi rasa sikit, ehmm sedap! cukup rasa. harga sepinggan, RM10.80
 

ni budaknya Rapeah tu
 

wah wah wah marvelous! cheesy chicken yang memang cheesy. memang sehidang lengkap, sekali dengan carrot dan kacang buncis celur. lepas tu kalau anda perasan, ewah anda tu, okay kalau anda perasan, ada mashed potato kat bawah sayur, dan ada lagi mashed potato bawah ayam. ayam ni di-grilled terlebih dahulu sebelum dimekap dan dituang segala kuahnya ni. 

aku suka ayam ni sebab masaknya sederhana, jadi juicy ayam tu masih ada. tapi tak juga liat untuk dipotong. dekat kulit ayam (hehe malu mengaku makan kulit ayam. nampak sangat mengamalkan pemakanan tidak sihat), terasa rangupnya kulit tu sebab di-grilled terlebih dahulu.

harga sepinggan RM12.80 agaknya. tak ingat berapa puluh sen kat belakang tu. 


pakai tudung bakal kakak ipar hadiahkan. terima kasih, kak Zura! :))
 

dulu aku bila tengok tv, aku selalu fikir, orang yang makan western ni, kenyang ke? kadang-kadang tengok ada seketul kecil je smoked-salmon atas pinggan, sos setitik dua dan sayur kacang buncis 3 batang yang tak dipotong tapi dicelur. oh ya, tak puas hati sikit dengan kacang buncis ni. tolong buang ya bulu panjang tepi kacang tu. mak saya cakap, orang malas je masak tak buang bulu kacang buncis. hehe. sekali nak potong masuk mulut, berjurai bulu kat tepi kacang tu. okay sambung cerita. rupanya memang mengenyangkan. aku pun tak tau apa puncanya. aku sendiri makan tak habis malam tu.

kesimpulannya, makanan barat memang mengenyangkan, tapi kepuasannya tak sama macam makan nasi kan? hehe


Tawaran: Penuhkan Bloglist Saya, please! :)

assalamualaikum

ishk.
macam mana nak cakap ya
ada widget penting yang saya tak letakkan di blog saya iaitu bloglist.
ada sesiapa berminat ke nak duduk dalam bloglist saya? hehe. maluu

kalau ada, tinggalkan link blog anda di bawah ya.
kita exchange link.
nak tak?
kalau tak ada, malu la saya
hehe

saya betul-betul tak tahu nak letakkan siapa
ok bye!

 

May 17, 2013

Review Ninetology Blackpearl (SKMM Rebate)

assalamualaikum

kali ni nak bagi review pasal henpon Ninetology Blackpearl yang boleh dimiliki melalui SKMM Rebate.

aku dah guna hampir dua bulan rasanya. dan Alhamdulillah setakat ni sangat berpuas hati. disebabkan puas hati itulah aku nak tulis di sini, mungkin ada yang sedang mempertimbang-timbangkan nak beli telefon pintar mana.

harga asal ialah RM599. tapi kita boleh guna rebat yang bernilai RM200, menjadikan baki harga aalah sebanyak RM399. tapi, kita jimat lagi RM100 sebab manufacturer Ninetology ni memang offer RM100 discount untuk pembelian Blackpearl ni. kalau beli tapi tak dapat less lagi RM100, something might wrong somewhere. tanya balik orang yang jual tu, kenapa saya tak dapat sedangkan kawan-kawan yang lain dapat.

specs yang aku tekankan, yang perlu ada dalam sesebuah henpon adalah biasa-biasa saja. benda basic. kena boleh sms, kena boleh mms, wajib ada kamera walaupun sekadar 2.0mp dan paling wajib ada radio! walaubagaimanapun, Ninetology Blackpearl (NB) ni menawarkan lebih daripada tu. sms tu tak payah cerita la. telefon tak pintar pun boleh sms. kamera dia pulak, dekat belakang tu tulis 5.0mp tapi kalau kita semak semula dekat setting camera, dia ada sampai 8.0mp dan kita boleh set nak kualiti gambar sekadar 5.0 atau 8.0mp. ada ke yang nak guna 5.0 kalau ada 8.0? haha. ni pulak gambar-gambar yang aku shoot guna NB ni. gambar ni adalah raw pictures yang mana langsung tidak melalui proses pengeditan.


gambar adik aku dengan abah masa berhenti makan ais kacang kat jalan nak pergi Padang Besar
 

bunga yang mak beli kat Cameron Highlands dah berkembang dalam taman
 

inai biru di jari sempena PRU
 

cheesy chicken yang superb! ini ada entry khas ni

masih berkaitan dengan kamera, NB juga menawarkan teknik pengeditan gambar yang superb and i loike~


Happy face Mr. Fiance
 

nasi goreng biasa-biasa pun nampak sedap
 
 
my tomei-tomei Harraz dengan abah

ok. cukup pasal kamera. antara specs lain yang ada pada NB ini ialah Android 4.0.4, GPS, wifi dan segala macam specs yang smart phones ada la. tapi yang best lagi tentang NB ni ialah dia punya smoothness masa kita nak slides atau touch dia. aku pernah guna henpon abang dan kawan-kawan aku jenama Samsung pun tak se-smooth macam NB. oh lupa nak cakap. internal memory dia 2gb. aku tak guna SD card pun lagi sebab henpon lama punya SD card tu besar, tak muat nak masuk dalam slot NB. haha. tapi walaupun 2gb, aku isi macam-macam! gambar tu tak terkira la berapa ratus, lagu pun banyak, games, applications lain malah movie pun aku masukkan. tambah-tambah kalau drama Korea yang memanjang tak habis-habis lagi tengok tu. tapi, ada tapi lagi tu, dia tetap tak melambatkan loading NB ni.

sepanjang pemerhatian aku, aku memang perasan bateri dia cepat sikit low. dan aku sebagai peminat setia radio pun perasan yang tak banyak channel boleh kita save. dan sebagai peminat radio jugak, aku perasan yang kalau kita play the radio guna speaker (headphone la tapi tak sumbat dalam telinga), kuat atau perlahan, dia punya bunyi tetap macam tu. hang perlahan, dia macam tu punya level, hang tinggi pun dia tetap macam tu.

tapi melalui review yang aku baca melalui blogger lain, GPS dia slow sikit loading. perumpamaan dia macam ni la, kita nak pergi pasar raya Yawata. gamaknya tang mana la pasar raya Yawata tu kat Jitra ni? cari la melalui GPS. tapi dia sloww sangat, dan bila kita dah selesai membeli-belah di Yawata, barulah dia habaq mai, tang mana Yawata tu. hihi

didatangkan dengan warna putih dan hitam (aku putih. eh dak, aku cakap pasal NB aku ni warna putih), tapi disebabkan dia masih baru dalam pasaran, dia punya casing adalah terhad. ada jual kat kedai yang jual dia saja. tapi aku tak beli sebab harga dia RM30 dan warna yang ada adalah warna yang aku tak suka, iaitu biru. try padankan dengan casing model lain tapi tak sesuai sebab dia tutup speaker. speaker NB ni di bawah, belah belakang. tapi bagi yang duduk di negeri Kedah, aku sarankan hampa-hampa semua pi Sentosa. situ kira macam Lowyat Kedah la. nak warna apa, jenis apa, semua ada. dan bagi aku, misi akan bermula untuk mencari casing warna pink atau peach :)

setakat ni review untuk Ninetology Blackpearl. maaf kalau pencerahan ini belum cukup cerah. apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen. bye semua. nak lunch!

Hadiah Hari Guru

assalamualaikum semua

seronoknya saya hari ni sebab hari ni hari guru! terkenang kisah hari guru di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dulu. kalau ada sukaneka, kena bertanding ikut rumah. masa saya tingkatan 5, kena tulis teks pengacaraan hari guru, dan masa tu, saya bagi mandat jadi pengacara tu Izzat Ariffin. lepas perasmian bagai tu, kami kena berkumpul dekat padang bola jaring sekolah untuk acara sukaneka. masa saya tingkatan lima tu, seingat saya, ada pertandingan gubahan buah, ada pertandingan menjahit dan macam-macam lagi.yang saya tau, saya rindu cikgu-cikgu saya, tak kira cikgu sekolah atau menengah.

saya pun kurang setahun lagi akan bergelar guru siswazah terlatih, major Sains. InsyaAllah. harapan saya besarrr sangat. saya nak tengok anak bangsa saya berjaya. saya harap saya kena ajar darjah satu, sebab saya yakin dan percaya bahawa cikgu-cikgu darjah satu sememangnya cikgu yang amat sabar dan penyayang. bukan nak kata cikgu darjah 2,3,4,5 dan 6 tu kurang sabar, tapi biasalah kalau cikgu darjah 1 ni, budak berak kencing muntah dalam kelas tu adalah dugaan biasa yang perlu dihadapi. budak menangis tak mau datang sekolah, cikgu kena berlembut dan kena pujuk. budak tak mahu menulis, cikgu kena tolong pegang tangan dia genggam pensel untuk menulis. saya sendiri pernah berkali-kali masuk ke kelas darjah 1 untuk kelas ganti. satu masa (30 minit) terasa bagai berjam-jam! hehe. mungkin waktu tu saya belum tahu nak tawan hati budak-budak ni agaknya. berlari keluar masuk kelas, memusing sambil bergolek atas lantai tu adalah pemandangan biasa. tapi kali kedua dan seterusnya saya masuk, saya ajar murid-murid ni menyanyi. saya bercerita pada mereka. saya juga bercerita kisah nabi. kadang-kadang, saya cerita hantu. hehe. Alhamdulillah, murid yang sering dikeluhkan guru-guru lain di bilik guru sebagai 'tak terkawal' pun ikut menyanyi dengan saya. 

saya banyak belajar menjadi individu yang penyabar sejak saya berkecimpung dalam profesion ni. betul. tak tipu

saya sayang cikgu-cikgu saya. tak terbalas rasanya jasa mereka mendidik dan membimbing saya. tapi kalau diberi kesempatan, saya teringin sangat nak jumpa 3 individu ni: Madam Hartini Ramlan (Madam Art), Cikgu Nik Ruzaimah dan Mr. Lim Eng Hua. sejak tiga individ berjasa ni meninggalkan bumi SMSAH Jenan, saya rasa kehilangan yang amat sangat. sebabnya, Madam Art adalah teacher saya yang paling banyak membantu saya membina keyakinan untuk speaking di khalayak. dan dengan beliaulah saya percaya bahawa learning English is fun! dengan cikgu Nik Ruzaimah pulak, beliau bagaikan ibu saya selama 5 tahun saya di SMSAH. beliau banyak memberi peluang kepada saya dalam banyak benda. bahas, pengacaraan, dan sebarang aktiviti melibatkan bahasa, cikgu Nik dan saya mesti ada. dan Mr Lim tu, tak payah nak cerita la. komitednya beliau mengajar Fizik takkan pernah saya lupa. saya yakin kawan-kawan saya yang lain pun sama

dan sebagai hadiah hari guru, saya dapat jambangan bunga dari tunang saya untuk saya hiasi meja studi saya. :))))

saya sangatttt suka bunga!




May 15, 2013

Gadis, Cinta dan Persahabatan

assalamualaikum

"Qirah, aku dah putus dengan dia"
"Eh apasal pulak? elok ja aku tengok?"
"Asyik kongkong aku ja. aku kerja, kadang-kadang sebab urusan kerja, aku kena pi mana-mana. dia tak bagi"
"Dahtu dia nak bagi duit hang makan? dia nak tanggung perbelanjaan hang?"
  "Hmm..nak cerita kat hang...hang tau dak, dia pernah tampar aku.."
"Apahal mamat ni?? gila dok tampar-tampar anak dara orang??"
"Aku dah tak tahan la.. aku rasa nak break up dengan dia. ingat aku tak boleh hidup kalau dia tak ada? pastu kan, dia pernah kantoi ada facebook lain yang khas untuk mengurat perempuan lain. siap offer number phone dia lagi..."
Aku terdiam. sampai macam tu sekali?

Beberapa hari kemudian...

"Qirah, dia dok mesej tapi aku tak layan pun."
"Bagusla. belum kawen dah pandai naik tangan. dah kawen ntah ke hang kena sepak terajang."
"Aku rasa lega sangat lepas break up dengan dia."
"Weh, aku nak habaq ni... sebenarnya dari awal hang kapel dengan dia, aku rasa semacam ja mamat tu. tapi sebab hang suka, aku senyap ja la. nanti hang marah aku pulak."
"Ya ka... aku pun ingat dia nak berubah, tapi perangai tetap sama ja..."

Beberapa minggu kemudian...

"Qirah, subang hang dulu ada lagi tak?"
"Tak ada. aku tukar dengan cincin. tambah duit sikit. Leceh pakai subang, dok sangkut kat anak tudung. Awat tanya?"
"Saja. Qirah..."
"Apanya?"
"Aku dah kapel balik dengan dia..."

Aku terdiam.

"Ikut hang la. aku dah nasihat. hang sendiri dah rasa macam-macam. terpulang."





now playing Alicia Keys's song; Love is Blind

Well people don't see what I see
Even when they're right there
Standing next to me
And all of my friends think I'm crazy for loving you
What they don't know
There's nothing else I can do


See people don't know what I know
They say I'm losing my mind
I know I'm losing control
Eh eh eh ehhh
All of my friends think I'm crazy but I don't care
I'm over the edge, no turning back
Belong to you I swear
Ay!





Dear readers yang amat disayangi, especially girls out there

trust me, I've been in this situation. (Not saying that I was once blinded by so-called-love and he slapped me and my friends told me to leave him and we broke up and we made it up again!)

kita kadang-kadang terlalu dibutakan dengan perasaan kita. kita rasa dia jodoh kita, kita rasa dia satu-satunya lelaki yang mampu buat kita happy. disebabkan tu, kita tutup mata bila dia kasari kita, tak kira la secara fizikal atau mental. hakikatnya memang begitu, tak kira lelaki atau perempuan.

pada masa yang sama, kita ada kawan baik. kita percaya pada dia, dia dah lama berkawan dengan kita sedangkan lelaki tu baru sangat kita kenal. dan tolong ingat bahawa masa tak menjamin kita kenal hati budi seseorang. mungkin dia masih simpan sisi gelap dia dari pandangan kita. jadi, kawan baik kita nilah yang berfungsi untuk sedarkan kita kalau kita dah keterlaluan. kawan baik inilah yang akan bantu kita. selama ni kita dengan dia, takkan sebab lelaki tu kita sanggup ketepikan kawan kita?

kawan yang baik akan mengatakan benda yang betul. kalau betul yakin bahawa dia tetap jodoh kita, berhati-hatilah. tapi aku cukup tak suka dan marah sangat dengan lelaki yang berani-berani buat kekasaran fizikal. apa hak hang nak sakiti kawan aku? dan kalau hang tak tampar dia sekalipun, hang tetap tak layak untuk dia sebab perangai playboy hang tu.

kawan kita ada naluri yang kuat. naluri yang cukup kuat untuk lihat adakah dia yang terbaik untuk kita. aku tak suruh minta izin kawan kalau nak kawan dengan lelaki tu, tapi sekurang-kurangnya mintak la pendapat kawan kita sama. mungkin dia nampak apa yang kita tak nampak.



Thanks for opened the blindfold that covered my eyes.

Hey, this is just a sharing okay. Readers, please do not let your curiosity kill you :)

Dear friend, I hope you choose well. Live well, and be happy.

Burger Terbaik di Jitra

assalamualaikum

sekarang mood aku tengah baik sangat sebab baru lepas isi tangki besar ni. hehe. beralih selera sikit-sikit, nak kurangkan makan nasi kononnya padahal nasi tak salah pun. yang salah sebab tuan punya tangki tu ha. makan tak ingat dunia.

kalau duduk sekitar Jitra, ada 3 tempat yang jual burger sedap. satu, burger kat area Taman Siswa, dekat food court area kedai rawatan resdung tu. sedap sangat. terasa lada hitamnya yang halus, daging yang tak kering dan berjus, lepas tu cara penyediaan pun kemas dan bersih. paling tabik sebab depa akan tutup waktu maghrib. sebiji burger biasa RM2.50 sahaja. kampung aku pun sebiji RM2.70. try la beli burger sini.

yang kedua adalah burger Haikal, depan Yawata. dulu aku fanatik betul dengan burger Haikal ni, tambah-tambah burger ikan dia. tapi makin lama, servis dan serving dia makin tak memuaskan. kalau tak tahan menunggu, kadang-kadang setakat 30 minit pun tak tentu dapat lagi order kita sebab ramai sangat yang membelinya. bila dah dapat, daging rasa macam tak berapa masak dan kering. roti pulak penyet. aku tak suka burger roti penyet. lama-lama, obsesi dekat burger Haikal tinggal kenangan.

tapi paling aku nak rekemen ialah burger Lebai yang terletak di pekan Jitra, area KFC. dia dalam foodcourt, tapi kalau lalu tepi jalan dah boleh nampak sebab dia duduk depan sekali. orang yang kerja sini semuanya lelaki yang berlebai putih. hihi. bukan setakat burger, set burger (burger, fries dan salad), ada chicken grill, steak, chicke chop, piza panas yang disediakan ikut permintaan dan macam-macam lagi makanan barat.


ni set burger tu. RM5.70


ini memang terbaik! chicken grill, yang sangat lembut dan rasa semua rencahnya, RM8.50 sepinggan

sedap baq hang!



May 14, 2013

Resepi Pajeri Terung

assalamualaikum

nak memasak sungguhla ahzab tapi nak makan sungguhla mahsyuk. macam jugak pajeri terung ni, leceh betul nak masak sebab kena perah santan. hehe. tapi mak cakap, perempuan tak perlu pakai losyen untuk lembutkan kulit tangan. perah je santan selalu, tangan akan lembut semula jadi. tips yang bagus ya untuk para gadis di luar sana! rajin-rajinkanlah diri masuk dapur

aku selalu pelik, kenapa ada pajeri yang aku makan warnanya gelap dan ada jugak warna macam gulai je. aku suka yang lagi gelap. di sini, aku bawakan resepi simple pajeri terung, boleh jugak ganti dengan nenas kalau suka.

Bahan-bahan:

1. 4 biji terung saiz sederhana. Kerat dua dan kerat 4 di hujung dia tapi jangan sampai putus. paham dak? hehe
2. secawan pekat santan
3. sepaket serbuk kari daging. aku selalu guna jenama Babas
4. Kerisik dalam 2,3 camca besar
5. bawang merah 2 ulas dan bawang putih 3 ulas dimayang halus
6. daun kari
7. gula merah

Cara-cara Penyediaan:

Tumis bawang sampai keperangan dan naik bau. masukkan daun kari, tumis lagi. lepastu masukkan serbuk kari yang telah dibancuh bersama kerisik. tumis sampai pecah minyak. kalau tak pecah minyak, nanti makan, bau serbuk kari macam tak berapa masak.

lepas tu, masukkan gula merah dalam setengah senduk. (valid ke?). okay sesedap hati. masukkan terung, masukkan santan dan masak sampai terung empuk. tadaaaa! pajeri dah siap






May 12, 2013

My Preloved Sale

assalamualaikum

saya ada barangan yang saya nak jual. ada baju, ada kasut, ada baju yang boleh dipakai semasa hari raya atau hari pertunangan, ada blouse, ada barangan kesihatan dan kecantikan serta macam-macam lagi. tapi tunggu sampai saya habis paper pertama saya esok ya. harga barangan bermula dari RM2.00 sahaja. daripada tak pakai, baik saya jual. dapat duit dan tak semakkan locker. 

dan perhatian juga kepada sesiapa yang nak beli sabun beras berkolagen tu. saya lepas ni saya balik rumah cuti sem, saya jarang bukak email rasanya. jadi boleh terus sms saya untuk sebarang pertanyaan. apa pn, esok la saya buat announcement lain

nah gambar yang buat saya tersenyum hari ini!


my only nephew (for now) yang makin tomei tomei momei. rindu sangat kat Harraz


 wedding heels dari ChristyNg. nama kasut ni, Cranberry Ivory. retail price RM250. oh sangatt jatuh hati. harus menabung dari sekarang

Doakan kejayaan saya!

May 10, 2013

Surat untuk Warganegara Malaysia dari Saya, Shaqirah

assalamualaikum

saya rakyat Malaysia, dan saya yakin dan percaya bahawa sifat santun dan beradab adalah budaya bangsa-bangsa yang ada di Malaysia

We are Malaysians, and we are the polite citizen.

tetapi kenapa bila ada sesuatu isu yang timbul, kita cepat sangat melatah? saya tidak merujuk kepada senario PRU yang masih hangat diperkatakan. saya juga pengundi, tetapi bukan pengundi hantu atau pengundi undi rosak ya. apa yang hendak dikongsi pun tidak berkaitan langsung dengan pilihanraya. saya hanya mahu mengutarakan beberapa pendapat, dan perkongsian tentang sifat kita, termasuk saya.

1. saya lihat, bahasa yang digunakan oleh kita, sangat kasar. mungkin sekiranya perkataan tersebut digunakan dalam kalangan kita dan sahabat 'sekepala', ia boleh diterima. tetapi saya yakin ada kalanya dalam sedar atau tidak, kita telah menyakiti hati yang berkomunikasi dengan kita itu. contohnya, "Kepala otak hang!" ya. kenapa dengan kepala otak saya? adakah kepala otak saya menganggu anda? atau semudahnya anda mengatakan, "Bodo la hang ni!" ya, mungkin saya bodoh, tetapi sekurang-kurangnya saya tidak meletakkan awak di tempat yang rendah seperti mana awak meletakkan saya. 

Jagalah bahasa. bahasa cerminan bangsa

2. kita juga terlalu cepat melenting. contohnya, akhbar salah melaporkan sesuatu isu. benda kecil diperbesarkan (saya ulang sekali lagi bahawa bukan isu politik yang saya utarakan). contohnya isu rumpai laut yang dikatakan tidak mengandungi kolagen, atau apa saja. sekiranya kita yakin bahawa apa yang dilaporkan tidak benar, saya fikir tidak perlu kita memberi respon yang menunjukkan betapa tidak rasional dan tidak matangnya kita menangani isu tersebut. wajarkah ayat-ayat sebegini keluar dari mulut kita: Bodoh! kalau tak tau tu tak payahla tulis! pergi belajar balik la woi!!

aduh. kasarnya bahasa...

saya yang membacanya tumpang tersentap. beginikah sikap rakyat Malaysia?

jagalah bahasa
ia menggambarkan keperibadian anda
anda tidak perlu menjadi seorang yang 'jiwang' atau mat bunga atau sasterawan negara dalam menggunakan bahasa yang santun dan bersopan

itu saja dari saya
untuk rakyat Malaysia



saya sayang Malaysia

May 8, 2013

Untuk Tunang Saya

assalamualaikum


pathetic sangat birthday celebration untuk my small-eyed fiance ni. haha. dia memang kureng dengan kek. jadi aku gantikan kek dia dengan burger daging sebiji. nak beli burger bakar kang tak habis pulak. banyak benda lagi nak makan. maafkan saya yang tak pandai buat suprise. tapi harapnya hati awak tersentuh. hihi

kita kasi close up sikit!


bajet comel habis la dengan ambik lidi ikat dengan stick note tulis Happy Birthday Tunang Saya tu? haha. tapi aku memang pakar sikitla dalam buat orang syahdu syahdu ni. walaupun burger ni sememeh, ikhlas dari tunang awak yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak!

 

bertambah kesian kat tunang saya tu sebab tahun ni dapat tshirt warna pink. tula, dah dapat tunang suka warna pink. semua benda dia nak pink. tapi terimalah hadiah yang tidak seberapa ini. diharap dapat memakainya dengan rela hati. tak hilang macho awak tu setakat pakai baju pink! wekkk

my dear small-eyed fiance,



semoga kerja awak diberkati, semoga usia awak dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah, jaga diri, jaga hati, jaga mata, hehe, jaga kereta baik-baik

You changed my life without even trying, & i don't think i could ever tell you how much you mean to me. I can't Imagine what things would be like if i hadn't met you.

 

Love Rain: Is First Love Matters that Much?

assalamualaikum

is first love matters that much?
should you fight for it, or just leave it as memories?

hi peeps! gile punya introduction kali ni. mentang-mentanglah election dah habis, seronok le tu apa yang disokong menang ye dak? hehe. tak nak gaduh tak nak gaduh. kali ni nak bagi review pasal satu drama Korea yang aku baru je habis tengok. selama ni tak la peminat tegar Kpop pun. paling koman, tengok Running Man. tapi biasalah, naughty Shaqirah ni always takes things for granted! makin dekat nak final exam, makin dia mula melagho. 

as always, kalau cerita tu pasal First Love, memang aku akan sentiasa tertarik. bajet ada first love padahal semua tu crush semata-mata. drama ni dilakonkan oleh Jang Geun Suk dan Im Yoona dari  Girls' Generation. mula-mula memang slow sangat cerita ni. aku tengok dengan kakak ipar, memang tersengguk bila tengok awal-awal episod. yela. tengok setting yang tak sezaman dengan kita. cerita dimulakan dengan kisah In Ha, seorang student art yang secara tak sengaja terpandang satu scenery yang 'indah', iaitu Yoon Hee. dia pun lukis potret Yoon Hee ni dan rasa macam nak berkenalan dengan gadis yang masa tu belum diketahui asal usulnya. lebih jadi isu bila kawan baik dia Doong Wok pun suka dekat girl ni. dia pun redha. lepaskan orang yang suka dekat kawan dia.

tapi makin dia larikan diri, makin dia tak dapat lupakan Yoon Hee. dia daftar untuk join army untuk larikan diri dari bertembung dengan Yoon Hee tapi berlaku satu peristiwa yang mana dia dengan Yoon Hee confess yang depa sebenarnya suka sama suka. bila kawan-kawan depa tau, In Ha ni kena belasah sebab dikatakan sebagai lupakan kawan dan khianati kawan macam tula. akhirnya, In Ha dan Yoon Hee ni diterima hubungannya tapi terpisah sebab Yoon Hee ni sebenarnya berpenyakit dan dia pergi US untuk berubat.

tu kisah 30 tahun lalu. bila masuk zaman 2012, masing-masing dan beranak pinak. In Ha ingat Yoon Hee, dia punya first love tu dah mati. dia kawen dengan salah seorang kawan dia yang jugak peminat dia dulu. tapi dia tak tau yang Yoon Hee masih hidup. malang berterusan lagi bila anak depa bercinta tanpa tahu yang parents depa dulu tu cinta pertama masing-masing. bila parents depa terjumpa dan rancang nak kahwin, anak-anak ni try nak break up tapi biasalah kan. banyak betul halangannya.

aku suka cerita ni sebab dia tonjolkan kekuatan cinta pertama tu. macam mana penantian selama 30 tahun tetap ada untuk si cinta pertama walaupun dah beranak pinak. tapi secara logiknya, wajar ke sakitkan hati orang di sekeliling kita semata-mata untuk pertahankan cinta pertama kita? tak boleh ke move on dan teruskan hidup macam biasa? tapi yang buatkan aku suka cerita ni ialah parents depa, In Ha dengan Yoon Hee ni rasional. walaupun sebelum ni depa terpisah bukan atas sebab rela, depa akhirnya ambil keputusan untuk batalkan perkahwinan selepas jumpa balik. bak kata Yoon Hee dekat anak dia, Ha Na, "bila kamu berada pada usia seperti mak, kamu akan sedar bahawa cinta pertama tu hanya untuk dikenang. bukan untuk dikejar. lebih baik bersahabat dari bercinta kalau hakikatnya kita memang dah ada kehidupan sendiri".

moralnya, Allah dah aturkan hidup kita dengan cara yang terbaik. ada sebabnya kenapa seseorang tu terus menjadi watak penting dalam hidup kita. ada juga sebab kenapa walaupun kita ada banyak memori dengan dia tapi kemunculan dia hanya sementara. bak kata orang putih, “it’s not the person that knows you the longest, but the person who came and never left.”

mungkin dia hanya ditakdirkan sebagai seorang kawan, mungkin orang yang kita tak pernah sangka tu adalah jodoh kita. jangan terlalu obses dengan cinta pertama padahal dia dah bahagia, awak je yang tertunggu-tunggu dia. wake up okay wake up! yang patah tumbuh yang hilang berganti dan kita takkan pernah tahu kalau yang baru tumbuh tu lebih baik dari yang dah patah

sebab dia tak berapa sesuai dengan kita la dia patah kan? hehe


 Every girl needs a good guy who can help her laugh when she thinks she'll never smile again.

kalau awak rasa awak tak mampu buat dia senyum, lepaskan dia kepada yang mampu.-Qouted on 2007.