Friendly Friends

March 13, 2013

Pengajaran dari si Cilik

assalamualaikum

pagi tadi mengajar Pendidikan Jasmani. semua murid semangat. lepas baca doa pagi je, aku terus ke padang. semua dah ada. kecuali seorang.

dalam 5 minit lepas tu, ternampak murid yang lambat ni jalan longlai ke arah kami. tiba-tiba, sorang murid perempuan bisik kat aku. "Cikgu, Alia (bukan nama sebenar) datang lambat sebab ayah dia tak duduk sekali dengan dia dengan mak dia kat rumah. tak ada orang nak hantar dia. tu pun kawan mak dia hantar."

bisik-bisik lain pulak, "Cikgu, mak dia sakit. sebab tu dia takmau datang sekolah."

aku pandang budak tu. bila dia makin dekat, baru aku perasan dia tengah menangis. menangis sungguh-sungguh. teresak-esak.

aku cepat-cepat suruh dia duduk tepi stor sukan yang kebetulan ada bangku. aku handle budak-budak lain dulu. lepas bagi alat kat depa, aku pi dekat budak ni.

"Alia okay dak?"
Dia angguk

"Nak cerita kat cikgu?"
Dia angguk

"Ayah kawen dua. ayah tak kerja. tak ada duit. mak ambil upah jadi bidan. la ni (sekarang) ayah dah keluar dari rumah. dengan perempuan lain."

Terdiam aku dibuatnya.

"Mak sakit. saya takmau mai sekolah, nak jaga mak..."

Aku tarik nafas panjang-panjang. aku hanya mampu usap bahu dia. tenangkan dia. lepas tu dia okay, dia mintak izin untuk main dengan kawan-kawan.

kawan-kawan dia tambah cerita, kadang-kadang dia tak mai sekolah sebab tak ada duit saku. ayah tak kerja, mak tak ada kerja tetap, macam mana nak masuk duit? aku insaf sendiri. aku yang makan pakai cukup ni pun kadang-kadang malas mai sekolah. astaghfirullah al azim. sedangkan murid-murid tunggu ilmu yang aku nak sampaikan. kadang-kadang bila rasa malas nak mengajar, ajar sambil lewa. astaghfirullah al azim... :(

insaf...

macam-macam aku fikir. kita sedar tak perkahwinan tu satu tanggungjawab? ke kita kahwin ni suka-suka ja? alasan perkahwinan boleh mengelakkan maksiat semata-mata tu macam alasan lapuk sebab tu bukan satu-satunya alasan yang membolehkan kita kahwin. sekurang-kurangnya biarlah ada pekerjaan walau gaji tak tinggi... kalau tak kerja, macam mana nak sara anak bini.

dan para wanita, aku seru, aku galakkan sangat-sangat kita ada mata pencarian. tak semestinya kita ada pekerjaan yang berpendapatan tetap, tapi kita kena ada sumber untuk masuk duit. menjahit baju dan buat kuih misalnya. atau ambil upah mengasuh anak orang. atau jual sabun beras. ehe. sekurang-kurangnya kita tak hilang pergantungan terus apabila kita berdepan dengan masalah. senang cakap macam ni la, kalau bahagia, boleh bantu suami dalam menambahkan pendapatan keluarga, kalau kurang bahagia, boleh sara diri dan anak-anak. kesian anak-anak, tak bersalah.



terima kasih si cilik. semoga kamu membesar sebagai seorang anak yang solehah yang cergas dan pintar. amin

4 comments:

Isabel Diaz said...

Kesian bha dekat budak tu.. Huhu.. Yang Si bapak tu pulak macam tak sedar diri. Dahlah tak keja. Da hati nak pasang dua. Geram saya.

Qira said...

geram sgt. kelas pn terasa sunyi tnpa potpet dia hari tu

M-lina said...

huhu,sedihnya.kesian bdk tu.

Muni Izzah said...

kesian nye budak tu.. dah la kecik lagi..