Friendly Friends

March 17, 2013

Untung Jadi Cikgu

assalamualaikum

Jumaat lepas, lepas habis bertugas untuk Kejohanan MSSD Kubang Pasu, Kedah, aku pun pergi la pasar pagi (orang utara panggil nat) untuk tengok-tengok sikit apa ada. tapi bukan setakat tengok la, aku borong labu 4 biji dengan harga RM5.00 sahaja, seikat daun selom campur 3 ikat daun putat dengan harga RM1.00 sahaja, 3 ekor siakap sebesar tapak tangan dengan harga RM7.50, 4 ekor ikan duri campur 1 kilogram sotong dengan harga RM10.00. tak lupa cd qasidah untuk mak. seronok sangat! barang semuanya murah

jalan ke hadapan, tiba-tiba terserempak dengan murid tahun 6 sekolah aku mengajar. aku dan kawan-kawan pun pi la dekat dia

"Eh, kamu berniaga air kat sini? Ayah mana? sorang ja ka?" 

Dia jawab, "Ayah jual roti canai, cikgu. sat lagi ayah mai la tolong kemas-kemas barang."

aku dan kawan pun order la air milo dan air jagung. dia kata, nak masukkan dalam plastik. kami angguk jela. aku rasa, air dalam cawan tu RM1.00. kalau dalam plastik, lebih kot. tak apalah, hilang dahaga. 

lepas tu dia hulur air. kami pun hulur la RM1.00 seorang. berkeras dia takmau terima duit tu. dia kata, saya nak bagi ja dekat cikgu.. aku teringat kisah yang banyak aku dengar. kisah seorang cikgu yang pergi pasar malam. asal jumpa murid yang tolong ayah berniaga je, mesti dapat barang jualan secara percuma. tanda penghargaan kepada cikgu sebab tolong didik anak dia.

terharu.

tak sangka terjadi pada diri sendiri.

tapi kami paksa jugak dia terima duit kami. dia orang susah.. aku cakap kat dia, "Kalau kamu tak mau terima duit cikgu, lepas ni cikgu tak mau mai dah kat gerai kamu." dia tetap takmau terima. last-last, adik dia yang ambil

makin lama, aku makin rasa ke'cikgu'an tu menebal. aku rasa apa orang rasa. aku rasa dihargai dan disayangi dalam profesion ni. aku rasa diperlukan dan dihormati. aku rasa seronok dapat bersama-sama budak-budak yang naif dan perlu didikan. 

semoga Allah permudahkan urusan aku dalam bidang ni, aminn

1 comment:

Isabel Diaz said...

Bestlah akak nie. Tapi saya jenis yang pasiflah walaupun saya guru pelatih.. Muka pun garang semacam jer. Dahlah tak penyayang langsung.. Huhu..