Friendly Friends

March 4, 2013

Perasaan In a Relationship dengan Tentera?

assalamualaikum

sebelum aku kenal Amir, dia hanyalah seorang Wira PLKN. tapi aku biasa tengok dia dengan uniform. baju loreng. kasut spike. pakai beret. 

setelah 5 tahun, aku kenal Amir yang masih berbaju uniform, masih berberet cuma warna uniform je berubah.

apa perasaannya?

overall, aku boleh conclude yang geng-geng baju loreng ni memang tegas dan berdisiplin berbanding kita-kita. ya, berbanding kita-kita, termasuk aku. kalau aku rasa aku dah cukup tegas, dia lebih lagi. kalau aku rasa aku kemas, dia lebih lagi. mungkin sebab depa ni dah dilatih untuk jadi macamtu. 

bukan sekali dua aku pun dia anggap macam dia jugak. contohnya, 'Takmau dah makan jeruk banyak-banyak lepas ni. Faham tak?" dan aku secara automatiknya menjawab dengan nada yang tegas dan lantang,  "Faham, tuan!"

lepastu aku fikir, eh macam mana aku boleh cakap macamtu? sekarang masuk kelas pun aku buat macam tu kat budak-budak, sikit-sikit, "Kelas duduk sedia! Kelas duduk senang!" tinggal tak bagi arahan ke kanan lurus je. tapi pernah lepas aku ajar PJ, aku suruh budak-budak berbaris semula ke kelas, aku bagi arahan macam ni, "Dari kanan, cepat jalan!"

Astaga..usap-usap muka

itulah pengalamannya.

tapi aku dah mula belajar hidup tanpa terlalu berharap untuk dia ada sepanjang masa untuk aku. contohnya macam tengah makan elok-elok, dia dapat phone call, ada kematian anggota dia. apa lagi, dengan aku kena makan cepat. kena belajar untuk faham yang kerja dia bukan sekadar di waktu pejabat je. pastu, masuk ke waktu, kena ada di surau. pernah janji nak bawak aku keluar beli barang tapi lambat 30 minit sebab Isyak lambat, kedai semua dah tutup. sabar jelah. memang tu je mampu buat. kena sabar banyak-banyak.

ingat. tu je pesanan dari aku. kena sabar banyak-banyak kalau ada relationship dengan geng-geng beruniform ni. mau mau pulak tentera kalau keluar operasi, masuk hutan segala tu kadang-kadang lebih dari 2 bulan. kalau dah kahwen, kita la yang akan uruskan rumahtangga sorang diri. kena ada lesen moto dan kereta, kena tau pasang tong gas, kena tau pasang mentol, kena tau bertukang, kena tau semuanya. kalau tak, sapa nak tolong kita? 


sabar ya. ni baru fasa kedua. 



psstt... aku rasa kalau ni boya betul pun dia berani bergambar. scary la mamat ni. hehe

1 comment:

Isabel Diaz said...

betul tu. kena pandai urus diri sendiri. kalau jenis yang merengek memang makan hatilah sebab tak kena layan.. hahaha..