Friendly Friends

April 23, 2013

Penghujung.

assalamualaikum

Alhamdulillah. selesai sudah praktikum fasa akhir selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera. sudah berakhir malam-malam yang tak nyenyak tidur sebab tak tulis Rancangan Mengajar. hehe. kadang-kadang tu terbabas jugak. yelah manusia kan. ada masa letih yang amat sangat, tertidur sampai tak sempat menulis rancangan mengajar. lepas tu mula la pergi sekolah dengan rasa takut. bukan apa, kalau jadi cikgu ni, tanpa rancangan mengajar, boleh kena saman tau kalau tak tulis atau hilangkan buku. kira macam lesen mengajar la buku ni. ha, macam tu la gamaknya nak cerita tentang kes rancangan mengajar ni.

aku dicalonkan sebagai pelajar cemerlang praktikum tapi aku tolak. sebabnya... aku mengaku salah diri sendiri sebab tak update portfolio. bila pensyarah maklumkan yang nama aku dah dicalonkan sebagai cemerlang, terus demam dua hari sebab berjaga malam update portfolio. pergi sekolah, muka macam panda, berjalan macam zombi. hinggalah sehari sebelum penilaian cemerlang, aku masih gagal siapkan portfolio. maaf kepada semua yang terlibat atau sengaja dilibatkan. saya benar-benar tak mampu...

praktikum kali ni benar-benar mengajar aku tentang banyak benda. antaranya, seorang guru harus bijak dalam mengambil hati murid. sebab murid-murid ni akan minat belajar kalau depa suka cikgu tu. kalau masuk kelas asyik marah-marah, asyik tinggikan suara, malah tangan dah mula berani cubit pulas murid, macam mana murid-murid nak suka kita? bila depa suka kita, depa akan suka subjek kita. depa akan sentiasa tunggu kedatangan kita. depa akan sambut kita dengan ucapan salam yang penuh semangat.  secara tak langsung, kita juga akan rasa semangat, dan takkan stress masuk kelas.

ketegasan itu sangat penting. tapi bukan baran tak bertempat.

kita jugak tak boleh letak harapan terlalu tinggi semasa mengajar. maksudnya, jangan sekali-kali syok sendiri. rasa macam mangajar bagus dah. bahan bantu mengajar, lembaran kerja, rasa macam semua dah ok. tapi tiba-tiba ada murid mengadu tak faham. lebih stress kalau pensyarah mai buat penilaian dan markah tak sebaik yang kita harapkan. masa tu, renung balik diri, adakah penyampaian aku benar-benar berkesan? adakah aku mampu mengawal kelas dengan baik? adakah suara aku berintonasi, dan komunikasi aku dengan murid berkesan? adakah aku berjaya merangsang murid untuk terus 'hidup' dan memberi respons yang baik terhadap semua aktiviti yang aku jalankan? adakah kaedah, pendekatan dan strategi yang aku guna ni adalah sesuai untuk murid aku dan topik yang aku ajar? cermin balik diri. refleksi kata orang. masa tu, kita akan dapat kesan di mana kurangnya kita masa mengajar. 

ewah, pandai pulak aku bersyarah. hehe

aku masa kat sekolah ni berpraktikum, aku tak ingat dah berapa kali aku jadi emcee. PIBG, program tu, program ni, dan aku rasa tu salah satu cara aku nak menyumbang sesuatu pada sekolah. yang paling penting, aku rasa bertuah sebab ditempatkan berpraktikum di sekolah ni. penerimaan guru-guru adalah sangat di luar jangkaan! macam tu jugak dengan staff-staff, bahagian pentadbiran dan seluruh warga sekolah. sangat terharu dengan layanan mesra masa di sekolah. guru dan pensyarah pembimbing pun sangat membantu. sangat membimbing. macam tu jugak dengan rakan-rakan praktikum, anda sangat membantu dan happening! terima kasih semua! (nada sobsobsob)

di sini, dibawakan beberapa keping foto untuk dikenang-kenang.


hehe. dapat jugak jejak kaki ke Kem Sultan Abdul Halim (Kem Tentera). kata sekolah tentera ye dak? macam-macam tips aku dapat untuk bekalan menjadi isteri tentera dari sekolah ni 
 

menjelang 2 minggu terakhir praktikum, macam ni la keadaannya. Alhamdulillah. bersyukur menjadi individu kidal
 

selerak sangat dengan goodies untuk budak-budak. mulanya ingat nak buat bookmarks je tapi tak sempat. malam sebelum hari terakhir tu keluar ke Mydin. beli barang basah dan kering untuk buat laksa untuk jamuan perpisahan esoknya. ni pun benda dalam goodies ni beli lepas kelas akhir. mintak kebenaran GB. hehe
 

come on yeah!
 

aaahhh! dalam seminggu, sekurang-kurangnya sekali kami makan-makan.  tapi untuk jamuan ni, cikgu-cikgu masakkan kami nasi, ikan goreng celup tepung, ulam dan sambal belacan, kerabu mempelam dan gulai daging. beberapa hari sebelum jamuan, aku terdengar cikgu-cikgu dah mula plan nak masak apa. sobsobsob terharu!


meratah sedap ni! sarapan pagi kami pun ditaja oleh kak Dayang yang masakkan nasi lemak dan kak Gee yang beli berpuluh-puluh  bungkus nasi lemak


coktails dari pihak kantin, dan laksa dari kami. lepastu ada buah-buahan, kek, jeruk mempelam dan macam-macam lagi
 

perjumpaan terakhir dengan semua guru di bilik mesyuarat. terharu betul masa GB ulang sebut balik nama kami dan bila turn nama aku, dia cakap macam ni," Cik Nur Shaqirah Mat Isa. ni semua kenal ni, pengacara kita."

terima kasih semua!

2 comments:

Isabel Diaz said...

Kalau saya memang sisa buli budak-budak.. Mintak itu mintak ini.. Hahaha..

Nasuha said...

http://sigadisoptimis.blogspot.com/2013/04/april-may-giveaway-by-nabila-medan.html

Jom join givaway ni..