Friendly Friends

March 10, 2013

Down Memory Lane

assalamualaikum

bila aku tengok murid-murid aku, aku terfikir. apa saiz aku masa sekolah rendah ya? aku tengok murid aku seorang demi seorang dan bayangkan, adakah aku sama saiz dengan dia ni masa aku darjah 2? adakah aku seorang yang pendiam? atau aku seorang yang banyak cakap? aktif ke aku? pasif ke aku? entah. aku tak ingat.

bila aku tengok murid-murid aku, aku terfikir. masa cikgu pandang aku dulu, dia anggap aku ni comot ke, comel? hehe. eh betulla! aku fikir macam tu. cikgu pun manusia, mesti suka tengok budak kemas, bersih dan comel. aku dulu kelepet tudung ke tak? aku pakai muncung ke, bulat? dulu mana ada tudung awning macam budak-budak sekarang. tapi ada je murid yang mengadu tudung dia sememeh (tak kemas). entah. aku tak ingat.

yang aku ingat, masa darjah 1 dulu, aku balik dengan van sekolah. drebarnya nama Pak Rahman. masih ada ke tak, Allahuaklam. kakak aku masa tu darjah 4, dia akan teman aku ke van setiap hari, lepastu dia sendiri kayuh gerek balik rumah. pernah sekali tu, aku kalut-kalut lukis kerusi dan color comot-comot dengan guna warna merah. sebabnya, loceng dah bunyi tapi teacher Basirah tak mau lepas kami balik. aku kalut la, nanti Pak Rahman tinggal aku. aku bawak buku aku ke depan untuk teacher tanda, tapi kena marah. dia kata, sebelum ni kerja kemas, kenapa hari ni comot? aku tunduk, hampir menangis. padahal dalam hati tetap berdoa tak kena tinggal dengan Pak Rahman

masa darjah 2, aku rasa seronok sangat sebab cikgu yang paling cantik kat sekolah masa tu jadi guru kelas aku. lepas tu, karangan BM aku mula dibaca cikgu setiap kali lepas peperiksaan untuk jadi contoh. paling aku ingat ayat cikgu, " Shaqirah mula karangan dengan ayat sendiri. dia tulis, Amir (bukan nama sebenar) seorang murid yang pintar. Pada suatu hari, Amir.... kamu yang lain tak. kamu terus pada penceritaan." disebabkan itu juga, cikgu bagi kepercayaan kat aku untuk ke perpustakaan setiap 2 minggu dan pilih bahan bacaan untuk kawan-kawan, untuk diletakkan di sudut bacaan kelas.

darjah 3, aku dilantik jadi pengawas pusat sumber. masa tu komited sungguh. tiap pagi, tunggu cikgu Naroni kat depan bilik guru untuk angkat barang dia, lepastu terus mintak kunci untuk bukak perpustakaan. sangat komited sampaikan waktu rehat aku selalu burn disebabkan spend masa di perpustakaan. sampai sekarang, aku masih berharap aku jadi guru perpustakaan nanti walaupun selalunya guru perpustakaan adalah guru bahasa Melayu. ingat cikgu Sains malas membaca ke? hehehe.


dulu berkayuh gerek rata kampung. sebut je jalan ni tembus mana, jalan ni ada kubur ke tak, tanya Qirah! hehe. sekarang berkayuh untuk ronda budak merentas desa. sewa gerek budak dengan kadar RM1 untuk 2 jam. bukan sewa sangat, sedekah sebenarnya. hehe
 

budak ni namanya Asyraaf. hiperaktif dalam kelas tapi Allah kurniakan kelebihan untuk dia. daya ingatan dia kuat, dan dia kadang-kadang lebih cerdas berbanding rakan yang lain.
 

meet my girls!


p/s: refleks diri, siapa aku di zaman sekolah rendah dulu?

4 comments:

ALS said...

Wah, mengimbas kenangan. Memang Nostalgia kan. Teringat time kecik2, mak selalu ambik pulang dari sekolah. Beli ABC.

nik ros said...

byk kenangan zaman sekolah kan. rindu :)

Anonymous said...

still the same baju sukan! its yellow and that pattern,same as the way it was 11 yrs ago, still keep it up until now, oh godddddd. err wanna request sumthing boleh tak wahai tuan tanah ? err snap some pics around the school,the library, the canteen, the bilik guru etc.hehehe bisaa nggak? been readin ur blog since last year, like ur writing, oh ya im the silent reader ere, byk2 lagi le tulis eh :)salaaam

Qira said...

@ALS:
kan kan? hehe. sy suka ais malaysia tu. sebatang sekupang. selalu beli milo 5 batang

@kaknik:
jom balik sekolah! :D

@anon:
insyaALLAH Ill try to fulfill ur wishes :D