Friendly Friends

March 10, 2013

Resepi Donut Gebu

Assalamualaikum

resepi ni aku dapat dari sorang cikgu di sekolah aku mengajar sekarang. masa tu, kami semua cikgu-cikgu uli 3kg tepung untuk buat donut ni. sangat gebu! tak kenyang takat makan sebiji. disebabkan itu, aku mintak resepi dari cikgu berkenaan dan nak cuba di rumah

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. sekilo tepung gandum (sebarang jenama)
2. 2 biji telur ayam (aku paww telur ayam kampung mak. disebabkan kecil, aku guna 3 biji)
3. setengah cawan susu pekat manis
4. secawan marjerin
5. mauripam sepaket (dalam 1 sudu besar)
6. air sejuk 

Cara-cara:


masukkan tepung dan marjerin ke dalam bekas, gaul sebati sampai jadi macam serbuk roti



lepas tu, masukkan telur yang telah dipukul ke dalam adunan tepung dan marjerin tadi
 

tadi ada secawan susu pekat kan? ha, cairkan dengan air sejuk. lepastu masukkan ke dalam adunan tepung tadi. 


serbuk mauripam tadi jugak dibancuh dan dimasukkan ke dalam adunan. 
 

uli sampai sebati. masukkan air sedikit demi sedikit kalau rasa air tak cukup. sikit demi sikit tau, nanti terlajak, lagi jenuh nak tambah tepung
 

setelah sebati, tinggalkan adunan. nak tidur ke, nak baca buku ke, buatlah. aku tertidur. hehe. lepas sejam, inilah hasilnya! kembang sebesen.
 

apa lagi, bentukkanlah menjadi donut!
 

aku guna 'mulut' cawan plastik untuk buat badan dia dan penutup botol air mineral untuk dijadikan lubang di tengah donut. dengan sekilo tepung menggunakan saiz cawan ni, aku dapat 40 biji donut. besar tau!


 goreng tapi jangan sampai terlalu garing. perang-perang sikit sudahla. ini rahsia kenapa kita guna susu pekat. kalau kita guna susu cair, kita kena tambah gula sebab dia tak cukup manis. bila kita tambah guna dalam adunan, nanti goreng, dia akan cepat sangat bertukar warna jadi warna gelap. sangat tidak cantik. kita mahu yang putih dan gebu ya. haha *double meaning*

rahsia lain ialah, untuk mendapatkan donut yang lemak-lemak manis, blendkan gula dengan secubit dua cubit garam. lepastu gaulkan dengan donut masa masih panas. aku mula menggoreng dalam pukul 5pm, esoknya ada baki 2,3 ketul lagi tapi masih gebu gitu! kalau tak mau gaul dengan gula, boleh celup dalam coklat cair dan taburkan cheese, chocolate rice, hazelnut atau walnut flake atau apa saja yang disukai. dapat Big Apple

selamat mencuba!

11 comments:

Azhafizah Md Nor said...

menjadi donut gebu.sedapnya! thanks share..ade mase leh cuba ni.

misz sheyla said...

waaaa....tetibe ase nk breakfast donut hari ni

Qira said...

@kak fizah:
silakan. mula2 mmg takut gk tak menjadi, maklumlah tangan ni jgn buat kek n pastries. alhamdulillah

@misz sheyla:
big apple! :D

Cik Mashi said...

Kak..air sejuk tu brape ml? Akk gune brpe byk? Dlm ml atau cawan ?

Cik Mashi said...

Kak.. Air sejuk gune brape ml??

Qira said...

@cik mashi:
air sejuk tu untuk gaul dengan mauripam, pecahkan telur dan uli. jadi masukkan sesedap rasa asalkan tak cair dan tak keras :)

Qira said...

@cik mashi:
air sejuk tu untuk gaul dengan mauripam, pecahkan telur dan uli. jadi masukkan sesedap rasa asalkan tak cair dan tak keras :)

Anonymous said...

Kalau nk buat setengah kilo tepung aja so kurangkan sukatan lain kepada setengah blh?

Qira said...

@anon:
ya betul tu. kalau buat tepung setengah kilo, kurangkan sukatan untuk benda lain :)

anwar said...

ni mkn ptg2 sedap ni..

Anonymous said...

Tq share respi ni..nk try buatlh :)